Wednesday, December 04, 2013

Info Banjir: Maklumat Mengenai Paras Air Sungai

*update: 26/11/2017



Boleh download aplikasi InfoBanjir di Google Play Store untuk maklumat terkini mengenai info banjir. Sila klik di sini.





Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai paras air sungai mengikut negeri boleh klik On-line Hydrological Data.

Portal Bencana.

*update:

Sila klik Portal Rasmi eBanjir Negeri Kelantan berkenaan info lengkap banjir di Kelantan.

Kepada mereka yang sedang bergembira dengan kedatangan musim bah (dah macam pesta air), sedarlah ada insan lain yang sedang berduka di atas kegembiraan anda.

Friday, November 29, 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki - Buku Yang Patut Dibaca Oleh Semua



Orang lain dah lama baca buku nie, tapi aku baru jer nak start. Buku yang agak menarik dibaca untuk pengisian berbentuk ilmiah.

Sebelum nie aku bukannya jenis minat pun baca apa-apa jua bentuk bahan bacaan seperti buku. Keadaan mula berubah sejak beberapa bulan kebelakangan ini akibat faktor keadaan dan persekitaran.

Aku mula membaca beberapa buah buku yang di tulis oleh Saudara Irfan Khairi dan juga Azizi Ali. Dan buku kat atas ini dalam kesinambungan dari minat yang baru nak dipupuk nie. Harapan agar minat sebegini dapat berterusan. Insya Allah....

Friday, September 20, 2013

Borang Kebenaran Wakil Amanah Saham Nasional Berhad

http://www.asnb.com.my/pdf/PERKHIDMATAN/Surat%20Kebenaran%20Wakil.pdf


Hari ini ke Maybank untuk urusan mengemaskini buku pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tujuan asal sebenarnya untuk melihat kemasukan duit pelaburan yang telah dibuat melalui perpindahan Maybank2u. Nampaknya duit yang di buat melalui transaksi secara dalam talian semalam belum di masukkan lagi dalam akaun pelaburan walaupun transaksi tersebut menyatakan telah berjaya. Mungkin ambil masa beberapa hari kut...

Namun untuk proses mengemaskini buku pelaburan pihak ketiga, kini memerlukan pengesahan dari tuan punya akaun tersebut dengan mengisi Borang Kebenaran Wakil seperti dalam gambar di atas. Borang tersebut boleh di muat turun di sini. Hehehe...kalau tak boleh la tengok berapa la dividen mywife dapat.

Thursday, September 19, 2013

Panduan Downgrade / Upgrade Pakej Unifi



Sekiranya anda melanggan unifi dan bercadang untuk menaiktaraf (upgrade) pakej yang telah dilanggani, di nasihatkan untuk lebih berhati-hati agar tidak terasa seperti tertipu di kemudian hari. Aku telah melanggan pakej VIP5 pada September 2011 dan setelah sebulan-dua aku telah menaiktaraf ke pakej VIP10.

Proses untuk upgrade tersangat mudah iaitu anda hanya boleh main tekan-tekan cam gitu jer kat laman akaun unifi (sudah tentu kena login ke akaun sendiri), tapi untuk proses downgrade amat sedikit cerewet. Banyak proses (cengkadak ko) yang terpaksa kena lalui.

Aku di maklumlan oleh staff TM Unifi bahawa sekiranya ingin downgrade akan dikenakan bayaran penalti sekiranya BELUM TAMAT TEMPOH KONTRAK. Maka dengan jujur dan penuh kesabaranlah aku menunggu tarikh kontrak berakhir iaitu pada hari ini genaplah 2 tahun 1 hari (dah siap extra sehari).

Alih-alih bila ke TM POINT SETAPAK, aku telah diberitahu bahawa caj sebanyak RM200 akan dikenakan sekiranya mahu membuat proses downgrade. Aku memberitahu staff tersebut bahawa aku telah dimaklumkan sebelum ini, sekiranya tamat tempoh kontrak tiada bayaran penalti yang akan dikenakan. 

