Thursday, December 08, 2011

Syarat-Syarat Memohon Bantuan Sara Hidup Isi Rumah RM500





1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga emas sebatang kara

3.Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

sumber dari portal LHDN.

12 comments:

Munnafendy said...

erk...mcm xlayak je nak dapat..hehe

eelobor said...

Munnafendy: hehehe...yang tak layak tuh, bantu2 golongan yang layak. hihihihi

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

3000 TU GAJI BERSIH KER GAJI KASAR EH???????

eelobor said...

Wallahu'alam... kena bertanya pada jabatan berkenaan. rasanya gaji kasar atau terkumpul dalam satu isi rumah (termasuk anak2 yang bekerja)

ڤيرداوس ادريس said...

saye xlayak tapi bole suh bapak saye isi.huhu...

eelobor said...

yer....sampaikan kepada saudara mara yang kat kampung. sekiranya layak... baik isi jer borang dapat tak dapat belakang kira

Kakzakie said...

Kalau bapak kakak tu mintak mana ada bukti income dia melebihi 3000/- Jual kelapa sawit+anak-anak bagi mana ada bukti income >3000.

faNa said...

bantuan ni sekali je ke dpat or setiap bulan.. keliru la... ke sme cm bntuan yang seratus tu..sekli sethun

eelobor said...

fana: setahu saya bantuan ini berbentuk one-off iaitu hanya sekali sahaja dapat. kalau dapat setiap bulan itu namanya naik lemak... hihihihi

Anonymous said...

SAYA DAH PUN MEMOHON TAPI TIADA JAWAPAN APA APA PUN DARI PIHAK ENCIK/PUAN..
TOLONG BERI JAWAPAN

abd kadir said...

Pesara bleh ke

Baby Nuyue said...

Kalau si isteri yang memohon boleh tak?