Sunday, January 29, 2012

Kedai Makanan MZ Darulnaim @ Kampung Baru

 

Kedai Makan MZ Darulnaim menyediakan pelbagai juadah makanan  selera Kelantan. Lokasi terletak di Kampung Baru, berhadapan dengan Pusat Zakat (Baitulmal) dan juga Kuala Lumpur International Hotel. Gambar di bawah merupakan pelbagai jenis makanan dan kuih muih untuk sarapan pagi sahaja.


Berbagai aneka masakan lauk pagi


Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Lauk Ikan / Ayam, Laksa,
Laksam, Nasi Himpit dan banyak lagi




salah satu peberet masa kecik2 dulu


Hidangan ini cuma untuk sarapan pagi dan lain kali nak mencuba untuk masakan tengahari yang di katakan pelbagai lagi juadah di sediakan seperti ulam sayur, gulai darat / kawah, ayam percik, daging bakar, dan...dan...dan.... kita pergi cari & rasa sendiri kan? huhuhuhu..... selamat bersarapan pagi.

Monday, January 23, 2012

JJCM: Restoran D'Harapan Seafood, Tanjung Harapan

Restoran D'Harapan Seafood

Perancangan asal nak ke Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan terpaksa di batalkan kerana orang terlalu ramai. Beratur untuk pilih lauk saja pun dah berbaris panjang, itu belum tunggu masakan untuk siap. Keputusan di ambil untuk mencari lokasi lain. Maka terjumpalah restoran ini yang memberi sedikit harapan setelah di kecewakan dengan lokasi asal. Saat kaki melangkah masuk, orang tidaklah begitu ramai sangat dan dalam hati bertanya sendiri, sama ada tempat ini terpencil jauh ke dalam atau memang masakan di sini kurang sedap?

 Butter Prawn - *7/10


Kailan Ikan Masin - *8/10


 Telur Bungkus - *6/10


 Daging Masak Kicap - 7/10


Kerabu Mangga - *8/10


 Tomyam Campur - *7/10


 Ikan Siakap 3 Rasa - *8/10


Air Tembikai 2 Jug


Makan bersama adik beradik - *10/10 


Akhirnya satu kesimpulan boleh di buat, jangan hanya pada luaran sahaja. Secara keseluruhan makanan di sini boleh di kategorikan agak sedap juga berbanding dengan lokasi2 lain yang aku pernah pergi. Makan sehingga kenyang. Dan yang paling seronok aku boleh bagi bintang penuh *10/10, apabila dapat makan bersama dengan adik-beradik. Secara kebetulan kami juga makan besar seperti mana kebiasaannya kaum cina yang berkumpul bersama ahli keluarga mereka untuk makan pada petang sebelum Tahun Baru Cina.

terima kasih kepada tuan sponsor....

Saturday, January 21, 2012

Cara Untuk Jailbreak iPhone 4S / iPad 2 iOS 5.0.1




Pagi nie terbaca tutorial untuk Jailbreak bagi iPhone 4S / iPad 2 (A5) 5.0 atau 5.0.1 menggunakan Absinthe. Untuk masa sekarang ianya di datangkan hanya untuk versi mac dan belum lagi untuk windows atau linux. Caranya sangat mudah sahaja dan hanya memerlukan sedikit keyakinan jer. Aku pun takde pengalaman sangat tapi menggunakan kaedah try & error.

Untuk tutorial nie, aku cuba google dan membaca 3 entri berbeza mengenai cara2 untuk jailbreak. Agak cuak gak, risau andai telefon akan lebur jika tersalah langkah. Untuk mengetahui cara2nya, cuma buka jer google dan taip ler "tutorial untuk jailbreak iphone 4s 5.0.1". Begitu mudah bukan? Nak menyenangkan, aku menggunakan langkah2 di tutorial kat bawah. 

Absinthe iOS 5.0.1 Jailbreak For iPhone 4S/iPad 2


NOTE: Please make sure you take a full back up of your device before beginning. The Absinthe program uses a new jailbreak technique, and although no problems are expected, the development teams waive any responsibility if anything does go wrong.


Step 1: Download the compressed Absinthe package. Extract all files and run the executable file. Download link in the end. (klik untuk download absinthe)


Step 2: Connect your iPad 2 or iPhone 4S to your Mac or Windows computer using a USB cable and launch the Absinthe tool and you will be presented with a GUIas shown below: (gambar tak di sertakan)

Step 3: You will notice a button on the right hand side of the Absinthe program which says ‘Jailbreak’. Once your device is connected, click that button to begin the process. What looks like a restore will begin on your device with the words ‘Restoring in Progress’ being present. Please do not touch the device, the process can be quite time consuming.

