Tuesday, January 10, 2012

Penipuan Jual Beli Atas Talian (online)

"Telefon bimbit" yang berharga RM3,250


Terkejut bilamana membaca akhbar harian metro online mengenai seorang pekerja swasta yang telah membeli telefon bimbit secara online sebanyak 3 unit berharga RM3,250 namun telah di hantar lesung batu yang cuma berharga RM14.50 yang mana tanda harganya pun masih belum lagi dibuang. Begitulah dunia internet yang kononnya tanpa sempadan ini, apabila ada segelintir manusia yang menggunakan peluang yang terhidang untuk menipu orang ramai.

Namun aku sendiri pernah ada pengalaman membeli barangan secara atas talian (online) iaitu sebuah telefon bimbit yang berharga RM2200. Aku tidak pernah jumpa pembeli ini kat luar. Kenal cuma kerana membaca blog beliau di Sinar Raudah dan juga saling berbalas komen di facebook. Namun ketika membuat urusan jual beli telefon, mungkin ini adalah yang paling pelik pernah aku jumpa. Terima dahulu barang (telefon), puas hati baru bank-in kan duit. Tak pernah ada orang buat urusan jual beli sebegini kan? 

Begitulah, bukan kesemua jual beli online nie tak boleh dipercayai. Alhamdulillah kerana aku di ketemukan dengan seorang penjual yang sangat2 percaya kepada pelanggannya. Walaubagaimanapun berhati2 lah dengan setiap urusan jual beli dalam talian.

17 comments:

ejaMaria said...

hmmm... klu dah otak penipu... gitu la...

amirah said...

memang kena berhati2...tp kadg2 berhati2 sgt kalau nak terkena tu memang dah takdir akan terkena...ermm

*∽ IZAN ∽* said...

beli HP dapat lesung batu..? sabo je laaa.. macam2 taktik nak kaya cepattt.

kakcik said...

Ada peniaga yang beretika, pelanggan pulak puaka!

JunAina said...

Mengikut statistik MUDAH.COM adalah penyumbang kepada kebanyakan penipuan internet.

Lya Colours said...

ish tak berani la beli benda mahal2 kat internet ni.takut jadi macam ni la
saya beli handbag je kalau onlibe ni. itu pon dengan penjual yang dah biasa. ada la 2-3 online shopping yg biasa beli

ajak said...

asalam ... salam kenal ... wahhh mahal nyer lesung batu ... saya dah jadik follower awak ... sudilah kiranya jadik follower saya ... nak minta tunjuk ajar ...tq.

jedi said...

btol tu...xsemua urusniaga internet tidak boleh dipercayai...

cheqna said...

cheqna beli novel je secara online
hok lain cheqna dok berani lagi nok beli takut kena tipu gini r

Deru Ombak said...

Hati-hati..

kartikel.com said...

elok COD je senang bila beli barang2 ni..

miloais milo said...

hemmmm.... kat mana2 ada saje kaki menipu ni...
iols ada jugak beli barang secara online - so far - alhamdulillah.... tak penah lagi kena tipu....

Kella said...

betul betul betul.. kawan kita baru je kena tipu depan mata je.. beli 1phone 4s yang baru tu.. rega 500.. rasa sangat bertuah la konon.. balik balik.. rupany phone itu ialah dummy punya! hmmmm rugi.. 500..

sahromnasrudin said...

bro pkai iphone kan dengan rm 2200.00 tue..camne ..puas hati tak? byk function kan

eMMe said...

Jgn kan beli online, beli secara live pn leh tipu cam ne, kalo dah kene, mesti serik punye, so hati2, jgn mudah percaya...

Kalamhati said...

huhu sian nyo ko pembeli tu..
tu la kalu beli online ni keno tgk molek..tgk dulu testimonial pembeli..kalu beli kt Mudah.my better COD jah

Citarasa Rinduan said...

baca gak tengahari tadi ttg kes tipu hp pembeli tu.

nama penipu tu LIM kan?? cina...

aduhai.. kasihan pula kes ini kan>

aku bersyukur kenal ko dan amy. dua2 penjual yang baik hati..
alhamdullilah

PS: dan 3 hari sekodeng blog ini, aku tak dapat baca entry.. kosong, betul2 tertekan, bila tak dapat baca entry ko