Friday, October 14, 2011

Adakah Anda Mengalami Tekanan Perasaan (Stress)

Adakah anda sedang stress..???

Mahu menghilangkan stress.. ??

Baca tulisan orang stress berikut ini, yang menceritakan seorang yang mengalami stress!!!

"Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.

Pak Mat sedikit Stress!

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahawa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahawa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.

Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!!

Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

SEKARANG PAK MAT BENAR2 STRESS!! SIAPA BAPAK ANAK2NYA ???

Thursday, October 13, 2011

Pengalaman Malam Pertama Sebagai Pengantin Baru



entri ini mungkin boleh mengganggu gugat ketenteraman atau keselesaan sesetengah pembaca. bagi mereka yang tidak mahu meneruskan pembacaan, boleh di tekan terus tanda pangkah.

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ismail masuk ke kamar kerana mengantuk. (Kemungkinan ada juga rasa yang lain, paham-paham sajalah pengantin baru). Di lihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama," bisik hati Ismail.

Dimatikannya lampu dan dia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa?"

"Sudah, apa cerita ni?," tanya Ismail dalam hati. Separuh malam dia terbaring berfikir.

"Oh! agaknya isteri aku teringat kampung halaman. Kesian sampai mengigau? Tak apalah, biarlah dia tidur," bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri, "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?"

"Kesiannya bini aku. Masih ngigau lagi. Aku mesti cari penawar," Ismail bertekad.

Esok harinya, Ismail bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru'.

"La," keluh ayah Ismail, "aku hantar belajar sampai Universiti, benda macam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal Adam dan Hawa, Laila dan Majnun seterusnya cerita Romeo dan Juliet. ( Yang relevan untuk pegantin baru saja). Sepatah cakap orang putih "about the birds and the bees".

"Oh! macam tu," sengih Ismail, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni."

Malam yang sangat ditunggu-tunggu Ismail pun tiba. Adegan sama di kamar tidur. Cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa.

"La, kenapa pulak senyap. Takkan dia give up," tertanya-tanya Ismail dalam hati.

Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ismail pun berkata, "dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin semakin sunyi namun tiada sebarang sahutan.

"Kain pelikat dah disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai?"

Masih juga tiada jawapan. Ismail mencuba lagi, "Juruterbang dah siap sedia. Boleh pesawat turun mendarat?"

Sayu sekali jawapan si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan, landasannya baru sahaja banjir."

tak perlu berkongsi pengalaman korang kat sini..... hihihihihi

Wednesday, October 12, 2011

Tidak Perlu Laporan Polis Bagi Kehilangan Sijil Kelahiran, Pasport & Lesen Memandu

Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 Sept lalu. Berita sepenuhnya boleh baca kat sini atau sini.

Aku cuba google untuk mencari pekeliling tersebut, tapi belum di muatnaik lagi ke laman Jabatan Perdana Menteri. Apapun ianya sangat bagus & bijak serta tepat kerana laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

Sekurang2 nya karenah birokrasi dapat di kurangkan.

Tuesday, October 11, 2011

Masihkah Anda Ingati Taman Tema Mimaland

Semalam dapat satu kiriman email dari seorang sahabat mengenai Taman Mimaland. Aku cuma pernah mendengar nama tersebut dan tidak pernah rasanya berkesempatan ke sana ketika ianya masih beroperasi . Bila di baca balik sejarah2 Taman Mimaland nie, ianya mungkin meninggalkan kesan atau sejarah tersendiri kepada mereka2 yang kini berusia dalam lingkungan 40-an ke atas dan menjadikan lokasi ini salah satu tempat untuk bercintan-cintun. Hehehehe..... adakah pembaca2 blog ini yang berkesempatan dan ingin berkongsi pengalaman ketika taman ini masih beroperasi suatu ketika dahulu?



Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.


Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.


Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.


Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.


Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.


1980 - Filem Tuan Besar, antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland. Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan dalam filem Gila-Gila Remaja enam tahun kemudian.


1983 - Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak).


1986 - Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland.







1987 - Filem Tempo '88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an.




sumber daripada email & credit gambar kepada tuan asal