Sunday, December 25, 2011

Restoran Makanan Laut RM Serai Bagan Lalang









Sotong Celup Tepung - RM18 (9/10)

Sayur Kailan Ikan Masin - RM9 (6/10)

Telur Dadar - RM3 (7/10)

Udang Masak Cili- RM20.63 (8.5/10)

Tomyam Ayam - RM11 (6/10)

Ikan Bakar Jenahak - RM51.03 (7/10)

suatu pemandangan yang cukup mendamaikan


Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) hari nie ke Pantai Bagan Lalang. Ini merupakan kali ke-2 aku ke sini dan juga kedai yang sama. Total untuk 5 orang dewasa makan bersama 2 orang kanak2 yang makan tak nak makan sama banyak berjumlah RM137.26. Selain daripada harga2 yang di tunjukkan dalam gambar di atas, harga ini termasuklah bagi nasi putih RM9.60 (RM1.20 x8), dan juga Air Jus Tembikai Laici satu jug yang berharga RM15. Namun sedikit ralat, walaupun makan di sini berjumlah seratus lebih, air kosong yang di pesan 2 kali tak sampai2 juga. Kalau tak nak bagi free pun, aku boleh bayar rasanya. Secara keseluran cuma boleh bagi bintang 7/10 sahaja.

Kebersihan sepatutnya di ambil perhatian oleh pihak tokey restoran kerana lalat yang tersangat2 banyak menyebabkan keadaan yang amat2 tidak selesa kepada pelanggan.

Saturday, December 24, 2011

Panduan Berinteraksi Dengan Khilaf Ulama

Sebagai orang awam yang bukan bertaraf mujtahid, kadangkala kita merasa kebingungan apabila berdepan dengan suatu masalah feqah yang ada perselisihan pendapat. Kerana bagi orang awam, apabila berdepan dengan satu masalah feqah yang tidak diketahui hukumnya, dia mesti merujuk kepada para ulama untuk mendapatkan penyelesaian. Inilah yang diarahkan oleh al-Quran dalam ayat yang bermaksud, “Maka bertanyalah kepada ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahui” (Al-Nahl: 43).

Tetapi, bagaimana pula jika antara jawapan para ulama, para mufti, atau para ustaz terdapat percanggahan antara satu sama lain? Yang mana satukah yang paling betul untuk dipegang? Adakah boleh dia memilih mana-mana pendapat mengikut kesesuaian dirinya? Atau dia wajib memilih pendapat yang paling sahih? Jika wajib memilih pendapat paling sahih, bagaimana seorang awam mampu menilainya sebagai sahih?

Penyelesaian kepada persoalan ini ialah perlunya kita mengetahui kaedah berinteraksi dengan khilaf ulama. Kaedah-kaedah ini dibuat supaya orang awam tidak kebingungan dan akhirnya mengambil jalan mudah iaitu pilih mana-mana pendapat yang disukai. Memilih mana-mana pendapat tanpa ada prinsip adalah satu tindakan yang salah. Ia ditegah oleh sekalian ulama.

Ibn as-Solah berkata, “Ketahuilah, sesiapa yang memadai dalam fatwa dan amalannya dengan mengikuti satu-satu pendapat dalam suatu masalah, dan beramal dengan mana-mana pendapat yang disukai, tanpa melihat dan bergantung kepada kajian dalam mentarjihkannya, maka sesungguhnya dia adalah jahil dan melanggar ijmak”.

Manhaj yang perlu dilalui dalam menyaring dan memilih pendapat para ulama, ialah berpandukan kaedah-kaedah di bawah:


PERTAMA: Apabila terserlah bahawa satu-satu pendapat lebih kuat dan rajih berbanding pendapat-pendapat lain, berdasarkan dalil masing-masing, maka hendaklah memilih pendapat yang paling kuat dalilnya. 

Bagi orang awam, dua orang mujtahid yang berselisih pendapat diibaratkan sebagai dua dalil yang bercanggahan. Sebagaimana seorang mujtahid wajib membuat pemilihan antara dalil-dalil, begitulah seorang awam mesti membuat pemilihan antara pendapat dua orang mujtahid. 

