Tuesday, August 07, 2012

Berhati-hati Mesin Bayaran Parking Di Houz Depot

 

Semalam adalah cuti bagi yang kerja di Selangor. Kesempatan tersebut dapat aku memenuhi impian orang rumah (wife) yang nak ke Jalan TAR mencari keperluan apa yang patut. Tapi aku bukan nak bercerita perihal membeli-belah di Jalan TAR, tapi mengenai kawasan meletak kenderaan berbayar di Houz Depot. Parking Houz Depot adalah berhadapan dengan Campbell Complex. Sebelum ini dah banyak kali aku parking kat situ iaitu ketika zaman "bayaran masuk sekali bayar" lagi. Bagi yang ingin meletak kenderaan di situ di minta sila berhati2 agar kejadian yang menimpa aku tidak terkena pada korang.


Ini adalah mesin bayaran untuk meletak kenderaan. Bagi tempoh sejam untuk hari biasa iaitu Isnin hingga Jumaat adalah pada kadar RM3, manakala untuk hari Sabtu - Ahad & Cuti Umum adalah RM4 sejam. Sila pastikan sebelum keluar, anda dikehendaki membayar tiket pada mesin tersebut. Dan supaya tidak terjadi seperti kes aku, sila pastikan anda menyediakan wang kecil yang secukupnya kerana mesin ini tidak akan memulangkan baki anda sebagaimana mesin-mesin di tempat parking lain. Dalam kes aku, caj yang dikenakan adalah RM6, dan lebur RM4 apabila memasukkan not RM10. Apabila menunggu wang baki yang tak keluar, aku terpandang pada satu notis seperti gambar di bawah. Ok...aku redha. Mungkin silap aku sebab tak tengok dan hendak cepat balik - penat (sebab kena dukung budak kecik yang tak mau jalan).




Kejadian seterusnya apabila hendak keluar namun palang tidak juga naik. Nasib baik tak de kenderaan kat belakang aku yang que nak keluar gak. Kemudian aku di maklumkan oleh "abang" yang gambar kat bawah nie yang aku belum lagi membayar. Hahahaha.... lawak tahap antarabangsa beb. Aku maklumkan kepadanya aku dah bayar, malah mesin tu dah telan duit baki aku RM4 pun. Aku di suruh untuk berjumpa dengan bahagian Perkhidmatan Pelanggan. Di sinilah aku berdialog dengan seorang Chief Cashier (on duty) yang tersangat tidak mesra alam dan menyuruh aku membuat bayaran lain.




Katanya aku tidak mempunyai bukti bayaran. Sepatutnya keluar resit dan aku perlu simpan resit tersebut sebagai bukti untuk pengembalian wang. Salah aku ke jika resit mesin dia yang tak keluar sebagai bukti sebagaimana yang dia nak? Aku dah tunggu antara 10-20 saat untuk menunggu wang baki. Sebelum aku terperasaan mesej "wang baki tidak dikembalikan". Dalam masa sama, kenapa tiada resit yang dikeluarkan. Sepatutnya bahagian Perkhidmatan Pelanggan kena bertindak bijak untuk mengatasi masalah ini. Sudahnya bayaran parking terpaksa di buat sekali lagi dan aku memilih untuk buat bayaran di kaunter sebab tiada wang kecil. Takkan nak masukkan not RM50 tanpa "wang baki dikembalikan"?



Masa nak bayar kat kaunter, sekali lagi aku mendapat soalan cepumas. Staff kat situ tanya aku kenapa tak buat bayaran di mesin sahaja. Agak2 la....apa jawapan aku eh? Aku dah habiskan RM16 untuk bayaran parking selama 2 jam... lagi nak tanya aku soalan bodoh eh? Lawak punya soalan!!!



kemaskini: (terima maklum balas aduan melalui email pada jam 9:53am) 

Dear Mr Hafizan

  Greetings, Thanks for your concern in this matter. In respond to your email, first and foremost please do accept our apologies. Acting on your case, to be inform that the parking machine is owned by Asta Park Manager. We are one of their services taker and we don't hold any liabilities on the issues and there is clear clauses was notified in the front of the machine.
  However acting on the manner of our Chief Casheir, we regret to hear that you have received bad services from our staff and we will take the necessary step to avoid in future and will train them to be more pleasant to all our valued customer. Hope it sound you well and sorry again for the issues .Thank you and have a nice day

Regards
Sathia Ratnam

"There is clear clauses was notified in the front of the machine"

Rasanya dalam entri di atas aku dah tulis perkataan redha yang bermaksud aku sudah menerima seadanya mengenai pemulangan baki tersebut bahawa kesilapan aku yang tidak memandang notis peringatan tersebut. Isu disini adalah, kenapa wang telah ditelan mesin, tapi dikatakan belum membuat pembayaran dan diminta buat bayaran kali kedua. Nombor untuk menghubungi "Asta Park Manager" yang dikatakan bertanggungjawab terhadap mesin tersebut juga tidak disertakan.


13 comments:

mama maman aka yana said...

oh.. sy tak pernah parking situ.. dan harap2 takde la terkena gitu.. mmg sakit hati..

Kakzakie said...

