Saturday, December 24, 2011

Makanan Kelantan Di Restoran Tuu Dok Ko...1488



Restoran Tuu Dok Ko yang terletak di Taman Samudera Batu Caves menyediakan makanan pagi ala Kelantan yang terkenal dengan pangilan "nasi berlauk". Untuk area yang berdekatan sini, bagi aku restoran ini sangat sesuai bagi anak2 Kelantan yang merindukan gulai ayam atau ikan seperti di Kelantan. Maklumlah, bila dah lama tak balik kampung, masyarakat kelantan yang dari kecil lagi sudah terbiasa dengan makanan berat untuk sarapan pagi akan tetap mencari juga restoran yang menyediakan nasi berlauk bagi menghilangkan rasa mengidam. Untuk perhatian harga2 di sini, boleh tahan la jugak mahalnya.

Aku sudah kerap membeli di kedai ini kerana memang kena dengan selera aku. Hanya sekali sekala jer aku tukar selera dengan Nasi Lemak. Gambar2 makanan pun dah selalu juga aku masukkan ke dalam mukabuku. Di sini memang sentiasa penuh & ramai yang datang makan kat kedai atau bungkus di bawa balik. Terutama hari sabtu, memang kena beratur panjang. Selalunya aku membeli bungkus kerana ketidakselesaan makan di situ. Pernah sekali, 2 kali di pesan minuman, tapi sampai sudah pun tak dapat. Sehingga lah di bayar. 

Namun jika beratur untuk membeli bungkus juga akan ada masalah. Pernah beberapa kali orang lain yang tidak beratur dan main potong line, namun aku tak pernah pun merungut & bertanya kepada si penjual kenapa memberi kepada mereka yang tidak beratur terlebih dahulu. Sehinggalah terjadi satu kes di mana aku telah beratur hampir 20 minit dan ketika sampai giliran aku, boleh si penjual bertanya kat aku.... "dah beratur ker bang?"

Terasa jer aku nak menjawab.... aku beli nasi kat situ bukan baru seminggu yang tak reti tengok orang beratur. Hampir setiap hari aku membeli di situ dan sudah melebihi 3 tahun. Suatu jangka masa yang sudah panjang mungkin.

Di Taman Melati juga terdapat kedai yang menyediakan makanan2 Kelantan dengan lebih banyak pilihan. Namun secara jujur dan ikhlas pendapat aku yang sudah melebihi 3 kali makan di restoran tersebut terasa sangat tidak berbaloi kerana harganya yang terlalu mahal dan rasanya biasa2 sahaja. Jika alasan yang diberikan kerana kos yang semakin meningkat, kenapa di tempat2 lain masih boleh menjual dengan harga yang murah? Tidak perlu dinyatakan nama kedai kerana bagi mereka yang biasa dengan kawasan tersebut semestinya bersetuju dengan pendapat aku ini.

12 comments:

kakcik said...

Alasan biasa para peniaga - harga barang naik! Bila harga turun, tak pula mereka reti menurunkan harga jualan. :(

amirah said...

sedapnya gulai org kelantan..suka

Anonymous said...

kedai yg paling terbaik pernah aku rasa makanan pagi kelantan (nasi berlauk/kerabu/dagang etc) di sekitar kawasan kl/gombak/selayang/bt caves adalah di kg padang balang (500m selepas masjid) dan harga pun murah dan beranika lauk pauk.TERBAIK.....

eelobor said...

kakcik: hehehe.... kebanyakkan mereka begitu kan?

amirah: hehehe...boleh makan ker masakan kelantan?

Anon: terima kasih kerana berkongsi maklumat....

intaNadia said...

huhu...tetiba mengidam makanan kelate...kat tronoh nie susah nak cari

eelobor said...

intaNadia: huhuhu...nasib la kalau susah nak dapat. hihihihi

Sharinginfoz said...

thanks bro, kena cari ni.....

eelobor said...

sharinginfoz: kalau ada yang sebelah sana, tolong kongsi juga yer....

che mid said...

Salam, Lama tak makan nasi dagang.. kt Kedah mana nak cari..

Nik Zulkhairi said...

kedai hok tmn melati tu leha kelfood ke boh? memey mahal supo bedil.

eelobor said...

chemid: tak tau la pulak di area kedah.... hihihi, jauh sangat

nik zulkhairi: mahal make situh lg pade bedil kut....

Papa-NtiQ said...

susah nk cari makanan ori klate kat KL nih. Nnt saya try yg nih TQ. eelobor tahu tak kedai yg jual nasi dagang trengganu kat KL? dah puas saya carik x jumpa.
anyway senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan.....makan hehe dan register follower yer baru ceria skit TQ TQ