Monday, December 17, 2012

Cara Ambil Wuduk Dengan Air Sebotol

<">



Kedua-dua video ni di ambil link daripada youtube. Cuma terasa ingin berkongsi cara2 untuk mengambil wuduk kerana wuduk yang sempurna akan menjadikan solat lebih khusyuk. Insya Allah...

Tuesday, November 06, 2012

Kain Baju Terpakai



Disediakan satu ruangan untuk sesiapa yang mempunyai baju2 lama yang sudah tidak mahu di pakai disebabkan faktor saiz atau sebagainya. Asalnya baju2 ini di letak dalam keadaan elok (susun & berlipat) oleh pemilik, namun menjadi seperti keadaan di atas apabila dipilih seperti di pasaraya oleh tangan2 yang tidak reti untuk melipat kembali.

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi satu trend oleh segelintir yang datang mengutip apabila setiap kali waktu pejabat tamat. Apabila ditegur dan ditanya adakah untuk kegunaan sendiri atau dijual (kedai baju bundle), kami pula di ejek. Aiikkk.... pelik bukan? Takkanlah orang yang sama datang setiap hari atau selang sehari untuk mencari pakaian terpakai untuk kegunaan sendiri / ahli keluarga kan?

Apapun, barangan yang telah disedekahkan oleh orang awam janganlah pula kita mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah. Dan juga kepada yang ingin menyumbang, boleh berfikir dengan waras rasanya barangan yang ingin di derma. Adakah masih sesuai untuk di gunakan oleh orang lain atau hanya sekadar boleh di buat kain buruk atau kain pengelap kaki di ruangan dapur rumah kita?

Tuesday, October 02, 2012

Percutian Ke Gold Coast Morib Resort

bergambar dahulu sebelum tunggu dapat kunci bilik


pemandangan dari bilik Studio Suite di tingkat 2 blok 3

pemandangan dari bilik Studio Suite di tingkat 2 blok 3


pemandangan dari bilik Studio Suite di tingkat 2 blok 3


pemandangan dari bilik Studio Suite di tingkat 2 blok 3



 seronok la tu dapat main air sampai puas



berenang la kunun....


hehehe.... sampai mengalah main air. dah penat & tak larat.... layan ipad lak


singgah ke Pantai Morib sebelum bertolak balik ke KL


biar gambar jer lah yang bercerita.... 

Thursday, August 23, 2012

Gerai Rempah Ratus SK Kabeer Di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu

 Gerai SK Kabeer di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu



Bermacam2 jenis rempah terdapat di sini. Keunikan dan keistimewaannya, kita hanya bagitau untuk banyak mana masakan yang ingin disediakan. Contohnya untuk membuat Kuzi Ayam bagi 2 ekor ayam. Sukatan untuk beberapa gram rempah tersebut akan disediakan dan akan memberi resepi yang telah siap sedia di photostat pada sekeping kertas.



Seperti mana gambar2 di atas dan bawah, ada rempah kari untuk Ayam Goreng Berempah, Rempah Kuzi, Rempah BBQ, Rempah Beriayani, Rempah Satey, Rempah Nasi Bukhari, Rempah Ayam Tandoori, Rempah Sup, Rempah Soto, Rempah Murtabak, Rempah Nasi Khomok, Rempah Gulai Daging dan bermacam2 lagi la kalau nak di tulis


Pasar Besar Siti Khadijah mempunyai keunikan tersendiri....

Thursday, August 16, 2012

Zello Walkie Talkie Boleh Membantu Mengetahui Keadaan Lalu Lintas


Perisian Zello Walkie Talkie salah satu alternatif yang aku rasa boleh untuk di muat turun ke dalam telefon bimbit yang mana ianya berfungsi sebagai walkie-talkie. Perisian ini boleh di dapati secara percuma di i-tunes bagi pengguna iOS dan boleh klik kat sini untuk memuat turun manakala untuk pengguna android boleh klik kat sini.


Bagi kawan2 yang ingin pulang ke Kelantan dan ingin mengetahui status terkini mengenai keadaan semasa lalu lintas sepanjang perjalanan menuju ke Kelantan, boleh lah membuat carian pada  #KL to KELATE selepas memasang perisian tersebut.



