Tuesday, February 07, 2012

JJCM: Restoran Rumah Thai, Taman Melati

Ice Cream - menu untuk MuazRM3.90

Kali ini sempat juga nak mencuba makanan di Restoran Rumah Thai yang terletak di Taman Melati, Setapak. Pada bulan puasa yang lepas pun pernah gak singgah nak makan kat sini tapi disebabkan lewat dan walk-in jer, tiada lagi meja kosong. Tengah duk pikir2 lokasi kat mana nak makan malam, lantas teringat nak mencuba makanan di restoran ini semasa duk tengah drive kereta. Apa lagi kan?


Sayur Broccoli-8/10

Udang Mentega -8.5/10

Untuk hidangan semalam, kami mengambil set untuk 2 orang makan namun terpaksa ambil nasi putih lagi satu disebabkan kami datang berempat termasuk adik ipar. Tapi kira 3 orang jer lah makan sebab budak kecik tuh (Muaz) cuma makan ice cream jer.

Ikan Kerapu 3 Rasa - 8.5/10

Ayam Pandan -7/10

Untuk set hidangan berharga RM42 termasuk Nasi Putih, Tomyam, Sayur Broccoli, Ayam Pandan & Udang Mentega. Namun kami membuat tempahan berasingan iaitu Ikan Kerapu Masak 3 Rasa yang berharga RM7 untuk 100g dan juga Kerabu Mangga Muda yang berharga RM8.90 sepinggan.

Kerabu Mangga Muda - 9/10

Tomyam - 7/10

Secara keseluruhan, makanan kat sini aku boleh bagi 8.5/10 dan sangat2 berpuas hati (ikut selera tekak aku ler). Kemungkinan akan ada siri ulangan untuk kali ke-2, tapi yang pasti bukan dalam temoh yang terdekat ler. Yang pasti makanan kat sini sangat berbaloi dengan harga2 yang ditawarkan. Kedai ini terletak di Melati Utama, Setapak. Untuk maklumat lanjut, boleh tengok kat sini.

 Hidangan makan malam kami bertiga


orang lain tengah syok rehat kat rumah tapi aku terpaksa bekerja.....


9 comments:

cheqna said...

ayam pandan tu mace sedap jah

eelobor said...

sedap jugok sebenarnya.... tapi sebab laik2 lain lagi sedap, tenggelam terus rasa dio

Lya Colours said...

kerabu mangga feveret!!

amirah said...

mak oi...meriahnya

nyanyisunyi said...

akak paling suka kerabu mangga dan broccoli...kalau sedap dan harga berpatutan pasti nak datang lagi kan...

mama maman said...

sedapnyer.. untung la eelobor tau tmpt mkn yg sedap2... kami nih selalu blur nak gi cr mkn tmpt sedap2.. huhuhu...

Sharinginfoz said...

boleh tahan juga makan kat sini

Kalamhati said...

sedak weh demo jjcm sokmo..hehe

*∽ IZAN ∽* said...

gulp! *mode telan air liuq*