Setelah berbincang dan mintak penjelasan, staff tersebut bersetuju untuk membuat proses downgrade tanpa mengenakan penalti namun pertukaran pakej dari VIP10 kepada VIP5 akan menyebabkan aku akan terikat dengan KONTRAK BARU selama 2 tahun lagi walaupun menggunakan nombor akaun yang sama, pelanggan yang sama dan bernomborkan kad pengenalan yang sama

Dalam bab ini aku memuji astro kerana sekiranya kita ingin menamatkan perkhidmatan (setelah tamat tempoh kontrak), boleh di buat hanya melalui panggilan telefon sahaja. Walaupun terpaksa bercakap dengan mesin yang menjawab panggilan antara 3-4 minit, namun prosesnya cukup mudah. Dan sekiranya ingin menyambung kembali langganan tersebut setelah beberapa bulan kemudian, juga hanya melalui proses yang sama iaitu hanya melalui panggilan sahaja.

Pengajarannya cukup mudah iaitu berhati-hatilah dan bertanyalah & mintak nasihat atau pandangan kepada kawan-kawan yang sudah ada pengalaman agar anda juga tidak TERKENA dengan permainan sebegini kerana aku yakin 100%, kebanyakkan dari kita tak ada masa untuk membaca kontrak yang tertulis kat belakang borang permohonan tersebut.


Tempoh Jaminan (warranty) Setup Box Unifi

Tuesday, August 13, 2013

Rezeki Yang Telah Ditetapkan - Allah Maha Mengetahui


"Kau tak kerja lagi? kau grad setahun awal dari aku kan.."
"Belajar tinggi-tinggi, pakai kereta sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni.."
"Gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."
"Kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan.."
"Aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau tak nak anak ke.."

Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?
Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?
Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?
Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu-bapanya yang sakit, maka sebab itu dia masih tidak bekerja.
Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran, maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.
Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah,
Mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
Mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.
Mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
Mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, Dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu. Tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah.. Insyaallah kamu akan lebih tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.
 

 sumber: jumpa status posting kat facebook 

Bersyukurlah.....

Boleh juga baca di entri Orang Ikhlas Tertindas?


 

Saturday, July 27, 2013

Eksploitasi Agama - Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr.MAZA)


Satu kupasan dari Dato Dr. MAZA berkenaan sesetengah individu yang mempergunakan agama dalam kepentingan tertentu.

Tuesday, June 18, 2013

Simpan Setiap Resit Pembayaran Yang Telah Dibuat

Lebih kurang jam 10:27am pagi tadi mendapat panggilan telefon dari seorang wanita yang bernombor 076893000 & memperkenalkan dirinya dari pihak CELCOM. Secara spontan aku bertanya kenapa CELCOM buat panggilan dari Johor bukannya KL (berdasarkan kod kawasan yang tertera). 

Katanya "Kita membuat panggilan telefon ke seluruh Malaysia la Encik"

Dia bertanyakan aku mengenai akaun bil celcom yang pernah aku daftarkan atas nama & ic aku yang beralamat di kampung pada tahun 2004 dan masih tertunggak berjumlah RM626.68. Dan aku menjelaskan kepadanya bahawa segala bil tertunggak teah dijelaskan pada 29.09.2008 bertempat di cawangan Taman Sri Cemerlang Kota Bharu (ER-Kota Bharu-2311020).

Aku juga telah dikeluarkan sekeping surat pengesahan (Confirmation of Settlement) dari Cawangan Selayang bertarikh 30 March 2009.

Setelah beberapa tahun kemudian (merujuk kepada kes pagi ini) mendapat panggilan telefon (mungkin syarikat yang di lantik untuk mengutip hutang tertunggak?), agaknya berlaku kesilapan di pihak mana? Nasib baik segala resit pembayaran dan surat pengesahan tersebut masih dalam simpanan. Andai kata resit dan surat tersebut hilang/rosak, di manakah bukti pembayaran yang telah aku buat?