Kalau kakak pun bengang dgn keadaan macam tu. Rasa kakak ramai yg terkena kalau macam tu ee..

Harapnya sesiapa yg tinggal berdekatan dan nak parking sana baca N3 ini dulu.

JunAina said...

Peghhh...melampau betul. Memang kena complain nih. Ada ke patut mesin tak pulangkan baki, nampak sangan nak mencekik. Kat situ parking moto pun kena bayar RM2!

Nik Zulkhairi said...

xpo lah. kiro sedekah bule poso.

Anonymous said...

tak penah lagi pi sana

Lya Colours said...

saya pon tak pernah sampai pon kat sana. hihi

kakchik@ella said...

mekaseh sbb bagitau. dulu saya penah parking kat situ tp masa tu belum ada sistem autopay lagi.

Afasz said...

tq for sharing.. :D

kakcik said...

Cepat kayalah tauke mesin tu, kan?

Kena yang baran, mahu ada mesin yang hancur dikerjakan! ;-)

HeNRieTTa JoSe said...

Btl tu...duet tu redha lew sbb dh xbaca...tp soh bayar semula mmg hangin lew....fight for ur rite...bkn hal rm16, tapi keadilan dan hak pengguna....

Sharinginfoz said...

memang tak logik langsung tak pulangkan baki walaupun ada notis. apa lagi panjatkan kepada pihak yang berkenaan

Anonymous said...

Kepada Hafizan

Inilah outcome investigation yang kami dapati daripada Pegawai bertugas.......

Notice that you mention below actually already have at both cark park auto-pay mechine(ref. attachment).

After my investigate with our chief cashier, he claim that he did not say or do anything rude to the customer En Hafizan. Below is the what happen with customer En. Hafizan by Cashier for your reference:-


"On 6/8/12 one customer came approach claimed that he already paid the parking ticket but cannot go out.He also claimed that he already paid Rm10 in the autopay machine but no balance returned.After I'll checked in the system that parking ticket is not succesful payment that means he cancel the payment.Then I said that he have to pay the fee..
He say" Saya dah bayar kat machine tapi machine awak problem, tak percaya tengok CCTV."
I say"Machine tak de problem tapi apa yang saya lihat disini encik tekan cancel semasa membuat pembayaran di machine tadi.Bermakna encik belum bayar."
He say"Saya dah bayar dengan note RM10 tapi balance pun x de.Camane?
I say"Kalau balance x de pun machine tu akan keluar satu resit dimana encik boleh claim disini."
He say"Mana ada resit?"
I say"Resit tu akan keluar disebelah bawah ditempat duit balance"
Then he went out follow by me to see wheater the receipt still there or not, but we din't found any receipt at the mechince.
I say"Dah berapa lama encik tinggal dari mesin bayar?
He say"Dah lebih kurang 10minit lalu.
Then he also mentioned about the payment, and i answered him that due to no receipt found so he have to pay for the parking ticket.
Then the customer din't mention anything and go the customer service to pay the parking ticket."

eelobor said...

Terima kasih "Anonymous" kerana sudi membalas komen disini.

1. Pada ketika saya membuat aduan, telah disertakan nama penuh saya berserta butiran nombor telefon serta alamat email. Bolehkah saya tahu siapakah disebalik nama "anonymous" ini? Jawatan apa? dan apakah nombor telefon yang boleh saya hubungi saudara/i untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut?

2. Kalau betul mesin takde problem, kenapa tidak keluar resit? ini telah saya nyatakan resit tidak keluar kerana pada mulanya saya menunggu wang baki sebelum terpandang notis "wang baki tidak dikembalikan". dalam tempoh menunggu wang baki tersebut, memang tidak ada resit yang telah keluar.

3. encik/cik menyatakan dalam maklumbalas komen di atas iaitu melalui hasil siasatan;

"Machine tak de problem tapi apa yang saya lihat disini encik tekan cancel semasa membuat pembayaran di machine tadi.Bermakna encik belum bayar"

Lihat dimana? di paparan skrin mana? jadi kalau sudah ada maklumat awal tentang butang cancel yang telah ditekan, dan saya telah maklumkan duit tidak keluar kembali, kenapa mahu diminta resit sedangkan bukti awal telah ada?

4. Mengenai tempoh 10minit agak lama memandangkan jarak selepas pembayaran awal dilakukan dengan kereta adalah dekat sebelum kereta tidak dapat melepasi palang berikutan masalah pada resit pembayaran tersebut.

5. Saya akui chief cashier tidak bersikap kurang ajar, cuma berkata "tidak mesra alam" memandangkan tidak cuba untuk menyelesaikan masalah namun menyuruh saya membuat bayaran baru seolah2 seperti saya tidak membuat bayaran sebelum itu walaupun saya telah maklumkan terlebih dahulu bahawa telah membuat bayaran.

6. "After I'll checked in the system that parking ticket is not succesful payment that means he cancel the payment.Then I said that he have to pay the fee.."

Boleh bagi penjelasan/pencerahan terhadap maksud ayat tersebut. Sistem telah mengesan "not succesful payment" tapi dinasihatkan untuk membuat bayaran sekali lagi?

Sekali lagi diucapkan terima kasih kerana sudi membalas komen disini dalam mengatasi masalah tersebut.