Cara penggunaan sangat mudah sepertimana kita menggunakan alat walkie-talkie dan ada butang tengah (seperti gambar di atas) yang perlu di tekan apabila mahu bercakap. Selepas memasang perisian tersebut, aku telah mencuba dan ketika itu ada pengguna 20 orang di atas talian termasuk aku. Mutu suara agak jelas namun untuk jarak pula aku belum pasti adakah perlu berada dalam linkungan kilometer tertentu dengan mereka2 yang berhampiran atau tanpa had. Bagi walkie-talkie biasa kebiasaannya linkungan jarak 2km. Bagi mereka yang ada maklumat, boleh komen untuk perkongsian bersama.


Gambar di atas & di bawah menunjukkan pengguna dalam talian yang boleh berinteraksi untuk berkongsi apa jua maklumat semasa dalam perjalanan nanti.



Bagi pengguna yang sudah lama menggunakan perisian tersebut, boleh lah berkongsi apa jua maklumat mengenai kesan baik-buruk menggunakan alat ini.

"kepulangan anda dinanti & bukannya ditangisi"

*p/s: untuk mengetahui laluan alternatif bagi mengelak kesesakan boleh tengok di entri "Panduan Dan Jalan Alternatif Menuju Ke Kelantan Bagi Mengelakkan Kesesakan Lalulintas"

Sunday, August 12, 2012

Panduan Dan Jalan Alternatif Menuju Ke Kelantan Bagi Mengelakkan Kesesakan Lalulintas




Traffic jam pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri adalah sesuatu yang paling perit untuk ditempuhi oleh pemandu di Kelantan. Kesesakan merangkumi pemanduan dari luar negeri menuju ke negeri Kelantan dan juga kesesakan yang terjadi di jalan antara bandar di Kelantan.

Ruangan kali ini, CutiKelantan akan memberi sedikit panduan serta jalan alternatif yang melibatkan perjalanan dari negeri-negeri di Utara, Barat serta Selatan menuju ke Kelantan.

Anda dinasihatkan mengikuti panduan di bawah sebelum memulakan perjalanan.
  1. Rancang perjalanan dengan baik yang merangkumi masa memulakan perjalanan dan persinggahan berhenti rehat.
  2. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik. Eloklah sentiasa mengisi minyak petrol penuh bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini.
  3. Bertolak seawal pagi, diantara jam 12 hingga 4 pagi, di mana waktu ini biasanya kenderaan tidak sebanyak waktu siang.
  4. Telefon ibu pejabat polis trafik negeri atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengetahui laluan yang ingin dilalui dan trafik semasa. Tip ini sangat berguna, kerana anda boleh mengelakkan kesesakan jika mengetahui status terkini trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah atau LLM. Senarai telefon adalah seperti yang tertera di bawah:
Senarai No. Telefon yang boleh dihubungi untuk maklumat trafik terkini
  1. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) -  1800887752
  2. IPD Bentong  09-2222222
  3. IPD Raub 09-3562003
  4. IPD Gua Musang 09-9125428
  5. IPD Kuala Krai 09-9660675
  6. IPD Jeli 09-9440204
  7. IPD Kota Bharu 09-7485522
  8. IPD Tanah Merah 09-9556222 

Pautan berguna untuk status trafik terkini

  1. Kamera CCTV dan maklumat trafik terkini di semua lebuhraya Malaysia
  2. Twitter LLMinfotraffik

Aplikasi berguna untuk pengguna SmartPhone


1. Waze – Sangat bermanfaat untuk melihat keadaan semasa trafik berdasarkan laporan dari pengguna-pengguna lain.
2. PLUS Expressways – Aplikasi yang baru dibangunkan untuk pengguna SmartPhone Android yang boleh melaporkan secara tepat dan cepat sebarang kesesakan, laluan cadangan dan berita untuk pengguna lebuhraya PLUS.
3. Nokia Maps Here - Aplikasi gps secara offline - Perlu di muat turun fail peta terlebih dahulu untuk penggunaan offline (*aplikasi tambahan)

DARI TENGAH SEMENANJUNG KE KELANTAN

Perjalanan tengah semenanjung seperti dari Kuala Lumpur, Selangor dan Perak yang menuju ke Gua Musang selalunya sesak teruk di Karak, Bentong dan Raub. Perjalanan yang biasanya 8 jam balik Kota Bharu, boleh menjadi 16 jam dan begitulah sebaliknya. Laluan ini adalah paling dekat, tetapi paling kritikal. Mereka yang ingin menuju ke Gua Musang dan Kuala Krai sesuai menggunakan laluan ini.

