Tuesday, February 07, 2012

JJCM: O'Briens at KLCC

 

Kebetulan hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami, petang tadi kami ke KLCC untuk mencari lokasi yang sesuai. Maklumlah, cuti kali nie kami tak kemana2 pun kerana sibuk dengan urusan rumah - membasuh & mengecat sebelum boleh berpindah hujung bulan nanti. Entah macam mana boleh terasa nak makan salad selepas tengok beberapa keping gambar kat google images. Walaupun hari ini terpaksa bekerja pada waktu pagi hingga jam 3.30pm, kami bergerak ke KLCC selepas asar tadi dan lokasinya di O'Briens, Irish Sandwich Cafe.



Iced Mocha

Cheese Cake

Classic Ceaser Salad
( Parmesan, chicken & chicken crisp, 
crouton, olive, mixed leaves, ceaser dressing )

Chicken, Chicken Crisp & Cheddar Wrap
( with mixed peppers, red onion & tomato )


******
Perlu diingat bahawa aku suka berkongsi di sini tempat2 yang aku suka makan dan suka memberi komen berdasarkan rasa tekak aku. Sedikit pun tidak terlintas di hati untuk nak menunjuk2. Aku banyak menerima komen2 (bukan komen di blog) yang sinis mengatakan bermacam2. Niat aku berkongsi kerana untuk memberi pilihan kepada pembaca2 lain untuk membuat pilihan seandainya ingin mencari lokasi2 pilihan makanan. Begitu juga, aku suka membuat survey terlebih dahulu dengan membaca beberapa blog sebelum menerjah kemana2 kedai makan.

Aku tahu, itulah sifat manusia yang ada saja yang tak kena di mata mereka. Jika aku buat entri berkenaan makanan, kata aku suka makan. Kalau aku bercerita pasal family, ada yang kata aku bukan artis dan takde sapa pun yang nak baca kisah aku. Bila aku berkongsi pasal2 imu agama, kata aku nak tunjuk baik. Bila aku berkongsi artikel2 yang menarik, ada yang kata aku main copy paste jer. Ada saja yang tak pernah betul. Tapi terpulang lah kan. Aku berterima kasih kepada yang sudi menegur untuk memperbaiki kelemahan & kesilapan aku.

secara kebetulan kami berdua berkongsi hobi yang sama.....

10 comments:

Kalamhati said...

Biarlah oghe nok kato gapo pun..blog ni hak peribadi..diary harian kito..
kalu tok suko..toksoh masuk..senang..huhu


Btw, Happy Anniversary utk eelobor.semoga kekal bahagia dunia dan akhirat..amin

eelobor said...

huhuhu.... ado ore hok srupo kakcik la sbb ambo buleh bertahan untuk terus menulis entri di blog. sbb tuh lonih, tok berapo rajim nok update entri sangat

*∽ IZAN ∽* said...

happy anniversarryy!! moga teruss berbahagia hingga ke hujung nyawa yekk!!

Berkongsi pengalaman mmg la ciri2 seorang blogger... saya byk gak dapat info baca review dari blog2 memember tak de pun terasa blogger nak menunjuk2 or what. anyway nak baca or tidak tu pilihan memasing. tuan tanah tak suruh pun.. tak suka kalu.. tak yah la singgah.

al maklum.. hati manusia.. rambut sama hitam.. hati lain-lain. susah nak puaskan semua oranggg uhuhuhu

eelobor said...

terima kasih izan...

Deru Ombak said...

Owos demo gakzz..bakpo nok higha ore gitu..blog kito hok kito..suko la nok wak gapo2 pun..

mama tisya said...

happy anniversary..eh tk prasan lak tmpt ni kt klcc..belah mana ek..cz klcc tu dkt je ngan opis..

mulut ore meme gtu..tokleh tgk kito sene..so abaikn la...suka entry JJCM...hehehehe

Lya Colours said...

ish takpe saya suka juga tengok makan2 ni. hihi
blog saya tu lagi la, sokmo pasal makan je
lantak la apa org nk ckp. hehe

amirah said...

mulut org memang takbleh dan tak akan berhenti bercakap bro eelobor..jadi, dun wori..and hepi anniversary

HeNRieTTa JoSe said...

Happy Aniversary....

Anonymous said...

Tak apa kalau ada org komen..meaning ada org yg ambil kisah pasal kita..by the way..o'briens ni ada tanda halal ke..bkn dia ada jual liquor mcm tgif, chillies..