Step 4: Once the restore is completed, unlock your iPhone / iPad and look for the ‘Absinthe’ icon which will now be located on your device’s Springboard. Tapping the icon will momentarily launch the GreenPois0n website, before causing your device to reboot. After the reboot is completed, the aforementioned Absinthe icon will now be replaced by a beautiful brown Cydia one.

NOTE: If you are receiving an ‘Error establishing connection’ message at this stage, exit to your Springboard and be patient. The website servers are experiencing a tremendous increase in traffic so just keep trying to launch the Absinthe ‘app’. Alternatively, as a quick fix you can head over to the SETTINGS > GENERAL > NETWORK > VPN entry and then toggle VPN to ‘on’. This will cause an error message to be generated, which will reboot your device when dismissed. You can then launch the Absinthe icon again.


Step 5: The steps are all over. Your device is booted into a jailbroken state. You can now launch Cydia and follow through the process of setting up your favorite tweaks and extensions.
As you can see, the process has been made as simple as possible using this new powerful tool. The steps ands relatively easy and there isn’t much work involved, but remember to make that important back up. (sumber dari sini)

Kalau nak di bawa telefon ke Low Yat, mahunya akan dikenakan caj yang mahal. Selalunya RM80 ke atas ler. Insya Allah..... langkah ini sangat senang lagi mudah & anda tidak perlu menghabiskan masa serta membazirkan duit seandainya ia semudah ABC kan. Selamat mencuba.....


*** update: Jailbreak iPhone 4S / iPad 2 iOS 5.0.1 for Windows ***



Untuk tutorial boleh tengok kat video di atas atau klik kat sini untuk download cinject.

download cinject.

1. open CMD.exe
2. cd to the cinject.exe
3. execute the command: cinject.exe -i payloads/jailbreak.mobileconfig
4. execute the command: cinject.exe -j payloads
5. execute the command: cinject.exe -w
6. toggle the VPN switch in settings
7. Wait for reboot

Friday, January 20, 2012

Logo Halal JAKIM



Terima kasih kepada JAKIM kerana telah membuat beberapa gerak gempur ke beberapa premis kedai makan dan mengambil berat akan isu halal-haram. Sememangnya makanan halal-haram ini tersangat2 penting bagi kita yang muslim nie, bukan main belasah jer kan? Semoga pemantauan yang berterusan dari pihak terbabit, tiada lagi keraguan kita sebagai pengguna yang mana satu logo halal swasta ler atau logo halal palsu.  Salah satu kenapa doa kita tidak dimakbulkan Allah swt atau solat tidak khusyuk adalah berpunca daripada pemakanan seharian kita.

Hehehehe.... negara yang majoriti penduduk islam & agama rasminya adalah islam memerlukan pelekat logo halal. Sepatutnya semua kedai kena sediakan makanan yang HALAL & BERSIH dari segi penyediaannya kecuali kedai yang menyediakan makanan haram bagi orang islam, barulah di labelkan dengan pelekat "Tidak Halal - Untuk Bukan Islam Sahaja". 

maklumat lanjut boleh tengok di Portal Rasmi Halal Malaysia

Thursday, January 19, 2012

JJCM: Restoran Taj Hadramawt, Taman Melati

Sempat singgah ke Restoran yang menyediakan makanan dari timur tengah iaitu Restoran Hadramawt, Taman Melati. Di sebabkan sudah biasa makan nasi arab (restoran arab lain), menu pilihan kali ini adalah roti kebab. Chicken Kebab yang berharga RM15 beserta roti 3 keping, manakala harga bagi Shawarma Lamb adalah RM6. Secara keseluruhan boleh tahan juga roti kebab nie. Lain kali aku nak mencuba nasi mandy atau mosqa pula di restoran ini.


 Shawarma Lamb / RM6

Chicken Kebab / RM15



Jumlah caj keseluruhan termasuk air Teh O Ais Limau & Honew Dew yang berharga RM6 setiap satu adalah RM33. Ingatkan nak berjimat tak nak makan nasi malam, cuma makan roti jer. Rupa2 nya harga makan roti lebih mahal dari makan nasi berlaukkan ayam masak papprik, sayur kailan ikan masin, tomyam campur, telur dadar, udang goreng kunyit untuk 2 orang makan beserta 2 gelas air buah di kedai akak yang aku selalu makan dekat Sri Gombak. Hehehehe...... 