A) Dari KL ke Gua Musang melalui Highway Karak, Bentong, Raub, K.Lipis, Gua Musang.

Laluan utama – Laluan utama dengan melalui Karak, bandar Bentong, bandar Raub terus ke G.Musang, jarak lebih kurang 456KM dari KL sampai ke Kota Bharu. Jika memilih laluan ini, kadar kesesakan sememangnya sangat tinggi terutamanya pada waktu puncak. Dinasihatkan hubungi LLM atau IPD negeri untuk mengetahui status trafik semasa sebelum memulakan perjalanan.


Alternatif bypass bandar Bentong

Laluan alternatif ini boleh bypass bandar Bentong. Selepas tol Bentong, jangan terus exit Bentong Barat, sebaliknya boleh teruskan perjalanan sehingga melihat papan tanda “Sertik”, “Kg. Cinta Manis” atau “Mempaga”. Ambil susur keluar ke kiri. Susur ini adalah sebelum masuk LPT. Selepas masuk susur ini, teruskan perjalanan melalui Felda Mempaga, Kampung Lebu sehingga sampai ke simpang keluar ke jalan utama Bentong-Raub.




Alternatif bypass bandar bentong dan bandar Raub 

Anda juga boleh bypass bandar Raub jika mengambil laluan alternatif di atas, iaitu ambil simpang ke kanan selepas melepasi Felda Mempaga. Ada papan tanda jalan alternatif ke Gua Musang. Jalan ini merentasi Felda Krau, Felda Lembah Klau dan Ulu Gali. Teruskan perjalanan dengan mengikuti papan tanda yang disediakan sehingga sampai tiga Sekolah Sains Raub (SEMESTA) dan ambil laluan kanan untuk terus ke Lipis.


Alternatif dari Bandar Raub ke Sungai Koyan

Jika sudah memasuki bandar Raub, alternatif lain yang ada adalah melalui Sungai Koyan. Selepas melepasi Bandar Raub, pilih laluan kiri melalui Jalan Cheroh dan teruskan perjalanan sehingga sampai di simpang Sungai Koyan, ambil laluan kanan. Teruskan perjalanan sehingga sampai di simpang laluan utama di Padang Tengku. Jarak bandar Raub ke Sungai Koyan adalah lebih kurang 50km.

Laluan-laluan alternatif diatas hanya dicadangkan jika memandu waktu siang hari kecuali jika anda sudah biasa menggunakan laluan ini, atau memandu secara berkonvoi. Untuk mendapatkan gambaran lebih lengkap jalan alternatif lain dari Bentong dan Raub ke Gua Musang, klik di Sini.

 

B) Dari KL ke Gua Musang melalui Simpang Pulai, Cameron Highland, Lojing.

KL-Simpang Pulai-Lojing-GuaMusang-Kota Bharu = 536km
Laluan ini sesuai bagi mereka yang berada di sekitar Ipoh, dan juga ingin elak kesesakan waktu puncak di jalan utama Karak-Bentong-Raub. Bermula dengan melalui PLUS menuju ke Ipoh dan Simpang Pulai sehingga ke simpang tiga Kg Raja, Cameron Highlands. Jarak Simpang Pulai ke Kg Raja lebih kurang 57km. Sampai ke Kg Raja, boleh terus ke Gua Musang melalui Lojing.

