Thursday, October 13, 2011

Pengalaman Malam Pertama Sebagai Pengantin Baru



entri ini mungkin boleh mengganggu gugat ketenteraman atau keselesaan sesetengah pembaca. bagi mereka yang tidak mahu meneruskan pembacaan, boleh di tekan terus tanda pangkah.

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ismail masuk ke kamar kerana mengantuk. (Kemungkinan ada juga rasa yang lain, paham-paham sajalah pengantin baru). Di lihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama," bisik hati Ismail.

Dimatikannya lampu dan dia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa?"

"Sudah, apa cerita ni?," tanya Ismail dalam hati. Separuh malam dia terbaring berfikir.

"Oh! agaknya isteri aku teringat kampung halaman. Kesian sampai mengigau? Tak apalah, biarlah dia tidur," bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri, "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?"

"Kesiannya bini aku. Masih ngigau lagi. Aku mesti cari penawar," Ismail bertekad.

Esok harinya, Ismail bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru'.

"La," keluh ayah Ismail, "aku hantar belajar sampai Universiti, benda macam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal Adam dan Hawa, Laila dan Majnun seterusnya cerita Romeo dan Juliet. ( Yang relevan untuk pegantin baru saja). Sepatah cakap orang putih "about the birds and the bees".

"Oh! macam tu," sengih Ismail, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni."

Malam yang sangat ditunggu-tunggu Ismail pun tiba. Adegan sama di kamar tidur. Cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa.

"La, kenapa pulak senyap. Takkan dia give up," tertanya-tanya Ismail dalam hati.

Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ismail pun berkata, "dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin semakin sunyi namun tiada sebarang sahutan.

"Kain pelikat dah disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai?"

Masih juga tiada jawapan. Ismail mencuba lagi, "Juruterbang dah siap sedia. Boleh pesawat turun mendarat?"

Sayu sekali jawapan si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan, landasannya baru sahaja banjir."

tak perlu berkongsi pengalaman korang kat sini..... hihihihihi

12 comments:

Kakzakie said...

Pandai juga ayahnya bagi pengajaran dan membuat dia pun pandai nak berkias... Siapalah yg mencipta idea ini.

Amy Syaquena said...

Hahahahaha..siut je la cerita nie , ada meh orang yang sengal macam nie lagi hehehe....

amirah said...

hahaha...kenmain berkias lagi..

Lya Colours said...

hahaha kemain plak siap nak berpantun-pantung. ada plak masa nak berpantun ye. kehkehkeh

Citarasa Rinduan said...

aku senyum2 sorang2 jer

naqib faiz said...

hahahahahaha.. cam siot

ejaMaria said...

hihihihi... comel ah...

che mid said...

Salam kenal dari Che Mid... baru sampai je dah ke flash back... ha ha

Sharinginfoz said...

kekadang perlu cakap straight to the point tak perlu berkias2 takut tak faham, tak pasal2 mengigau le pula

eelobor said...

kakzakie: hehehe...orang lama katakan

Amy Syaquena: hahaha...dah tak ramai kut sisa2 tuh

amirah: hahaha....kesian kan

Lya Colours: hehehe...kena belajar khusus bab2 pantun berkias

CR: senyum bila tau ayu dah senyum

naqib faiz: hehehe.... ok aper

ejaMaria: hahaha...cute kan?

che mid: salam kenal... hahahaha

sharinginfoz: boleh bayang ker nak cakap straight to the point. hahahaha....mesti skrip dia lebih kurang cam gini.... "sayang, boleh tak awak buka..... sebab...... " hahahahahhaha

*∽ IZAN ∽* said...

ngaahahaha! tak dapek nak nolong! he he

*∽ IZAN ∽* said...

ngaahahaha! tak dapek nak nolong! he he