Kesimpulannya, simpan lah segala resit yang telah di buat untuk kegunaan kemudian hari bagi mengelakkan kes-kes sebegini,

Monday, April 15, 2013

Cara Menurunkan Berat Badan



Sebelum ni aku tak pernah layan pun kalau ada apa-apa persoalan dari yang bernama Anonymous nih. Tetapi memandangkan tajuk yang bakal di kongsikan ini pun, aku juga perlu pandangan dari kawan-kawan lain juga adakah cara yang aku amalkan ini betul dalam proses menurunkan berat badan. Ada persoalan yang ditanya dari entri sebelum ini iaitu Turun 10kg Dalam Tempoh 2 Bulan.

Cara yang aku amalkan iaitu melibatkan gabungan 2 perkara iaitu mengawal pemakanan dan juga bersenam.

Cara pertama iaitu mengawal pemakanan bererti aku TIDAK akan membiarkan diri aku sesekali lapar. Aku akan makan seperti biasa cuma dalam jumlah pengambilan makanan yang sedikit dan tukar corak pemakanan serta mengikut jadual makanan yang tetap setiap hari. Kalau sebelum ini aku akan makan makanan yang berat seperti nasi sebanyak 3x sehari untuk sarapan pagi, waktu tengahari dan malam dan makan tidak ikut waktu. Ikut dan jer....



Kini aku mula menukar corak pemakanan iaitu aku iaitu mengambil sarapan pagi dengan Oat dan segelas air susu pada jam 7am. Untuk waktu minum pagi pada jam 9.30am pula cukup sekadar roti canai dan air suam. Kalau rasa malas nak keluar ke kedai, aku bawak bekalan biskut jer dalam 3 keping. 

Untuk makan tengahari pula adalah nasi putih, sayur & juga lauk (contoh seperti ayam atau ikan) dan air suam. Untuk sejarah dalam hidup aku bila dah berusia hampir 36 tahun baru nak belajar makan sayur-sayuran. Hehehehe...sangat teruk kan. Namun aku pastikan nasi putih adalah separuh sahaja dari kebiasaan yang aku makan dulu. Mungkin selepas ini jumlah nasi akan di kurangkan lagi.

Untuk minum petang cuma sekadar air suam dan makan buahan sebelum keluar bersenam. Dan selepas pulang dari bersenam aku akan makan buahan-buahan lagi berserta air suam. Selain mengurangkan kuantiti makanan yang di ambil, aku juga mengurangkan pengambilan gula yang berlebihan serta memperbanyakkan minum air suam / air masak. Untuk minum malam cuma sekadar segelas air teh hijau (green tea) tanpa gula.

Untuk cara yang kedua adalah bersenam. Aku akan cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan peluh setiap hari sekiranya cuaca mengizinkan untuk ke tasik berhampiran rumah. Pada peringkat permulaan aku hanya berjalan kaki sahaja sejauh beberapa kilometer dan kini aku sudah mampu untuk berlari. Aku tak menetapkan tempoh setiap kali satu sessi bersenam selama beberapa minit. Aku cuma buat ikut keupayaan sendiri. Apa yang penting adalah konsisten iaitu setiap hari mesti dilakukan.



Apapun aku bangga dengan diri sendiri kerana dapat menurunkan berat badan tanpa menggunakan apa-apa jenis produk sampingan yang banyak di jual kat luar sana. Sesiapa yang ada pandangan atau cadangan boleh berkongsi adakah cara aku ini betul? Jika salah, sudilah kiranya untuk berkongsi pandangan tersebut.

Nak berubah senang, nak mengekalkan perubahan itu perlukan kesabaran

Sila baca di sini: Turun 10kg Dalam Tempoh 2 Bulan

Tuesday, April 09, 2013

Turun 10kg Dalam Tempoh 2 Bulan

Dah agak lama tidak berceloteh di sini. Nak update entri pun semacam dah takde mood sangat-sangat. Nak tutup jer blog nie terasa sayang la pulak. Nak menulis perihal sendiri nanti ada yang kata syok sendiri jer. Nak update pasal anak-anak, nanti dikatakan macam la dia sorang jer ada anak. Nak cerita pasal makan-makan, nanti dikatakan menunjuk-nunjuk la pulak. Serba tak kena dan ituah antara puncanya dah lama blog nie tak ber"update' dan dah bersawang macam gambar kat bawah nie.



