Monday, January 23, 2012

JJCM: Restoran D'Harapan Seafood, Tanjung Harapan

Restoran D'Harapan Seafood

Perancangan asal nak ke Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan terpaksa di batalkan kerana orang terlalu ramai. Beratur untuk pilih lauk saja pun dah berbaris panjang, itu belum tunggu masakan untuk siap. Keputusan di ambil untuk mencari lokasi lain. Maka terjumpalah restoran ini yang memberi sedikit harapan setelah di kecewakan dengan lokasi asal. Saat kaki melangkah masuk, orang tidaklah begitu ramai sangat dan dalam hati bertanya sendiri, sama ada tempat ini terpencil jauh ke dalam atau memang masakan di sini kurang sedap?

 Butter Prawn - *7/10


Kailan Ikan Masin - *8/10


 Telur Bungkus - *6/10


 Daging Masak Kicap - 7/10


Kerabu Mangga - *8/10


 Tomyam Campur - *7/10


 Ikan Siakap 3 Rasa - *8/10


Air Tembikai 2 Jug


Makan bersama adik beradik - *10/10 


Akhirnya satu kesimpulan boleh di buat, jangan hanya pada luaran sahaja. Secara keseluruhan makanan di sini boleh di kategorikan agak sedap juga berbanding dengan lokasi2 lain yang aku pernah pergi. Makan sehingga kenyang. Dan yang paling seronok aku boleh bagi bintang penuh *10/10, apabila dapat makan bersama dengan adik-beradik. Secara kebetulan kami juga makan besar seperti mana kebiasaannya kaum cina yang berkumpul bersama ahli keluarga mereka untuk makan pada petang sebelum Tahun Baru Cina.

terima kasih kepada tuan sponsor....

12 comments:

Kakcik Nur said...

Markah penuh untuk sessi makan bersama adik beradik. Alhamdulillah. :)

eelobor said...

masing2 sibuk dan duduk lak jauh (dalam selangor jer) & ada komitmen masing2. peluang sebegini jarang2 jer......

hani@debumelukut said...

wahhh...sedap nih!

Kalamhati said...

hok sedaknyo bilo buleh make nga family..mknan tok sedak sikit pun buleh jd sedak bilo kumpul adik beradi..=)

cheqna said...

makan beramai2 memang sangat besh..
lapo la plop....
x g kuano2 ko????

Sharinginfoz said...

seronok makan ramai2, alamak lapar le pula

anyss said...

Assalamualaikum,
waaaaaaa cedap! cedap! memang betul2 make besar tu...

Citarasa Rinduan said...

tiba2 aku sangat jelessssssssssssssss

nak ibu.. nak abah..
nak adik beradik akuuuuuu

Lya Colours said...

bestnya tengok butter prawn tu. bersarang. niceeeeeeee

adrenalina said...

seronoknya sbb last skali tgk gambar makan besar ramai2 dgn adik beradik semua!

HeNRieTTa JoSe said...

Bestnye makan ramai ramai....tunggu bday ayah xlma lagi....

Psss..trima kasih doakan rietta....ALHAMDULILLAH...rezeki ayah....

mama hani said...

malam2 tengok makanan...laparlah pulak...