Laluan ini juga agak tinggi kadar kesesakan terutamanya selepas perantau pulang bercuti dari Kelantan, iaitu dari Gua Musang menghala ke Kuala Lumpur. Ramai yang menggunakan laluan ini pada waktu tersebut. Kelebihan laluan ini, anda tidak perlu menempuh kesesakan di Karak. Tetapi, kadar kesesakan tetap ada di laluan PLUS. Selain jarak perjalanan agak panjang, bayaran tol juga lebih tinggi. Jika ingin menggunakan laluan ini, dinasihat menghubungi LLM terlebih dahulu untuk mengetahui status trafik terkini apabila memasuki lebuhraya PLUS.

C) Dari KL ke Kelantan melalui KARAK, LPT 1 dan LPT Fasa 2

KL-Karak-LPT 1-Bukit Besi-LPT 2-Jertih-K.Bharu = 575km
Laluan ini laluan pilihan yang paling ideal pada musim hari Raya. Di tambah lagi dengan siapnya lebuhraya LPT Fasa 2 dari Bukit Besi ke Kuala Terengganu, pemanduan menjadi lebih cepat. Boleh jimat 1-2 jam perjalanan. Laluan ini sesuai bagi mereka yang balik ke Pasir Putih, Machang atau Tanah Merah.

Dari KL, boleh terus melalui lebuhraya Karak, terus ke LPT ke Gambang sehingga sampai di roundabout selepas tol Jabor. Dari roundabout tersebut, ambil laluan ke Al Muktafi Billah Shah dan teruskan perjalanan menuju ke Bukit Besi hingga sampai di simpang tiga. Di simpang tiga Bukit Besi, belok kanan, jalan terus lebih kurang 1km, anda boleh masuk ke LPT Fasa 2 dari sebelah kiri. Tidak perlu risau kerana terdapat papan tanda LPT ke K.Terengganu/Kota Bharu.

Dari lebuhraya LPT tersebut, boleh teruskan perjalanan sehingga persimpangan K.Terengganu di Kg Gemuruh. Dan bolehlah teruskan perjalanan ke Jertih melalui jalan utama.

Untuk makluman, laluan LPT Fasa 2 dari persimpangan Ajil ke persimpangan Telemong dan persimpangan K.Terengganu di Kg Gemuruh baru sahaja dibuka, dimana pengguna tidak perlu lagi exit di persimpangan Ajil melalui bandar Kuala Berang hingga ke simpang Sungai Tong. Manakala lebuhraya LPT Fasa 2 dari Jabor ke Bukit Besi masih belum siap sepenuhnya.

Jika melalui laluan ini, perlu berhati-hati pada waktu malam di jalan dari Jabor ke  Bukit Besi kerana terdapat haiwan melintas. Jalan juga sering berlubang terutamanya selepas hujan.

DARI UTARA KE KELANTAN (Lebuhraya Timur Barat)

Dari Utara (Penang, Kedah, Perlis), tiada pilihan selain 3 laluan yang bertemu di simpang 4 Grik iaitu dari Kulim, Baling dan Lenggong. Kesesakan teruk biasanya berlaku bermula di jalan Gerik-Jeli. Satu lagi alternatif adalah dengan memasuki Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dan keluar ke Rantau Panjang (hanya yang sudah biasa).

DARI SELATAN (JOHOR/MELAKA) KE KELANTAN

Dari arah selatan seperti Johor, biasanya sedikit kesesakan akan berlaku di PLUS terutamanya waktu puncak.  Bila sampai di Kuantan (tidak masuk bandar), terus ambil jalan ke Bukit Besi melalui Muktafi Billah Shah, seterusnya ke LPT Fasa 2, exit ke persimpangan Kuala Terengganu dan boleh terus ke Machang/Pasir Putih. Laluan Jabor-Bukit besi jika memandu pada waktu malam perlu berhati-hati, banyak haiwan melintas, sering berlaku kemalangan dan jalan berlubang jika waktu hujan.

A) JB – Segamat – Muadzam – Gambang – Jabor – Bukit Besi – LPT 2 – Jertih– Pasir Putih – Kota Bharu = 700km

Laluan ini bermula di lebuhraya PLUS di JB menuju ke Segamat dengan exit di Yong Peng. Terus ke Gambang dan akan melalui Muadzam Shah. Bila sampai di simpang traffic light Gambang, ambil laluan ke kanan dan teruskan perjalanan dan masuk susur ke kiri (papan tanda ke UIAM/Kemaman). Teruskan perjalanan sehingga susur ke Jabor iaitu menuju ke Muktafi Billah Shah dan Bukit Besi, di situ akan melalui roundabout. Jika tidak, anda akan melalui jalan tepi pantai Cherating, Kemaman hingga ke K. Terengganu.

