Monday, January 16, 2012

Unifi - Berbaloi Tetapi Mahal



Unifi merupakan perkhidmatan talian internet jalur lebar berkelajuan tinggi (High Speed Broadband-HSBB). Kini sudah lebih 3 bulan aku menggunakan perkhidmatan unifi. Sehingga ke hari ini, aku teramat2 sangat berpuas hati dengan perkhidmatan internet yang di tawarkan oleh TM ini dan tidak pernah lagi meragam.

Namun kos untuk melanggan perkhidmatan ini sangat tinggi rasanya jika nak di bandingkan dengan negara2 lain yang menawarkan pakej internet di negara masing. Unifi menyediakan perkhidmatan untuk penggunaan rumah atau juga pejabat dan di datangkan dengan pakej VIP5 (RM149), VIP10(RM199) & VIP20(RM249). *tidak termasuk cukai perkhidmatan.

Aku kini dalam proses untuk berpindah ke rumah di kawasan lain (re-allocate). Nasib aku tersangat2 baik kerana kawasan tersebut ada rangkaian untuk unifi. Risau gak andai tiada unifi, terpaksalah aku downgrade ke streamyx balik. Tak mau aku...... slow cam kura2 yang lumba lari ngan arnab masa sekolah rendah dulu. Camner aku tanpa internet kan? Huhuhuhu..... addict siut.

Setelah di buat pertanyaan, kos untuk memindahkan akaun unifi ini ke premis baru dikenakan caj sebanyak RM300. Perghhhh....mahal baban terrrr. Kalau nak tamat perkhidmatan lak kena penalti RM500. Malah aku yang bercadang2 untuk downgrade dari pakej VIP10 kembali ke VIP5 juga akan dikenakan caj lebih kurang RM300 jugak. Hahahaha..... memang betul2 buat duit la TM nih.

Nampak gaya, untuk mendapatkan perkhidmatan yang agak berbaloi terpaksalah keluarkan sedikit modal demi mendapatkan satu kepuasan yang hanya diri sendiri sahaja tahu apakah erti kenikmatan kelajuan internet yang tinggi. Terima kasih unifi kerana perkhidmatan yang laju serta kos yang terlalu MAHAL.


18 comments:

Sharinginfoz said...

so far guna streamyx aja, just tulis blog dan surf internet aja..

HeNRieTTa JoSe said...

Ha'ah....unifi memang sangat laju....rumah di kampung pasang unifi....download memang superb, online movie pown xde buffering bagi....tapi seratus lebey larr bill bulanan....

eelobor said...

sharinginfoz: yer.... ikut jenis penggunaan.

Henrietta Jose: huhuhu, kampung mana tuh dah ada unifi? kampung baru ker kampung kerinchi? hehehehe

Haz said...

setuju..
unifi laju tpi maintenance,mahal..

HeNRieTTa JoSe said...

Kampung kat Penang....hehehe.....

Citarasa Rinduan said...

mmg mahallah.....

kalau mcm tulah, sesiapa y berpindah.. alamat sukarnya nak setia pada nan satu,. siapa y rugi??

Kalamhati said...

Lagu2 mano pon utong kot alah demo sokmo terrr..hehe

azieazah said...

Kena la laju, sebab dengar citer Unifi ni boleh download filem dengan cepat sekali.

Competitive.

Kalu masih macam dulu, cemana nak jual produk?

Amy Syaquena said...

rasanya di pantai timur x de lagi kan , amy nie masih setia dengan streamyx walaupun last week hampir seminggu line tenet buat hal...huhuhu streamyx tetap banyak berjasa...

ejaMaria said...

kampung kita takde unify... pakai streamyx je la... ;p

Deru Ombak said...

Mereka kata berbaloi-baloi...walaupun sedikit mahal...

che mid said...

alah membeli menang memakai..

sahromnasrudin said...

kami duk kampong..tak merasa unifi..tapi mmg mahal la cajnya..cube bro komplen kat bpa

Azian Elias said...

betul tu..memula bill almost RM700..gila ke tidak..but now still pakai..

cheqna said...

cheqna guna streamyx

anyss said...

Assalamualaikum,
Huish! Gred Jusa macam tuan rumah mampu ler pakai, gred makcik klener sayer ni sesuai mintak sedekah dengan Secret Recipe je, tapi skrg ni dah tak bagi dahhhhhh....

Santri T.P.I.N.I said...

untuk rakyat terengganu rm38 sebulan untuk pengguna streamyx...

Anonymous said...

Tm nak modal dia balik,baru trunkan harga