Thursday, November 17, 2011

Dikecualikan Bil Perubatan Di Hospital Kerajaan Bagi Yang Tidak Mampu

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pesakit miskin yang tidak mampu membayar caj perkhidmatan perubatan yang diterima di hospital-hospital kerajaan boleh memohon untuk dikecualikan bayaran tersebut.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa kementerian itu di Dewan Rakyat berkata, permohonan untuk mengecualikan bayaran itu boleh dibuat kepada pengarah-pengarah hospital.

"Kerajaan sedar ada aduan-aduan pesakit yang tidak mampu membayar bayaran rawatan. Sebenarnya, mereka boleh mendapatkan pengecualian bayaran daripada pengarah-pengarah hospital.

"Pengarah hospital ada kuasa untuk mengecualikan bayaran kepada pesakit-pesakit yang tidak mampu," katanya.

Menurutnya kerajaan juga menyediakan Tabung Bantuan Perubatan untuk golongan tidak mampu mendapatkan bantuan perubatan.

Liow berkata prosedur permohonan juga telah disingkatkan dan permohonan dapat diluluskan dalam tempoh seminggu...... sumber dari sini.


Baguslah kalau seperti yang di jelaskan oleh Pak Menteri. Cuma ada berlaku sesetengah kes, pengecualian bayaran kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ada sedikit kerumitan yang terjadi. Sebagai contoh kes yang pernah berlaku boleh membaca di Bapa Kecewa Kad OKU Anak Tidak Laku. Walaubagaimana, kes ini telah lama berlaku dan berkemungkinan kini pihak terlibat telah bekerjasama (peringkat pengurusan) dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan sejajar untuk sama2 membantu demi kesejahteraan rakyat serta mengurangkan karenah birokrasi.

Saturday, November 12, 2011

Cara Membuat Apple ID (Apple Store) Tanpa Kredit Kad




Berikut aku nak berkongsi video yang aku dapat kat laman web untuk membuat akaun (Apple ID) agar membolehkan kita nak akses ke Apple Store tanpa menggunakan kad kredit. Bagi sesiapa yang menggunakan ipad ker iphone yang belum boleh jailbreak, boleh la menggunakan cara tersebut bagi membolehkan untuk memuat turun beberapa aplikasi secara percuma. Bagi korang yang dah tau.... maaflah sebab aku tak berniat nak buat tutorial pun. Cuma sekadar nak berkongsi dengan mereka yang belum tahu lagi.

sumber dari sini.

Friday, November 11, 2011

Lukisan Bernilai RM194.4 Juta




Firma lelongan Sotheby di sini menjual sebuah lukisan abstrak karya Clyfford Still pada harga AS$61.7 juta (RM194.4 Juta) dalam satu lelongan kelmarin, sekali gus mencatat rekod baharu untuk pelukis AS berkenaan.

Lukisan yang berjudul 1949-A-No. 1, menampilkan gabungan corak abstrak berwarna putih, hitam dan merah pada kanvas. Harga anggaran lukisan tersebut ialah antara AS$25 juta (RM78.8 juta) hingga AS$35 juta (RM110.37 juta).

Aku yang buta seni kah? Tengok2, tilik2, belek2, RM50 pun rasanya aku tak beli kut. Hahahaha... maaf yer bagi peminat lukisan kerana aku memang tidak tahu langsung di manakah nilainya harga lukisan tersebut.

Thursday, November 03, 2011

Borang Bantuan RM500 LHDN Dikeluarkan Mulai Bulan Depan

Meringankan Kos Sara Hidup

Tuan Yang di-Pertua,

112. Dalam usaha untuk terus meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak, Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut:

Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Kedua: Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkan bantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana, atas dasar kebertanggungjawaban sosial, terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya, langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta ringgit. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional; dan

Ketiga: Pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 260 juta ringgit.

~pembentangan bajet 2012~

KAJANG – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal mengeluarkan borang permohonan pemberian bantuan kewangan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah mulai Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Shukor berkata, borang tersebut boleh didapati di kesemua cawangan LHDN dan 17 pusat khidmat hasil di semua daerah seluruh negara.

“Kita juga bakal memaparkan borang-borang tersebut secara dalam talian bagi membolehkan pemohon memuat turun dan mungkin juga akan disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir merasmikan sambutan Hari Inovasi LHDN 2011 di Akademi Percukaian Malaysia di Bandar Baru Bangi di sini semalam.

Perdana Menteri telah mengumumkan insentif tersebut pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu.

Insentif tunai berjumlah RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu menangani kesulitan golongan berpendapatan rendah.

Jelas Mohd. Shukor, pihaknya kini 98 peratus telah bersedia bagi mengendalikan mereka yang layak memohon insentif tersebut.

“Kita sekarang hanya menunggu keputusan akhir daripada Kementerian Kewangan bagi mengemas kini definisi isi rumah yang dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi,” jelasnya.

Ujarnya, pihaknya menjangkakan pembayaran insentif tersebut bakal dilakukan bermula Januari tahun hadapan secara berperingkat-peringkat.

“Bagi kita (LHDN) tempoh selama 14 hari bekerja bagi memproses semua permohonan yang layak,” ujarnya.

Katanya, setiap permohonan yang berjaya bakal dilunaskan oleh Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik.

Pihaknya turut menjangka seramai tiga juta isi rumah bakal terlibat dengan pemberian insentif tersebut dan maklumat mengenai mereka akan diperoleh menerusi kerjasama sistem pangkalan data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

sumber dari sini dan untuk maklumat lanjut boleh menghubungi terus pihak LHDN.

update(12/12/2011) : download borang BR1M