Monday, January 16, 2012

Unifi - Berbaloi Tetapi Mahal



Unifi merupakan perkhidmatan talian internet jalur lebar berkelajuan tinggi (High Speed Broadband-HSBB). Kini sudah lebih 3 bulan aku menggunakan perkhidmatan unifi. Sehingga ke hari ini, aku teramat2 sangat berpuas hati dengan perkhidmatan internet yang di tawarkan oleh TM ini dan tidak pernah lagi meragam.

Namun kos untuk melanggan perkhidmatan ini sangat tinggi rasanya jika nak di bandingkan dengan negara2 lain yang menawarkan pakej internet di negara masing. Unifi menyediakan perkhidmatan untuk penggunaan rumah atau juga pejabat dan di datangkan dengan pakej VIP5 (RM149), VIP10(RM199) & VIP20(RM249). *tidak termasuk cukai perkhidmatan.

Aku kini dalam proses untuk berpindah ke rumah di kawasan lain (re-allocate). Nasib aku tersangat2 baik kerana kawasan tersebut ada rangkaian untuk unifi. Risau gak andai tiada unifi, terpaksalah aku downgrade ke streamyx balik. Tak mau aku...... slow cam kura2 yang lumba lari ngan arnab masa sekolah rendah dulu. Camner aku tanpa internet kan? Huhuhuhu..... addict siut.

Setelah di buat pertanyaan, kos untuk memindahkan akaun unifi ini ke premis baru dikenakan caj sebanyak RM300. Perghhhh....mahal baban terrrr. Kalau nak tamat perkhidmatan lak kena penalti RM500. Malah aku yang bercadang2 untuk downgrade dari pakej VIP10 kembali ke VIP5 juga akan dikenakan caj lebih kurang RM300 jugak. Hahahaha..... memang betul2 buat duit la TM nih.

Nampak gaya, untuk mendapatkan perkhidmatan yang agak berbaloi terpaksalah keluarkan sedikit modal demi mendapatkan satu kepuasan yang hanya diri sendiri sahaja tahu apakah erti kenikmatan kelajuan internet yang tinggi. Terima kasih unifi kerana perkhidmatan yang laju serta kos yang terlalu MAHAL.


Tuesday, January 10, 2012

Penipuan Jual Beli Atas Talian (online)

"Telefon bimbit" yang berharga RM3,250


Terkejut bilamana membaca akhbar harian metro online mengenai seorang pekerja swasta yang telah membeli telefon bimbit secara online sebanyak 3 unit berharga RM3,250 namun telah di hantar lesung batu yang cuma berharga RM14.50 yang mana tanda harganya pun masih belum lagi dibuang. Begitulah dunia internet yang kononnya tanpa sempadan ini, apabila ada segelintir manusia yang menggunakan peluang yang terhidang untuk menipu orang ramai.

Namun aku sendiri pernah ada pengalaman membeli barangan secara atas talian (online) iaitu sebuah telefon bimbit yang berharga RM2200. Aku tidak pernah jumpa pembeli ini kat luar. Kenal cuma kerana membaca blog beliau di Sinar Raudah dan juga saling berbalas komen di facebook. Namun ketika membuat urusan jual beli telefon, mungkin ini adalah yang paling pelik pernah aku jumpa. Terima dahulu barang (telefon), puas hati baru bank-in kan duit. Tak pernah ada orang buat urusan jual beli sebegini kan? 

Begitulah, bukan kesemua jual beli online nie tak boleh dipercayai. Alhamdulillah kerana aku di ketemukan dengan seorang penjual yang sangat2 percaya kepada pelanggannya. Walaubagaimanapun berhati2 lah dengan setiap urusan jual beli dalam talian.

Sunday, January 08, 2012

Nasi Kukus Ayam Panggang di Cowboy Place, Port Dickson

 Nasi Kukus Ayam Panggang di Cowboy Place, 
Port Dickson menjadi lokasi pertama setelah 
check-in ke Tiara Beach Resort


 Banyak pilihan.... & harga yang agak berbaloi

Sememangnya amat menyelerakan & sedap


Set Nasi Kukus Ayam Panggang

Hari yang memenatkan..... lagi gambar akan menyusul esok hari.