Di simpang tiga Bukit Besi, belok kanan sehingga 1km, masuk LPT Fasa 2. Terus sahaja sehingga persimpangan K.Terengganu di Kg. Gemuruh (tanpa perlu exit persimpangan Ajil atau persimpangan Telemong). Laluan ini sama dengan laluan dari KL ke Kelantan melalui LPT.

Laluan ini sesuai jika perantau di Johor balik ke Kelantan. Apabila pulang bercuti dari Kelantan ke Johor, dicadangkan menggunakan laluan Mersing untuk balik ke Johor, di mana kesesakan teruk biasanya berlaku di lebuhraya PLUS jika melalui jalan Segamat.

B) JB-Mersing-Pekan-Permatang Badak-Jabor-Muktafi Billah Shah – Bukit Besi – LPT Fasa 2 –  Jertih– Pasir Putih.

Laluan ini sama sahaja dengan laluan A di atas, cuma melalui Mersing. Sangat dicadangkan menggunakan laluan Mersing jika dalam perjalanan dari Kelantan ke Johor pada cuti perayaan Aidilfitri. Jika melalui laluan ini, apabila sampai berdekatan dengan Kuantan, ambil laluan ke Permatang Badak dan boleh terus ke Jabor.

C) JB-Kemaman-K.Terengganu-Pasir Putih

Laluan ini melalui tepi pantai. Sesuai jika tidak biasa di laluan Jerangau-Jabor. Tetapi, kadar kesesakan agak tinggi kerana ramai menggunakan laluan ini dan banyak traffic light. Masa perjalanan juga menjadi panjang.

Dengan adanya pelbagai jalan alternatif yang boleh dilalui, diharap dapat membantu anda dalam merancang serta menentukan jalan mana yang ingin dilalui sesuai denga keadaan semasa.
Selamat balik ke Kelantan kepada anak perantauan dan pandulah kenderaan dengan cermat.

Nota penafian: Segala maklumat dan panduan yang disampaikan adalah umum. Pihak kami tidak bertanggungjawabdi atas segala kerosakan, kemalangan atau perkara yang tidak diingini akibat dari penggunaan panduan yang dipaparkan di web ini. Anda disyorkan menghubungi pihak berwajib seperti LLM atau IPD negeri untuk mengetahui jalan dan trafik terkini sebelum memulakan perjalanan.
 
Sumber:
  1. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  2. Polis Diraja Malaysia
  3. Jabatan Kerja Raya Malaysia
 
 * Entri asal di "Panduan dan Jalan Alternatif Menuju Ke Kelantan Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Sekolah."(Cuti-Cuti Kelantan) - update sehingga 25 Julai 2013 (Untuk dikemaskini yang terkini sila layari link asal).

Entri berkaitan: Jalan Alternatif Menuju Ke Kelantan Di Musim Perayaan.

Tuesday, August 07, 2012

Berhati-hati Mesin Bayaran Parking Di Houz Depot

 

Semalam adalah cuti bagi yang kerja di Selangor. Kesempatan tersebut dapat aku memenuhi impian orang rumah (wife) yang nak ke Jalan TAR mencari keperluan apa yang patut. Tapi aku bukan nak bercerita perihal membeli-belah di Jalan TAR, tapi mengenai kawasan meletak kenderaan berbayar di Houz Depot. Parking Houz Depot adalah berhadapan dengan Campbell Complex. Sebelum ini dah banyak kali aku parking kat situ iaitu ketika zaman "bayaran masuk sekali bayar" lagi. Bagi yang ingin meletak kenderaan di situ di minta sila berhati2 agar kejadian yang menimpa aku tidak terkena pada korang.


