Thursday, November 17, 2011

Dikecualikan Bil Perubatan Di Hospital Kerajaan Bagi Yang Tidak Mampu

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pesakit miskin yang tidak mampu membayar caj perkhidmatan perubatan yang diterima di hospital-hospital kerajaan boleh memohon untuk dikecualikan bayaran tersebut.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa kementerian itu di Dewan Rakyat berkata, permohonan untuk mengecualikan bayaran itu boleh dibuat kepada pengarah-pengarah hospital.

"Kerajaan sedar ada aduan-aduan pesakit yang tidak mampu membayar bayaran rawatan. Sebenarnya, mereka boleh mendapatkan pengecualian bayaran daripada pengarah-pengarah hospital.

"Pengarah hospital ada kuasa untuk mengecualikan bayaran kepada pesakit-pesakit yang tidak mampu," katanya.

Menurutnya kerajaan juga menyediakan Tabung Bantuan Perubatan untuk golongan tidak mampu mendapatkan bantuan perubatan.

Liow berkata prosedur permohonan juga telah disingkatkan dan permohonan dapat diluluskan dalam tempoh seminggu...... sumber dari sini.


Baguslah kalau seperti yang di jelaskan oleh Pak Menteri. Cuma ada berlaku sesetengah kes, pengecualian bayaran kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ada sedikit kerumitan yang terjadi. Sebagai contoh kes yang pernah berlaku boleh membaca di Bapa Kecewa Kad OKU Anak Tidak Laku. Walaubagaimana, kes ini telah lama berlaku dan berkemungkinan kini pihak terlibat telah bekerjasama (peringkat pengurusan) dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan sejajar untuk sama2 membantu demi kesejahteraan rakyat serta mengurangkan karenah birokrasi.

6 comments:

ejaMaria said...

oh...pasal ni saya pernah tahu masa kat kampung dulu... bapa kpd kawan saya mohon utk pengecualian... ingatkan hospital luar bandar je bole minta mcm ni...

luahfikiran said...

SALAM,
MEMANG SEPATUTNYA ! JANGAN PULAK TERLALU BYK KARENAH BIROKARI UTK MEMPROSES PERMOHONAN

eelobor said...

kekadang kerana kurangnya pendedahan atau publisiti. kekadang juga kerana masyarakat kita tak berapa nak ambik tahu bab2 sebegini jika subsidi berbentuk perkhidmatan. kalau subsidi berbentuk wang.... laju jer semuanya. yang tak layak pun mencuba nasib nak mohon

eelobor said...

luahfikiran: SALAM... memang itulah realiti yang terjadi kan? keluarlah garis panduan ker, ISO ker, pekeliling ker, atau apa2 jua stendard.... ianya bergantung pada SIKAP dan juga budi bicara.

cheqna said...

kesian bagi yang kurang berkemampuan..harap2 ini dapat membantu golongan2 ini la...
jangan hanya bercakap sahaja..laksanakan demi rakyat yang katanya didahulukan tu...

amirah said...

patutnya dihebahkan dan biarlah dipermudahkan semua urusan untuk bagi pengecualian..nnt kang ckp je boleh dpt pengecualian tapi nak dpt sket punya susah