Saturday, March 17, 2012

Murtabak Raja Kelantan


Terjumpa Murtabak Raja di sebuah kedai area Wangsa Melawati ketika sedang membeli Nasi Berlauk Pagi ala2 Kelantan beberapa hari lepas. Stok untuk Murtabak daging sudah habis, beli yang ayam dengan harga RM12 kalau tak silap aku.


Bungkusan pada bahagian belakang ada tertera cara2 untuk memanaskan Murtabak Raja ni. Ada 2 cara iaitu dengan menggorang (di atas kuali leper cam nak goreng burger) atau juga dengan menggunakan ketuhar. Ketebalan murtabak ini rasanya lebih kurang hampir 2 inci kut. Tapi memang tebal dan ada beberapa lapisan inti di dalam.


Gambar sebelum di masukkan ke dalam ketuhar. Selepas beberapa minit, Murtabak Raja siap untuk dihidangkan. Tetapi di sebabkan masalah selsema yang sudah berlarutan beberapa hari, tak de bau kat hidung aku. Langsung tak membangkitkan selera. Bila disuap kedalam mulut, rasa pun macam boleh tahan jer. Tak tahu sama ada masalah selsema memang betul2 mempengaruhi selera makan ke tidak sebab wife cakap sedap jugak rasanya. Balik KB hujung bulan 5 nanti nak pergi beli yang kat sana lak.

Friday, March 16, 2012

Al-Qur'an Ada Jawapannya

KENAPA AKU DIUJI ?





Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. - (Al-Ankabut, 29:2-3)


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?




Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.- (Al-Baqarah, 2:216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?




Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". - (Al-Baqarah, 2:286)


RASA KECEWA?




Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. - (Al-Imran, 3:139)


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?




Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).  - (Al-Imran, 3:200)


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?





Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. - (At-Taubah, 9:111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?




Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."- (At-Taubah, 9:129)


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!




Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". - (Yusuf, 12:87)


Tuesday, March 06, 2012

Pening Dengan Masalah Wifi

Kepada sesiapa yang pakar dalam bab2 komputer boleh la tolong bagi jalan penyelesaian untuk masalah aku yer.... 





Masalahnya tidak di ketahui punca sebenar namun ianya bersangkut paut dengan masalah wifi. Ianya sering terjadi pada Macbook Pro sahaja dan TIDAK BERLAKU pada Compaq (wife guna windows 7) atau juga iPad si Muaz dan juga iPhone. Maksud aku... sering kali berlaku wifi connection pada MacBook Pro aku tak boleh detect router (modem unifi) sedangkan dalam masa yang sama sekiranya menggunakan laptop lain atau iPad atau juga iPhone tiada masalah dengan wifi connection sekiranya aku nak salahkan router tuh yang menjadi punca MASALAH

TETAPI.... kalau aku nak cakap wifi internal adapter kat MacBook Pro aku yang BERMASALAH, kenapa dalam masa sama ianya boleh detect wifi jiran2 aku (lebih daripada 10 sambungan). Jadi kemusykilan aku yang tengah pening & tak jumpa jawapan adalah memikirkan samada MacBook Pro (wifi internal adapter mungkin?) aku kah yang rosak atau router aku yang tak boleh di guna pakai. Ada kekawan yang pakar mungkin boleh selesai tak masalah ini?

Masalah ini sering on-off dan sudah berbulan2 sebenarnya. Namun jika menggunakan kabel LAN, tak de masalah, cuma wifi sahaja.