Friday, January 11, 2013

Antara Penyebab Doa Tertolak

Antara penyebab mengapa doa kita tertolak;

1. Engkau mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan hakNya.
2. Engkau membaca kitab Allah, tetapi tidak mengamalkan isinya.
3. Engkau mengaku memusuhi Iblis, tetapi suka mengikuti jejaknya.
4. Engkau mengaku mencintai Rasulullah, tetapi tidak mengamalkan sunnahnya.
5. Engkau ingin masuk syurga, tetapi tidak pernah melakukan perbuatan yang membawa ke situ.
6. Engkau tidak mahu ke neraka, tetapi selalu berbuat pekerjaan yang menghantar ke sana.
7. Engkau mengaku bahawa kematian itu benar, tetapi tidak pernah bersiap sedia menghadapinya.
8. Engkau selalu asyik meneliti aib orang lain, tetapi melupakan aib sendiri.
9. Engkau makan rezeki Allah, tetapi tidak pernah bersyukur dengannya.
10. Engkau sering menghantar jenazah ke kubur, tetapi tidak pernah menyedari bahawa engkau pun akan mengalami hal itu."

Ayuh kita sama2 semak & audit dalam diri masing2.

"Bukan susah untuk berubah namun untuk mengekalkan perubahan sedikit susah"

7 comments:

mama maman aka yana said...

Bersetuju sesangat ngan saudara eelobor.. sukar sekali nak istiqamah.. tp cuba sedaya yg boleh... insyaallah. :)

pena rozie said...

Selamat mengauditkan diri untuk semua dan diri ku jual.....

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for the share...moga dpt dimanfaatkan....

Kesuma Angsana said...

bagus nyer... maaf lama x singgah busy lately & x sempat nak BW sgt

anyss said...

Assalamualaikum,
tambah 1 lg boleh?
Engkau menadah tangan berdoa mengharap meminta tapi tak pernah yakini allah mendengar bisik hati dan pintamu...

Shaiful Zaidi said...

Assalamualaikum. .Terima kasih atas tazkirah ini.

rinduan citarasa said...

Ameen.. Thanks for syaring