Timbul persoalan, bukankah orang awam tidak mampu untuk mentarjih (memilih pendapat)? Ya, Orang awam tidak dituntut mentarjih seperti kaedah mujtahid mentarjih. Ia cukup rumit. Orang awam hanya mentarjih antara dua pendapat yang muktabar. Lagipun, tidak benar mengatakan orang awam langsung tidak mempunyai kemampuan memilih atau memahami dalil. Walaupun tidak menyamai taraf mufti dan mujtahid, sekurang-kurangnya dengan mendengar hujahan mereka, seorang awam dapat membuat keputusan pendapat mana yang dilihat kuat.

Jika tidak mampu untuk melihat kekuatan pendapat berdasarkan hujahan masing-masing, maka hendaklah berpindah kepada kaedah seterusnya.


KEDUA: Mengambil pendapat majoriti ulama, dan ditarjihkan oleh ramai ahli ilmu. Kerana dengan cara memilih pendapat kebanyakan ulama, kemungkinan untuk berlaku kesilapan adalah lebih tipis, berbanding dengan mengambil pendapat yang dipilih oleh segelintir atau beberapa ulama sahaja.

Jika kaedah ini tidak dapat diaplikasi disebabkan bilangan yang sama atau hampir sama, sehingga tidak kelihatan salah satu pendapat mempunyai kelebihan dari sudut bilangan mujtahid yang mendokongnya, maka hendaklah berpindah kepada kaedah yang seterusnya.


KETIGA: Mengambil pendapat ulama yang dilihat lebih tinggi ilmunya dan kelihatan lebih warak dan bertaqwa daripada yang lain. Kerana taqwa kepada Allah adalah salah satu faktor mendapat petunjuk Allah kepada pendapat yang lebih benar.

Ketinggian ilmu dan ketaqwaan seseorang ulama boleh diketahui berdasarkan kemasyhurannya, rujukan penuntut ilmu terhadapnya, atau melalui pengalaman kita mendengar dia menjawab soalan dan menyebut hujahan.

Jika orang awam tidak mengetahui perihal keilmuan dan ketaqwaan antara muft-mufti, dan baginya mereka sama sahaja, maka hendaklah berpindah kepada kaedah seterusnya.


KEEMPAT: Mengambil pendapat yang paling berjaga-jaga atau paling selamat (Ihtiyath). Contohnya, mufti A berfatwa hukum sesuatu masalah ialah wajib, dan mufti B berfatwa hukumnya sunat. Berdasarkan kaedah ini, hendaklah memilih pendapat mufti A kerana ia lebih berjaga-jaga. Begitu juga antara fatwa haram dan harus, hendaklah memilih fatwa haram kerana lebih selamat.

Diriwayatkan bahawa Al-Laits bin Saad berkata, “Apabila datang perselisihan, kami mengambil yang paling ihtiyath (berjaga-jaga atau selamat)”.

Jika kaedah mengambil langkah jaga-jaga tidak boleh digunakan kerana tidak jelas, atau mengambil pendapat yang berjaga-jaga membawa masyaqqah, maka bolehlah berpindah kepada kaedah terakhir.


KELIMA: Mengambil pendapat yang paling mudah antara pendapat-pendapat yang muktabar. Kerana dimaklumi bahawa syariat Islam dibina di atas prinsip memudahkan dan tidak memberatkan umat. Banyak ayat-ayat Quran dan hadis yang menjelaskan prinsip ini. Nas-nas itu menjadi saksi bahawa boleh mengambil pendapat yang paling ringan dalam situasi kepayahan.

Tetapi kaedah memilih pendapat paling ringan hanya boleh diaplikasi setelah keempat-empat kaedah sebelum itu tidak dapat digunakan. Jangan terlalu mudah melangkah kaedah-kaedah tersebut untuk mencapai kaedah terakhir ini. Seseorang yang terlalu kerap menggunakan kaedah mengambil pendapat mudah, perlu memperbanyakkan muhasabah adakah dia benar-benar memahami manhaj ini?

PENUTUP:

Demikian manhaj yang perlu dilalui oleh seseorang yang bukan mujtahid dalam berinteraksi dengan kepelbagaian pendapat di hadapannya. Lima kaedah yang perlu diikuti, supaya pemilihan satu-satu pendapat adalah berdasarkan prinsip dan bukan hawa nafsu semata-mata. Lima kaedah tersebut ialah:
i- Yang disokong oleh dalil.
ii- Yang disokong oleh majoriti.
iii- Yang lebih alim dan bertaqwa.
iv- Yang lebih berjaga-jaga.
v- Yang lebih ringan.

