Monday, April 15, 2013

Cara Menurunkan Berat Badan



Sebelum ni aku tak pernah layan pun kalau ada apa-apa persoalan dari yang bernama Anonymous nih. Tetapi memandangkan tajuk yang bakal di kongsikan ini pun, aku juga perlu pandangan dari kawan-kawan lain juga adakah cara yang aku amalkan ini betul dalam proses menurunkan berat badan. Ada persoalan yang ditanya dari entri sebelum ini iaitu Turun 10kg Dalam Tempoh 2 Bulan.

Cara yang aku amalkan iaitu melibatkan gabungan 2 perkara iaitu mengawal pemakanan dan juga bersenam.

Cara pertama iaitu mengawal pemakanan bererti aku TIDAK akan membiarkan diri aku sesekali lapar. Aku akan makan seperti biasa cuma dalam jumlah pengambilan makanan yang sedikit dan tukar corak pemakanan serta mengikut jadual makanan yang tetap setiap hari. Kalau sebelum ini aku akan makan makanan yang berat seperti nasi sebanyak 3x sehari untuk sarapan pagi, waktu tengahari dan malam dan makan tidak ikut waktu. Ikut dan jer....



Kini aku mula menukar corak pemakanan iaitu aku iaitu mengambil sarapan pagi dengan Oat dan segelas air susu pada jam 7am. Untuk waktu minum pagi pada jam 9.30am pula cukup sekadar roti canai dan air suam. Kalau rasa malas nak keluar ke kedai, aku bawak bekalan biskut jer dalam 3 keping. 

Untuk makan tengahari pula adalah nasi putih, sayur & juga lauk (contoh seperti ayam atau ikan) dan air suam. Untuk sejarah dalam hidup aku bila dah berusia hampir 36 tahun baru nak belajar makan sayur-sayuran. Hehehehe...sangat teruk kan. Namun aku pastikan nasi putih adalah separuh sahaja dari kebiasaan yang aku makan dulu. Mungkin selepas ini jumlah nasi akan di kurangkan lagi.

Untuk minum petang cuma sekadar air suam dan makan buahan sebelum keluar bersenam. Dan selepas pulang dari bersenam aku akan makan buahan-buahan lagi berserta air suam. Selain mengurangkan kuantiti makanan yang di ambil, aku juga mengurangkan pengambilan gula yang berlebihan serta memperbanyakkan minum air suam / air masak. Untuk minum malam cuma sekadar segelas air teh hijau (green tea) tanpa gula.

Untuk cara yang kedua adalah bersenam. Aku akan cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan peluh setiap hari sekiranya cuaca mengizinkan untuk ke tasik berhampiran rumah. Pada peringkat permulaan aku hanya berjalan kaki sahaja sejauh beberapa kilometer dan kini aku sudah mampu untuk berlari. Aku tak menetapkan tempoh setiap kali satu sessi bersenam selama beberapa minit. Aku cuma buat ikut keupayaan sendiri. Apa yang penting adalah konsisten iaitu setiap hari mesti dilakukan.



Apapun aku bangga dengan diri sendiri kerana dapat menurunkan berat badan tanpa menggunakan apa-apa jenis produk sampingan yang banyak di jual kat luar sana. Sesiapa yang ada pandangan atau cadangan boleh berkongsi adakah cara aku ini betul? Jika salah, sudilah kiranya untuk berkongsi pandangan tersebut.

Nak berubah senang, nak mengekalkan perubahan itu perlukan kesabaran

Sila baca di sini: Turun 10kg Dalam Tempoh 2 Bulan

Tuesday, April 09, 2013

Turun 10kg Dalam Tempoh 2 Bulan

Dah agak lama tidak berceloteh di sini. Nak update entri pun semacam dah takde mood sangat-sangat. Nak tutup jer blog nie terasa sayang la pulak. Nak menulis perihal sendiri nanti ada yang kata syok sendiri jer. Nak update pasal anak-anak, nanti dikatakan macam la dia sorang jer ada anak. Nak cerita pasal makan-makan, nanti dikatakan menunjuk-nunjuk la pulak. Serba tak kena dan ituah antara puncanya dah lama blog nie tak ber"update' dan dah bersawang macam gambar kat bawah nie.



Kali nie terasa nak bercerita perihal diri sendiri la pulak. Lantak lah ada orang nak baca ker tidak. Nak kata apa pun kata jer lah sebab hidupku bukan kerana pujian dan tak matiku bukan kerana cacian.

Panjang la pulak merepek kan? Kali nie aku nak berkongsi mengenai berat badan aku yang dah berjaya dikurangkan hampir 10kg dalam masa tak sampai 2 bulan (7 minggu secara tepat). Yahoooooo..... dengan tak de ambik apa-apa jua jenis produk pun tau. Alhamdulillah dengan hanya mengamalkan cara pemakanan yang betul dan juga senaman, hampir 10kg dah berjaya dibakar lemak-lemak di sekitar perut dan punggung. Seronoknya-seronoknya aku......


 
sekarang dah duk tengah tau, target paling kurang
dapat jadi yang macam nombor 2 dari kanan pun dah okey

Target aku lagi 5kg untuk turun ke berat badan ideal sebelum menukar corak senaman dan pemakanan untuk terus mengekalkan berat badan seperti yang disarankan. Memang betulah seperti maklumat yang aku selalu baca dengan bantuan pakcik google, setakat mengamalkan diet pemakanan saja tak mencukupi kalau tak disertakan dengan senaman yang boleh mengeluarkan peluh dan meningkatkan kadar metabolisme badan. Lebih utama sebenarnya untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan penyakit. Kerana antara punca penyakit kebanyakkannya bermula dari gaya pemakanan seharian kita. 

nasib baik wife tak minat bentuk badan suami
dia cam gini, kalau tak parah la nak dapat cam gini

Walauapapun, selama hampir 2 bulan ini takde la perit sangat untuk di lalui. Nak buat perubahan sangat senang tapi nak mengekalkan perubahan itu yang sedikit susah. Jika yang susah itu dapat di atasi, Insya Allah akan dapatlah hasilnya nanti. Semoga percubaan kali ke-2 aku ini untuk menurunkan dan mengekalkan berat badan ideal dapat mencapai sasaran setelah percubaan pertama gagal pada tahun 2010 dulu. Chaiyook..... semoga berjaya buat diriku sendiri.

sila baca di sini: Cara Menurunkan Berat Badan