Tuesday, November 06, 2012

Kain Baju Terpakai



Disediakan satu ruangan untuk sesiapa yang mempunyai baju2 lama yang sudah tidak mahu di pakai disebabkan faktor saiz atau sebagainya. Asalnya baju2 ini di letak dalam keadaan elok (susun & berlipat) oleh pemilik, namun menjadi seperti keadaan di atas apabila dipilih seperti di pasaraya oleh tangan2 yang tidak reti untuk melipat kembali.

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi satu trend oleh segelintir yang datang mengutip apabila setiap kali waktu pejabat tamat. Apabila ditegur dan ditanya adakah untuk kegunaan sendiri atau dijual (kedai baju bundle), kami pula di ejek. Aiikkk.... pelik bukan? Takkanlah orang yang sama datang setiap hari atau selang sehari untuk mencari pakaian terpakai untuk kegunaan sendiri / ahli keluarga kan?

Apapun, barangan yang telah disedekahkan oleh orang awam janganlah pula kita mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah. Dan juga kepada yang ingin menyumbang, boleh berfikir dengan waras rasanya barangan yang ingin di derma. Adakah masih sesuai untuk di gunakan oleh orang lain atau hanya sekadar boleh di buat kain buruk atau kain pengelap kaki di ruangan dapur rumah kita?

7 comments:

mama maman aka yana said...

sy sendiri selalu dok fikir.. baju2 lama tuh mana nak taruk tp fikir2 blk.. tak tergamak nak kasi org bekasan kita.. kalu nak buat kain buruk pun berlambak2 pulak.. huhu

steffany daph said...

kdg2 ni saya tak tua pula mana nak letak baju2 lama yg dah tak muat ataupun tak leh dipakai lagi. tpi, tak sanggup pula sampai derma kalo dah bole dibuat mcm kain basah kat dapur. so, bungkus kat plastik kdg2, ataupun reuse je utk benda lain.

eelobor said...

begitulah kekadang tiada harga di mata kita tetapi sangat bermakna utk sesetengah orang...

Murni Alfathunnisa said...

boleh pulak dia nak buat bisnes atas charity orang lain...ni kira menangguk di air keruh ni.

Sharinginfoz said...

bagus juga sediakan tempat macam ni

sahromnasrudin said...

assalamualaikum bro..

lama tak jenguk blog bro nie..sekarang baru ada kesempatan..
dh lain cikit blog bro nie tapi still menarik..keep it up ya

Anonymous said...

sangat bersyukur jika ada yg sudi memberi & berbesar hati walaupun baju terpakai..