Saturday, March 17, 2012

Murtabak Raja Kelantan


Terjumpa Murtabak Raja di sebuah kedai area Wangsa Melawati ketika sedang membeli Nasi Berlauk Pagi ala2 Kelantan beberapa hari lepas. Stok untuk Murtabak daging sudah habis, beli yang ayam dengan harga RM12 kalau tak silap aku.


Bungkusan pada bahagian belakang ada tertera cara2 untuk memanaskan Murtabak Raja ni. Ada 2 cara iaitu dengan menggorang (di atas kuali leper cam nak goreng burger) atau juga dengan menggunakan ketuhar. Ketebalan murtabak ini rasanya lebih kurang hampir 2 inci kut. Tapi memang tebal dan ada beberapa lapisan inti di dalam.


Gambar sebelum di masukkan ke dalam ketuhar. Selepas beberapa minit, Murtabak Raja siap untuk dihidangkan. Tetapi di sebabkan masalah selsema yang sudah berlarutan beberapa hari, tak de bau kat hidung aku. Langsung tak membangkitkan selera. Bila disuap kedalam mulut, rasa pun macam boleh tahan jer. Tak tahu sama ada masalah selsema memang betul2 mempengaruhi selera makan ke tidak sebab wife cakap sedap jugak rasanya. Balik KB hujung bulan 5 nanti nak pergi beli yang kat sana lak.

9 comments:

Lya Colours said...

tebal nampak murtabak ni. mesti banyak isi nya

steffany daph said...

bagus beli ni. tebal :D hehe, dpt la merasa inti yg byk.

adrenalina said...

jadi mcm pizza pulak ada choice dgn cheese tu hahaha...sedap ni murtabak rajo...

eelobor said...

Lya Colours: eheheh...berdua jer makan. kenyang nak habiskan semua. boleh buat 2x makan.... semalam & bekpes pg td

steffany daph: hehehe.... memang tebal murtabak raja. dah kira saiz stendet dia

adrenalina: hehehe.... sedak jugok rasanyo....

anyss said...

Assalamualaikum,
Tak penah rasa murtabak tuanku ni...nanti jadi permaisuri karang baru leh rasa kot hu huhu hu

sarah said...

nampak tebal dan menarik..belum pernah rasa..tapi macam pernah dengar..tak pernah jumpa pun kat sebelah sini..

Anonymous said...

Katne alamat kedai tu? Terasa nak beli lah pulok!

Anonymous said...

Baru try di wangsa melawati kl. sedap jugak isi banyak. Tapi radanya tak de saiz kecik yg ada saiz rm15

razak yaakob said...

Sekarang ada di medan mara kuala lumpur. Made in kelantan. Lawati www.murtabakrajaon9.blogspot.com