Ini adalah mesin bayaran untuk meletak kenderaan. Bagi tempoh sejam untuk hari biasa iaitu Isnin hingga Jumaat adalah pada kadar RM3, manakala untuk hari Sabtu - Ahad & Cuti Umum adalah RM4 sejam. Sila pastikan sebelum keluar, anda dikehendaki membayar tiket pada mesin tersebut. Dan supaya tidak terjadi seperti kes aku, sila pastikan anda menyediakan wang kecil yang secukupnya kerana mesin ini tidak akan memulangkan baki anda sebagaimana mesin-mesin di tempat parking lain. Dalam kes aku, caj yang dikenakan adalah RM6, dan lebur RM4 apabila memasukkan not RM10. Apabila menunggu wang baki yang tak keluar, aku terpandang pada satu notis seperti gambar di bawah. Ok...aku redha. Mungkin silap aku sebab tak tengok dan hendak cepat balik - penat (sebab kena dukung budak kecik yang tak mau jalan).




Kejadian seterusnya apabila hendak keluar namun palang tidak juga naik. Nasib baik tak de kenderaan kat belakang aku yang que nak keluar gak. Kemudian aku di maklumkan oleh "abang" yang gambar kat bawah nie yang aku belum lagi membayar. Hahahaha.... lawak tahap antarabangsa beb. Aku maklumkan kepadanya aku dah bayar, malah mesin tu dah telan duit baki aku RM4 pun. Aku di suruh untuk berjumpa dengan bahagian Perkhidmatan Pelanggan. Di sinilah aku berdialog dengan seorang Chief Cashier (on duty) yang tersangat tidak mesra alam dan menyuruh aku membuat bayaran lain.




Katanya aku tidak mempunyai bukti bayaran. Sepatutnya keluar resit dan aku perlu simpan resit tersebut sebagai bukti untuk pengembalian wang. Salah aku ke jika resit mesin dia yang tak keluar sebagai bukti sebagaimana yang dia nak? Aku dah tunggu antara 10-20 saat untuk menunggu wang baki. Sebelum aku terperasaan mesej "wang baki tidak dikembalikan". Dalam masa sama, kenapa tiada resit yang dikeluarkan. Sepatutnya bahagian Perkhidmatan Pelanggan kena bertindak bijak untuk mengatasi masalah ini. Sudahnya bayaran parking terpaksa di buat sekali lagi dan aku memilih untuk buat bayaran di kaunter sebab tiada wang kecil. Takkan nak masukkan not RM50 tanpa "wang baki dikembalikan"?



Masa nak bayar kat kaunter, sekali lagi aku mendapat soalan cepumas. Staff kat situ tanya aku kenapa tak buat bayaran di mesin sahaja. Agak2 la....apa jawapan aku eh? Aku dah habiskan RM16 untuk bayaran parking selama 2 jam... lagi nak tanya aku soalan bodoh eh? Lawak punya soalan!!!



kemaskini: (terima maklum balas aduan melalui email pada jam 9:53am) 

Dear Mr Hafizan

  Greetings, Thanks for your concern in this matter. In respond to your email, first and foremost please do accept our apologies. Acting on your case, to be inform that the parking machine is owned by Asta Park Manager. We are one of their services taker and we don't hold any liabilities on the issues and there is clear clauses was notified in the front of the machine.
  However acting on the manner of our Chief Casheir, we regret to hear that you have received bad services from our staff and we will take the necessary step to avoid in future and will train them to be more pleasant to all our valued customer. Hope it sound you well and sorry again for the issues .Thank you and have a nice day

Regards
Sathia Ratnam

"There is clear clauses was notified in the front of the machine"

Rasanya dalam entri di atas aku dah tulis perkataan redha yang bermaksud aku sudah menerima seadanya mengenai pemulangan baki tersebut bahawa kesilapan aku yang tidak memandang notis peringatan tersebut. Isu disini adalah, kenapa wang telah ditelan mesin, tapi dikatakan belum membuat pembayaran dan diminta buat bayaran kali kedua. Nombor untuk menghubungi "Asta Park Manager" yang dikatakan bertanggungjawab terhadap mesin tersebut juga tidak disertakan.


