Friday, December 02, 2011

JJCM: Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju



Setelah berhenti untuk beberapa ketika segmen Jalan2 Cari Makan (JJCM) edisi aku tersendiri, semalam sempat la juga pergi merasa masakan dekat Restoran Cheng Ho iaitu milik penyanyi rock Amy Search. Masa aku pegi semalam, tak de pun Amy Search kat situ. Sampai kat situ waktu petang dan meja kosong kerana tiada pelanggan lain. Konpius jap.... buka ke tidak kedai nih. Kat bawah adalah menu yang aku pesan iaitu Set A (rujuk gambar menu di bawah) dan semuanya berjumlah RM78 termasuk Air Tembikai untuk Si Muaz.



Chicken Kong Po - 7.0/10*



Kangkung Belacan - 7.5/10*



Tomyam Soup Campur - 8.5/10*



Fried Siakap With Cheng Ho Sauce - 7/10*

* merupakan rating yang aku boleh bagi mengikut rasa & selera tekak aku


Secara keseluruhan apabila di bandingkan harga makanan dan rasanya, maka aku membuat kesimpulan agak mahal. Perkhidmatan wifi secara percuma juga tidak disediakan. Namun untuk tom yam, memang aku boleh angkat ibu jari. Antara yang terbaik pernah aku makan. Di bawah ini adalah senarai menu dan harga bagi setiap jenis.













Sebenarnya sudah lama teringin nak ke sini dan pernah beberapa kali cuba pergi tapi tak jumpa. Semalam ada terbaca dalam blog Mama Tisya dan bertanyakan lokasi untuk ke restoran ini. Terima kasih yer kepada Mama Tisya kerana cepat memberi respon mengenai lokasi ke Restoran Cheng Ho nie dengan lengkap.

* lebih kurang sama yer menu kita....

10 comments:

kakcik said...

Kakcik pun pernah sekali mencari restiran ni tapi tak jumpa. Bukan nak pergi makan sangat pun, cuma nak jengah2 saja. :)

mama tisya said...

mmg suka mkn kt sini dh 4x...suka butterprawn tp yg tu kena add on la...lg 1 org ckp ketam telur masin..tp tk pernh try

eelobor said...

kakcik: senang jer sebenarnya, cuma kena perlahankan kenderaan dan perhatikan betul2, risau tak perasan lak.

mama tisya: hehehe....minggu depan nak pegi lagi sebab ada nak bawa tetamu dari sarawak & johor

Sharinginfoz said...

tengah fikir nak pi makan mana weekend ni

Citarasa Rinduan said...

choppppp
kalau ko pi CR..
abiss aku.................

agak2 4.00 / 10.00
aduhhhhhhhh

ejaMaria said...

tak pernah try... rasa macam nak try yg Hj. Sharin Low tu... yg ni pun katanya chinese food dia best... tp tak tau la... tak try lagi... ;p

eelobor said...

sharinginfoz: hehehe....pikir jangan tak pikir

CR: nanti bila aku dah makan kat CR aku buat review yer....

ejaMaria: restoran hj sharin low dekat sri gombak pun ada, tapi aku tak pernah cuba lagi. ada niat nak makan kat situ, tapi bila masuk kedai situ, nampak dia punya menu cam biasa2 jer, terus kansel. dekat jalan ampang lagi besar....

Gen2Merah said...

kalau saya mana2 tempat pun saya akan makan je.. asalkan halal.. tak reti saya nak tahu rasanya.. janji saya kenyang.. hihihi

Salam kak

Ada masa singgah dan bagi pandangan tentang template blog saya ya. Terima Kasih

Gen2Merah said...

ahahaha.. iye ke? mati2 saya ingatkan pemilik blog ini seorang kakak selama ni.. ehehe..

Pa pun thanx bro sebab mengingatkan... Salam Jumaat yang ceria ya

drugs free medication for baby said...

kalo kesini lagi cuba ketam masak telur masin, sedap!!