Monday, February 27, 2012

Kontraktor Pemasangan Unifi Banyak Songeh

Tengok2.... rating blog aku dah menurun seminggu kebelakangan ini. Yer lah... sape nak masuk baca cerita sama setiap hari kan? Dalam tempoh seminggu, cuma kekadang jer dapat mencari ruang untuk update entri baru. Alhamdulillah.... dah selesai hampir 90% proses masuk rumah baru nie. Cuma tinggal sket jer lagi iaitu pemasangan kabinet dapur yang di jangka minggu depan. Insya Allah... dalam seminggu-dua lagi akan selesai semuanya. Penat yang teramat sangat....



Pemindahan unifi ke rumah baru pun dah setel. Maknanya mulai hari ini, boleh la nak blogwalking puas. Dah lama tak menjelajah ke rumah kekawan. Benggang jap dengan kontraktor pemasangan pagi tadi. Aku dah lebih sebulan buat temujanji untuk pemasangan waktu pagi hari ni. Alih2 dia call kata nak datang petang. Banyak cantik.... ko ingat kerja aku nak tunggu ko datang jer. Yang ko banyak sangat ambik job ngan TM bukan masalah aku. Yang aku tau, korang kena datang ikut jadual yang telah di tetapkan. 

Kalau tak salah aku, sekiranya di pihak kita yang membatalkan tarikh temujanji yang telah ditetapkan dalam tempoh kurang dari 24jam, akan dikenakan caj RM200. Bagaimana jika kontraktor yang melanggar janji pulak. Aku cuba call TM Unifi untuk dapatkan penjelasan dan melalui 3x panggilan yang dibuat (berjumlah 16minit kesemuanya mendengar mesin perempuan dok melalut) tapi tak dapat sambungan. Caj mereka datang setting sahaja (re-allocate) dikenakan caj RM300. Kontraktor pemasangan tadi cuba2 nak pusing mengenai harga yang aku perlu bayar lebih, tapi aku dah ada pengalaman lepas. Hehehe...budak nie nak mengencing aku lak, sekali aku berak baru ko tahu...

Sambung malam nanti lah.... nak ke Low Cost Carrier Terminal (LCCT) lak.... Salam semua...

8 comments:

cheqna said...

silala qada' baca semua n3 cheqna hokeh!!!!!!!!!

eelobor said...

hehehe.... ambik maso sket tuh

Citarasa Rinduan said...

gigih aku sampai sini baca entry ko

terbaiklah entry nie.. ko mmg hebat...
kalau aku, sure mati kutu,.,
nak tunggu sambungannya,,, sabar puan ayu!!

Lya Colours said...

saya still guna streamyx. so far puas hati. kalau dia buat perangai dah nanti, kita bako je.hihi

Anonymous said...

aku pn kontraktor unifi jgak. mmg bnar penjelasan dri kau to. kau ingt kau ne ape ... vip nk maen pakai suruh2 dorang dtg cpt2... dorang pn ade byk job yg return blum bwt... kau ingt dorang nk sgt buat job byk2..dh kne pakse nk wt cm ne...tm ne jnis taw bagi je job...alasan sume x nk dgr...mntak maaf la... bkan nk kurang ajar la... kami kontraktor unifi bkan bnatang atau hamba kau nk suruh2...bkan 1 2 je orng cm kau ne... dah bpuluh2 ribu ak jmpe org jnis cm ne.. lebih2 lagi owg2 kite ne.. bab memaki,melenting,byk alasan srah kt org cm ne... kita owang cari makan bkn cari masalah.. kalau nk free kau pg bkak kampeni sndiri.

eelobor said...

Anonymous (kontraktor pemasangan unifi):

aku bukan vip nk suruh dtg cepat cuma nak suruh dia orang dtg seperti dalam jadual asal iaitu waktu pagi sebab tengahari aku perlu bergegas ke airport. so siapa nak tanggung kerugian tiket flight aku?

Anonymous said...

MNGKIN INSTALLER UNIFI TU PUN ADA FLIGHT LEPAS KEJE..KIKIKI

Anonymous said...

Kontraktor TM dari dulu lagi dah terkenal datang ikut suka masa dia org. Beruk Mat Yeh pun lagi disiplin.

Yg bestnya, manager TM sendiri perasan kontraktor dia org macam bagus.

Kelakar tol.

Sebab tu TM ni selalu kena maki, tak kiralah problem Streamyx atau Unifi. Padan muka TM, ambik lagi kontraktor takde disiplin.

Senang TM buat polisi, kalau kontraktor tak blh atau tak nak set appointment dgn customer, customer hanya perlu bayar 1/2 dari original charge.

Amacam TM, ada berani ?