Kali nie terasa nak bercerita perihal diri sendiri la pulak. Lantak lah ada orang nak baca ker tidak. Nak kata apa pun kata jer lah sebab hidupku bukan kerana pujian dan tak matiku bukan kerana cacian.

Panjang la pulak merepek kan? Kali nie aku nak berkongsi mengenai berat badan aku yang dah berjaya dikurangkan hampir 10kg dalam masa tak sampai 2 bulan (7 minggu secara tepat). Yahoooooo..... dengan tak de ambik apa-apa jua jenis produk pun tau. Alhamdulillah dengan hanya mengamalkan cara pemakanan yang betul dan juga senaman, hampir 10kg dah berjaya dibakar lemak-lemak di sekitar perut dan punggung. Seronoknya-seronoknya aku......


 
sekarang dah duk tengah tau, target paling kurang
dapat jadi yang macam nombor 2 dari kanan pun dah okey

Target aku lagi 5kg untuk turun ke berat badan ideal sebelum menukar corak senaman dan pemakanan untuk terus mengekalkan berat badan seperti yang disarankan. Memang betulah seperti maklumat yang aku selalu baca dengan bantuan pakcik google, setakat mengamalkan diet pemakanan saja tak mencukupi kalau tak disertakan dengan senaman yang boleh mengeluarkan peluh dan meningkatkan kadar metabolisme badan. Lebih utama sebenarnya untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan penyakit. Kerana antara punca penyakit kebanyakkannya bermula dari gaya pemakanan seharian kita. 

nasib baik wife tak minat bentuk badan suami
dia cam gini, kalau tak parah la nak dapat cam gini

Walauapapun, selama hampir 2 bulan ini takde la perit sangat untuk di lalui. Nak buat perubahan sangat senang tapi nak mengekalkan perubahan itu yang sedikit susah. Jika yang susah itu dapat di atasi, Insya Allah akan dapatlah hasilnya nanti. Semoga percubaan kali ke-2 aku ini untuk menurunkan dan mengekalkan berat badan ideal dapat mencapai sasaran setelah percubaan pertama gagal pada tahun 2010 dulu. Chaiyook..... semoga berjaya buat diriku sendiri.

sila baca di sini: Cara Menurunkan Berat Badan

Friday, January 11, 2013

Doa Mustajab Pelindung Daripada Kecurian




Antara Penyebab Doa Tertolak

Antara penyebab mengapa doa kita tertolak;

1. Engkau mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan hakNya.
2. Engkau membaca kitab Allah, tetapi tidak mengamalkan isinya.
3. Engkau mengaku memusuhi Iblis, tetapi suka mengikuti jejaknya.
4. Engkau mengaku mencintai Rasulullah, tetapi tidak mengamalkan sunnahnya.
5. Engkau ingin masuk syurga, tetapi tidak pernah melakukan perbuatan yang membawa ke situ.
6. Engkau tidak mahu ke neraka, tetapi selalu berbuat pekerjaan yang menghantar ke sana.
7. Engkau mengaku bahawa kematian itu benar, tetapi tidak pernah bersiap sedia menghadapinya.
8. Engkau selalu asyik meneliti aib orang lain, tetapi melupakan aib sendiri.
9. Engkau makan rezeki Allah, tetapi tidak pernah bersyukur dengannya.
10. Engkau sering menghantar jenazah ke kubur, tetapi tidak pernah menyedari bahawa engkau pun akan mengalami hal itu."

Ayuh kita sama2 semak & audit dalam diri masing2.

"Bukan susah untuk berubah namun untuk mengekalkan perubahan sedikit susah"