Friday, August 03, 2012

Kenali Tayar Kenderaan Anda



Tayar merupakan salah satu antara komponen terpenting pada setiap kenderaan. Secara jujurnya, sebelum ini aku sendiri pun tak berapa tahu sangat berkenaan perihal tayer nie. Namun untuk persedian bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman terutama pada musim perayaan nanti, dapatlah sama2 kita mengenali jenis2 & fungsi tayar yang kita guna pada kenderaan.

Apa yang penting..... sama-samalah kita berhati-hati semasa dalam perjalanan nanti. Hormat-menghormati di jalanraya juga dapat mengurangkan faktor kecelakaan yang mungkin akan berlaku.

kepulangan kita semua adalah dinanti dan bukannya ditangisi




Thursday, August 02, 2012

"Mengaku Tidak Bersalah" atau "Tidak Mengaku Bersalah"

Sebagaimana tajuk di atas, sebenarnya sudah lama aku terfikir tentang yang mana satukah betul. Adakah kedua-duanya betul atau salah satunya salah. Seringkali terutama apabila yang berkaitan dengan undang-undang, maka perkataan "mengaku tidak bersalah" adalah yang lebih tepat & relevan. Menggunakan khidmat pakcik google, aku cuba mencari definisi perkataan "mengaku tidak bersalah" dan hasilnya aku terjumpa seperti kat bawah.

Soalan:

Di Mahkamah ada proses 'plea' atau 'pengakuan' tertuduh apabila dibaca pertuduhan kepadanya samada dia mengaku keatas pertuduahan itu atau tidak, kalau dia tak mengaku bersalah dalam bahasa Inggeris di sebut "pleaded not guilty" dalam bahasa Melayunya "tidak mengaku bersalah" tetapi mengapa akbar melaporkan sebagai "mengaku tidak bersalah" dan ini sudah menjadi penerimaan umum. Setahu saya terjemahan mestilah mengambil susurgalur bahasa Melayu bukan boleh "direct" terjemah macam itu.

Jawapan:

Ungkapan bahasa Inggeris yang digunakan ialah 'pleaded not guilty'. Terjemahan 'not guilty' ialah tidak bersalah. Oleh itu 'pleaded not guilty' diterjemahkan sebagai mengaku tidak bersalah.

sumber dari sini.

Dan untuk menambah lagi pemahaman dari segi frasa kerja "mengaku tidak bersalah" atau "tidak mengaku bersalah", boleh la baca kat sini.


Wednesday, August 01, 2012

"Qiam With Me" - Program Bersama KDYMM Sultan Muhammad V



Satu majlis "Qiam With Me" akan di adakan pada 9 Ogos 2012 bersamaan 20 Ramadhan 2012 dan bertempat di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri Kubang Kerian, Kelantan. Untuk paparan lebih jelas, boleh klik pada gambar tersebut.


ATURCARA MAJLIS
Program ’QIAM WITH ME’ 1433H/2012M

Pada: 20 Ramadhan 1433H bersamaan 09 Ogos 2012M (Khamis malam Jumaat)
Di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

9.00malam :- Ketibaan Asnaf
9.30malam :- Ketibaan Dif-Dif Jemputan
9.40malam :- Ketibaan YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.
9.50malam :- Keberangkatan Tiba YTM Tengku Mahkota Kelantan.
9.55malam :- Keberangkatan Tiba KDYMM Sultan Muhammad V.
10.00malam :- Solat Isyak Berjemaah.
10.30malam :- Solat Terawih.

:- Majlis Pengurniaan Zakat kepada 1433 Asnaf oleh KDYMM Sultan Muhammad V dan YTM Tengku Mahkota Kelantan.
11.30malam :- Moreh Minda Bersama Ustaz Azhar Idrus.

:- Sejenak Istirah.
Pakaian :-
Solat Terawih & Majlis Pengurniaan Zakat : Baju Kebangsaan.

Pada: 21 Ramadhan 1433H bersamaan 10 Ogos 2012M (Jumaat)
Di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

3.00pagi :- Persiapan Qiamullail.
3.45pagi :- Keberangkatan masuk YTM Tengku Mahkota Kelantan di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri Kubang Kerian.
3.50pagi :- Keberangkatan masuk KDYMM Sultan Muhammad V di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri Kubang Kerian.
4.00pagi :- Qiamullail dimulakan.
5.00pagi :- Sahur bersama KDYMM Sultan Muhammad V.
5.41pagi :- Waktu Imsak.
5.51pagi :- Azan Subuh.