Wallahu A’lam.
Rujukan:
- Ikhtilaf Al-Mufteen, oleh: as-Syeikh as- Syarif Hatim

sumber dari Catatan Abu Umair dan sekadar maklumat tambahan boleh baca di entri bertajuk Mengapa Setiap Manusia Berbeza Pendapat / Pandangan.


Makanan Kelantan Di Restoran Tuu Dok Ko...1488



Restoran Tuu Dok Ko yang terletak di Taman Samudera Batu Caves menyediakan makanan pagi ala Kelantan yang terkenal dengan pangilan "nasi berlauk". Untuk area yang berdekatan sini, bagi aku restoran ini sangat sesuai bagi anak2 Kelantan yang merindukan gulai ayam atau ikan seperti di Kelantan. Maklumlah, bila dah lama tak balik kampung, masyarakat kelantan yang dari kecil lagi sudah terbiasa dengan makanan berat untuk sarapan pagi akan tetap mencari juga restoran yang menyediakan nasi berlauk bagi menghilangkan rasa mengidam. Untuk perhatian harga2 di sini, boleh tahan la jugak mahalnya.

Aku sudah kerap membeli di kedai ini kerana memang kena dengan selera aku. Hanya sekali sekala jer aku tukar selera dengan Nasi Lemak. Gambar2 makanan pun dah selalu juga aku masukkan ke dalam mukabuku. Di sini memang sentiasa penuh & ramai yang datang makan kat kedai atau bungkus di bawa balik. Terutama hari sabtu, memang kena beratur panjang. Selalunya aku membeli bungkus kerana ketidakselesaan makan di situ. Pernah sekali, 2 kali di pesan minuman, tapi sampai sudah pun tak dapat. Sehingga lah di bayar. 

Namun jika beratur untuk membeli bungkus juga akan ada masalah. Pernah beberapa kali orang lain yang tidak beratur dan main potong line, namun aku tak pernah pun merungut & bertanya kepada si penjual kenapa memberi kepada mereka yang tidak beratur terlebih dahulu. Sehinggalah terjadi satu kes di mana aku telah beratur hampir 20 minit dan ketika sampai giliran aku, boleh si penjual bertanya kat aku.... "dah beratur ker bang?"

Terasa jer aku nak menjawab.... aku beli nasi kat situ bukan baru seminggu yang tak reti tengok orang beratur. Hampir setiap hari aku membeli di situ dan sudah melebihi 3 tahun. Suatu jangka masa yang sudah panjang mungkin.

Di Taman Melati juga terdapat kedai yang menyediakan makanan2 Kelantan dengan lebih banyak pilihan. Namun secara jujur dan ikhlas pendapat aku yang sudah melebihi 3 kali makan di restoran tersebut terasa sangat tidak berbaloi kerana harganya yang terlalu mahal dan rasanya biasa2 sahaja. Jika alasan yang diberikan kerana kos yang semakin meningkat, kenapa di tempat2 lain masih boleh menjual dengan harga yang murah? Tidak perlu dinyatakan nama kedai kerana bagi mereka yang biasa dengan kawasan tersebut semestinya bersetuju dengan pendapat aku ini.

Monday, December 12, 2011

Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Secara Online





Download BR1M


Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) boleh di muat turun secara dalam talian mulai semalam. Boleh klik di sini atau sini untuk mendapatkan borang tersebut.

Mekanisma BR1M & Pelaksanaan BR1M

Sunday, December 11, 2011

Pasar Borong NSK Selayang





















11kg berharga RM66

Bagi sesiapa yang pernah dan biasa membeli di Pasaraya NSK, semestinya bersetuju dengan aku sekiranya aku mengatakan harga2 di NSK jauh lebih murah berbanding dengan pasaraya2 lain. Dengan membuat kad keahlian yang berharga RM10 setahun, tetapi harga yang di tawarkan untuk ahli dan bukan ahli sangat berbeza. Konsep yang di gunapakai sangat berbeza dengan pasaraya lain kerana kebiasaannya di beri mata ganjaran yang boleh di tukar dengan barangan. Tetapi di NSK, dengan membuat kad keahlian, harga bagi setiap barangan amat berbeza dan jauh lebih murah.

