Tuesday, November 06, 2012

Kain Baju Terpakai



Disediakan satu ruangan untuk sesiapa yang mempunyai baju2 lama yang sudah tidak mahu di pakai disebabkan faktor saiz atau sebagainya. Asalnya baju2 ini di letak dalam keadaan elok (susun & berlipat) oleh pemilik, namun menjadi seperti keadaan di atas apabila dipilih seperti di pasaraya oleh tangan2 yang tidak reti untuk melipat kembali.

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi satu trend oleh segelintir yang datang mengutip apabila setiap kali waktu pejabat tamat. Apabila ditegur dan ditanya adakah untuk kegunaan sendiri atau dijual (kedai baju bundle), kami pula di ejek. Aiikkk.... pelik bukan? Takkanlah orang yang sama datang setiap hari atau selang sehari untuk mencari pakaian terpakai untuk kegunaan sendiri / ahli keluarga kan?

Apapun, barangan yang telah disedekahkan oleh orang awam janganlah pula kita mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah. Dan juga kepada yang ingin menyumbang, boleh berfikir dengan waras rasanya barangan yang ingin di derma. Adakah masih sesuai untuk di gunakan oleh orang lain atau hanya sekadar boleh di buat kain buruk atau kain pengelap kaki di ruangan dapur rumah kita?