:- Solat Subuh berjemaah bersama KDYMM Sultan Muhammad V

:- Keberangkatan pulang KDYMM Sultan Muhammad V

:- Keberangkatan pulang YTM Tengku Mahkota Kelantan

:- Bersurai

Pakaian :-
Qiamullail : Sesuai.

sumber dari: sini 

Sultan Muhammad V selaku Timbalan YDPA menghadiri 
Majlis Sempena Sambutan Hari Pahlawan di Masjid Negara, KL (31 Julai 2012)



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut ketibaan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang berkenan hadir pada Majlis Istiadat Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. (31 Julai 2012)- Foto BERNAMA

Alhamdulillah....... Allahu Akbar!!!


Monday, July 09, 2012

Doa Di Waktu Pagi & Petang




Bismikallahumma nad’u….
fy ghuduwwi wa rowa…
laka minna kullu hamdin…
fy masaain wa shobah…
hablana minka rosyada…
wahdina subulas sholah…
inna takwallahi nuurun,, wa thoriiqun lil falah…


Dengan nama Mu Ya Allah…
Kami meminta pada waktu pagi dan petang…
Bagi Mu segala pujian pada waktu pagi dan petang…
Kurniakan kepada kami dari sisi Mu petunjuk…
Tunjukkan kami jalan kebaikan…
Sesungguhnya ketakwaan kepada Allah adalah Cahaya 
Dan Jalan menuju kejayaan…

Tuesday, June 19, 2012

Makanan Untuk Ikan Laga Dari Muaz





Ingatkan entri tadi yang terakhir sebelum nak pergi bercuti nie. Mentang2 lah sebab nak bercuti lama, Muaz takut ikan kesayangan dia lapar kut. Maka dia dengan senang hatinya memasukkan 3 keping nugget, biskut oreo & juga corn flake ke dalam bekas ikan laga (ike kar'rieng) agar tidak kelaparan untuk tempoh 4 hari nih.

Hadoiiiii laaaaa...... anak bertuahhhhhhhhh.

Saturday, March 17, 2012

Murtabak Raja Kelantan


Terjumpa Murtabak Raja di sebuah kedai area Wangsa Melawati ketika sedang membeli Nasi Berlauk Pagi ala2 Kelantan beberapa hari lepas. Stok untuk Murtabak daging sudah habis, beli yang ayam dengan harga RM12 kalau tak silap aku.


Bungkusan pada bahagian belakang ada tertera cara2 untuk memanaskan Murtabak Raja ni. Ada 2 cara iaitu dengan menggorang (di atas kuali leper cam nak goreng burger) atau juga dengan menggunakan ketuhar. Ketebalan murtabak ini rasanya lebih kurang hampir 2 inci kut. Tapi memang tebal dan ada beberapa lapisan inti di dalam.


Gambar sebelum di masukkan ke dalam ketuhar. Selepas beberapa minit, Murtabak Raja siap untuk dihidangkan. Tetapi di sebabkan masalah selsema yang sudah berlarutan beberapa hari, tak de bau kat hidung aku. Langsung tak membangkitkan selera. Bila disuap kedalam mulut, rasa pun macam boleh tahan jer. Tak tahu sama ada masalah selsema memang betul2 mempengaruhi selera makan ke tidak sebab wife cakap sedap jugak rasanya. Balik KB hujung bulan 5 nanti nak pergi beli yang kat sana lak.

Friday, March 16, 2012

Al-Qur'an Ada Jawapannya

KENAPA AKU DIUJI ?





Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. - (Al-Ankabut, 29:2-3)


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?




Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.- (Al-Baqarah, 2:216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?




Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". - (Al-Baqarah, 2:286)


RASA KECEWA?




Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. - (Al-Imran, 3:139)


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?




Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).  - (Al-Imran, 3:200)


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?





Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. - (At-Taubah, 9:111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?




Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."- (At-Taubah, 9:129)


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!




Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". - (Yusuf, 12:87)