Saturday, December 10, 2011

Burger Bobby Simpang 3, AU5 Lembah Keramat


Burger Arnab Cheese Special


Setelah hajat sekian lama tertangguh nak makan burger Bob Simpang 3, AU5 Lembah Keramat, tercapai juga keinginan nak merasai sendiri burger nih. Pertama kali aku tengok dalam video youtube yang kat bawah nie. Setelah tengok kat video tuh, cara penyediaan burger nie memang agak berlainan sedikit dan berbeza dengan gerai2 burger yang lain.





Set masa dengan seorang sahabat blogger iaitu Nik Zulkhairi, maka kami bertemu di Giant Taman Permata sebelum terus ke lokasi AU5. Pertama kali bertemu dengan blogger nie, hampir 2 jam juga kami bersembang. Ini kerana burger yang di pesan mengambil masa melebihi sejam untuk siap dan campur dengan borak2 kosong selain sessi intro memperkenalkan diri masing2.

Jika aku perhatikan banner di gerai burger nie, dia juga ada menyediakan perkhidmatan delivery bagi kawasan setempat (AU5) dan boleh di hubungi melalui facebook serta BBM (Blackberry Messenger) - gambar tak sempat di rakam kerana orang terlalu ramai. Pemalu jugak aku nie weiii.....

Apapun penantian kami melebihi sejam sangat berbaloi kerana burger yang di pesan semalam memang sangat sedap.

Friday, December 09, 2011

Download Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)




PERATURAN

  • Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
  • Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.


Individu Yang Layak

  • Warganegara Malaysia;
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
  • Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;


Sila kemukakan salinan;

  • MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
  • Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
  • Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.

Borang permohonan boleh di dapati secara PERCUMA mulai Sabtu bersamaan 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dll). Borang ini juga boleh dimuat turun di sini atau di laman web kementerian kewangan www.treasury.gov.my.



Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)

sumber dari MOF & LHDN.

Thursday, December 08, 2011

Syarat-Syarat Memohon Bantuan Sara Hidup Isi Rumah RM500





1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga emas sebatang kara

3.Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

sumber dari portal LHDN.

Sunday, December 04, 2011

JJCM: Restoran Sakura Kristal


Grilled Lamb Chop - 8/10*



4/10*


Aiskrim untuk Muaz - 7.5/10*



Roti Ayam - 7/10*


Entri Jalan2 Cari Makan yang tertangguh. Ke KL Festival City, Setapak pada hari Jumaat lepas.

Friday, December 02, 2011

JJCM: Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju



Setelah berhenti untuk beberapa ketika segmen Jalan2 Cari Makan (JJCM) edisi aku tersendiri, semalam sempat la juga pergi merasa masakan dekat Restoran Cheng Ho iaitu milik penyanyi rock Amy Search. Masa aku pegi semalam, tak de pun Amy Search kat situ. Sampai kat situ waktu petang dan meja kosong kerana tiada pelanggan lain. Konpius jap.... buka ke tidak kedai nih. Kat bawah adalah menu yang aku pesan iaitu Set A (rujuk gambar menu di bawah) dan semuanya berjumlah RM78 termasuk Air Tembikai untuk Si Muaz.



Chicken Kong Po - 7.0/10*



Kangkung Belacan - 7.5/10*



Tomyam Soup Campur - 8.5/10*



Fried Siakap With Cheng Ho Sauce - 7/10*

* merupakan rating yang aku boleh bagi mengikut rasa & selera tekak aku


Secara keseluruhan apabila di bandingkan harga makanan dan rasanya, maka aku membuat kesimpulan agak mahal. Perkhidmatan wifi secara percuma juga tidak disediakan. Namun untuk tom yam, memang aku boleh angkat ibu jari. Antara yang terbaik pernah aku makan. Di bawah ini adalah senarai menu dan harga bagi setiap jenis.













Sebenarnya sudah lama teringin nak ke sini dan pernah beberapa kali cuba pergi tapi tak jumpa. Semalam ada terbaca dalam blog Mama Tisya dan bertanyakan lokasi untuk ke restoran ini. Terima kasih yer kepada Mama Tisya kerana cepat memberi respon mengenai lokasi ke Restoran Cheng Ho nie dengan lengkap.

* lebih kurang sama yer menu kita....