Wednesday, October 12, 2011

Tidak Perlu Laporan Polis Bagi Kehilangan Sijil Kelahiran, Pasport & Lesen Memandu

Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 Sept lalu. Berita sepenuhnya boleh baca kat sini atau sini.

Aku cuba google untuk mencari pekeliling tersebut, tapi belum di muatnaik lagi ke laman Jabatan Perdana Menteri. Apapun ianya sangat bagus & bijak serta tepat kerana laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

Sekurang2 nya karenah birokrasi dapat di kurangkan.

18 comments:

amirah said...

ooo...ok gak tu,...tapi ic still kena la ek

eelobor said...

tak pasti pulak. sebelum pernah dengar kehilangan kad pengenalan tidak perlu report polis. jika sijil kelahiran pun tak perlu, apatah lagi IC kan? nak dapat IC kena ada sijil kelahiran. hehehe...itu konsep logikal jer. tapi tak pasti

Kakzakie said...

Kakak setuju sebab kita lapor lepas tu polis pun bukan buat apa sekadar bawa salinan ke tempat mana yg kita nak buat kehilangan itu

Lya Colours said...

nanti kalau hilang, and ada plak manusia yang tak bertanggungjawab amik dan salahgunakan macam mana.huhu

AzMask said...

Thanx da info.. saya tak pernah hilang ic lagi.

Tapi pernah rosakkan surat beranak anak (ter laminate). Just datang jek kat JPN, isi borang rosak & dapatkan cabutan surat beranak baru.

JunAina said...

takut banyak pula kes yang senaja menghilangkan kad pengenalan ...mungkin pihak yang berkenaan ada penyelesaian yang bagus berkenaan benda ni.

sahromnasrudin said...

bagus PM buat perubahan mcm nie kan...

eelobor said...

kak zakie: laporan semcam gitu tak kemana sebenarnya....

Lya Colours: tetap boleh buat report untuk simpanan sekiranya ada berlaku kes sebegitu. maksud di sini, seperti nak ganti lesen memandu yang dah hilang, pihak JPJ tidak akan meminta anda membuat report polis terlebih dahulu sebelum menggantikan lesen berkenaan. report polis, anda boleh buat sebagai simpanan sekiranya berlaku seperti yang di maksudkan (apa yang saya faham)

AzMask: sebenarnya bagi pendapat peribadi saya, langkah ini adalah baik

JunAina: sengaja nak menghilangkan untuk motif apa? perlu di ingati, setiap kali kehilangan pertama kali, kali ke-2, ke-3 & seterusnya ada denda2 yang tertentu.

sahromnasrudin: langkah yang bijak...

siti murni said...

macam kehilangan ic tu..kan ke lebih baik ada laporan polis. sebab ic kan bleh digunakan org lain..tu yg kes bt pinjaman palsu tu...heeiii..seram la..kang tak pasal2 je kena blacklist..gara2 org lain dah gunakan ic kita...

eelobor said...

cik siti: dah jawab pertanyaan tersebut dekat komen2 di atas... huhuhu

Sharinginfoz said...

baguslah ianya memudahkan urusan

akuzle said...

bukan tindakan melepaskan diri polis ker tuh? kalo org salah guna mender2 tuh? org curi??

eelobor said...

akuzle: ada baca link yang saya sertakan?

"Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, Pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM."

tetap boleh buat report untuk simpanan sekiranya ada berlaku kes sebegitu. maksud di sini, seperti nak ganti lesen memandu yang dah hilang, pihak JPJ tidak akan meminta anda membuat report polis terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menggantikan lesen berkenaan. report polis, anda boleh buat sebagai simpanan sekiranya berlaku seperti yang di maksudkan (apa yang saya faham)

Teratak HaNa said...

kenapa kalu nk mohon sijil akademik yang musnah/hilang (secara pos)..Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (putrajaya) minta sertakan Surat Akuan Sumpah atau Laporan Polis tentang kehilangan sijil.. kan x payah lapor polis dah..

Teratak HaNa said...

salam nk tanya...kalau kita nk mohon sijil2 akademik yang musnah/hilang perlu lg ke sertakan Surat Akuan Sumpah atau Laporan Polis tentang kehilangan sijil..kata x perlu lapor polis dah.. tp kt web KPM.. syarat2 dia mintak kita serta kan surat akuan sumpah/laporan polis... cm na erk..ada sesapa yg tau x? kalu x sertakan laporan /akuan sumpah tu x bleh ke... jauh nk g putrajaya..ingat nk buat secara pos..

daisy pre-owner closet said...

Nk tanya Surat beranak baru tu mcm yg original ?

daisy pre-owner closet said...

Nk Tanya yg replace tu mcm original ker?

daisy pre-owner closet said...

Nk tanya Surat beranak baru tu mcm yg original ?