Sunday, December 25, 2011

Restoran Makanan Laut RM Serai Bagan Lalang









Sotong Celup Tepung - RM18 (9/10)

Sayur Kailan Ikan Masin - RM9 (6/10)

Telur Dadar - RM3 (7/10)

Udang Masak Cili- RM20.63 (8.5/10)

Tomyam Ayam - RM11 (6/10)

Ikan Bakar Jenahak - RM51.03 (7/10)

suatu pemandangan yang cukup mendamaikan


Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) hari nie ke Pantai Bagan Lalang. Ini merupakan kali ke-2 aku ke sini dan juga kedai yang sama. Total untuk 5 orang dewasa makan bersama 2 orang kanak2 yang makan tak nak makan sama banyak berjumlah RM137.26. Selain daripada harga2 yang di tunjukkan dalam gambar di atas, harga ini termasuklah bagi nasi putih RM9.60 (RM1.20 x8), dan juga Air Jus Tembikai Laici satu jug yang berharga RM15. Namun sedikit ralat, walaupun makan di sini berjumlah seratus lebih, air kosong yang di pesan 2 kali tak sampai2 juga. Kalau tak nak bagi free pun, aku boleh bayar rasanya. Secara keseluran cuma boleh bagi bintang 7/10 sahaja.

Kebersihan sepatutnya di ambil perhatian oleh pihak tokey restoran kerana lalat yang tersangat2 banyak menyebabkan keadaan yang amat2 tidak selesa kepada pelanggan.

8 comments:

azieazah said...

Ikan jenahak tu kenapa mesti ada 3 sen tuh? Tomyam pun kenapa RM11? Bukan genap RM10...

agak pelik gak harganya kan?

Kak Azie tak pernah pegi Bagan Lalang.

eelobor said...

kak azie: huhuhu...lupa lak nak cakap. tomyam tuh utk 2 orang makan... RM5.50 x 2 itu yg jadi RM11. utk 2 org makan seperti telur dadar RM1.50 x 2, sayur RM4.5 x 2. Manakal yang harga ada sen2 kat belakang tuh sebab dia timbang berat

Kalamhati said...

patutnya hok sen2 kt blakang tu dia potong jah..hehe

cantik gamba tu..tenang jah

Sharinginfoz said...

bila le nak pi makan lagi kat sini.....memang sedap kat bagan lalang tapi jauh..

Citarasa Rinduan said...

aduhhhhhhhhhhhh,, mahal gile.
ker aku nie spesis tak biasa makan kat luor...

emmmm..pitam

beb, yang pegang muaz bukan ida ker? cantikkk

eelobor said...

kalamhati: huhuhu..... memang di genapkan harga tuh.... dari harga asal RM137.26 menjadi RM137.25 hahahaha, potong satu sen jer. kelakar tak?

sharinginfoz: memang jauh bro... kalau saja2 nak ke sana sebab nak makan ikan bakar, x de la rasanya. itu kebetulan sebab ke LCCT.

CR: yuppp...itu adik ida. Cantik eh?... mesti kembang kuncup hidung dia kalau baca komen ko kat sinih.

mama tisya said...

pernah mkn gk kt bagan lalang tp bkn kt restoran yg ni...tp dgrnye yg kt sini murah skit dr tmpt yg sy pernh mkn tp tmpt sy mkn tu sedap even mhl skit..btul tu kena jg kebersihan kalo lalat byk sure terbantut selera

bunkcix said...

Mungkin ini smua post lama tp sy nak update yg terkini 24-5-2014. Pada sy harga bukanlah 1isu yg besar sekiranya servis yg kota terima berpatutan dgn harga..3menu yg di oder siakap masak pedas +sup daging+sotong celup tepung+fresh orange +tembikai laici Rm55.73..
Yang pertama xdak diskaun sen2 tu..(xksh)
Yang kedua dlm byk2 menu yg sy order, xada 1 menu pun yang akan membawa saya untuk sggh ke kedai ni buat kali kedua
Yang ketiga dlm skala 10 xdk.pun ynag melebihi skala 3 untuk sy berikan..
Yang keempat, saya bayar rm56..baki mestilah 27sen paling. urang xpun 30sen..ini baki diberi 25sen ja..tuntasnya, masakan di.RM SERAI xsedap lgsung..tp hairannya, ramai orang yg siggh..