Friday, August 26, 2011

Semak Info Trafik Terkini Bagi Melancarkan Perjalanan Anda

Kepada mereka yang ingin pulang ke kampung halaman masing2 ada bolehlah menyemak LLMTRAFIK & LLMTRAFIK TERKINI terlebih dahulu untuk memastikan perjalanan menuju ke destinasi masing2 berjalan lancar. Walaubagaimanapun dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat dan bertambah, beberapa lokasi telah mulai mengalami kesesakan kerana beberapa faktor seperti kemalangan.

Bagi yang ingin pulang ke pantai timur khususnya ke Kelantan dan anda mempunyai akaun facebook, boleh la semak di Laporan Trafik Balik Kampung Musim Raya. Status kat sini sentiasa di update secara live oleh pengguna2 jalanraya menggunakan teknologi kini yang semakin berkembang pesat. Bagus....ini baru teknologi di gunakan untuk perkara yang baik dan tidak di salah guna. Anda juga boleh semak Infotrafik. Terima kasih kepada yang membuat group infotrafik di facebook.

Di Raub katanya sudah berlaku kesesakan apabila di khabarkan seekor lembu telah di langgar lori. Begitu juga laluan Grik - Kota Bharu juga mengalami kesesakan apabila sebuah treler terbabas dan melintang jalan berhampiran dengan Tasik Banding.

Harap2 perjalanan aku pada jam 3.30am nanti akan lancar dan tiada kejadian buruk yang berlaku.

Wednesday, August 24, 2011

Kriteria Imkanur Rukyah

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini. Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Tuan Syed Kamaruzaman Syed Kabeer, andaian itu dibuat kerana penentuan awal Syawal 1432H menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).



Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Imkanur Rukyah (kebolehnampakan) ?


Kaedah rukyah adalah melihat hilal ketika matahari terbenam pada 29 haribulan Hijriah dengan mata kasar atau dengan bantuan alat-alat seperti teleskop dan teodolit. Kaedah ini dipakai untuk tujuan penentuan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah di negara kita sebelum penggunaan kaedah rukyah dan hisab.

Menurut kaedah hisab hakiki, bulan baru bermula apabila ijtimak berlaku sebelum waktu matahari terbenam tanpa mengambil kira sama ada hilal wujud atau tidak. Takwim Hijriah yang menggunakan konsep ini dinamakan Takwim Hijriah Hakiki. Jika kewujudan hilal selepas ijtimak dijadikan sebagai asas penentuan awal bulan, takwim ini dinamakan Takwim Hijriah Wujudul-hilal.

Kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) ialah penentuan masuknya awal bulan baru, apabila kedudukan hilal ketika matahari terbenam berada dalam keadaan yang memungkinkan kenampakannya.

Jawatankuasa Kajisemula Data Rukyah Hilal Malaysia membuat analisis terhadap data rukyah hilal yang dilakukan oleh dua negara anggota MABIMS iaitu Malaysia dan Indonesia. Pihak Malaysia atas cadangan jawatankuasa tersebut telah mengemukakan satu kriteria imkanur-rukyah baru kepada MABIMS. Kriteria tersebut telah dipersetujui untuk diterimapakai oleh anggota MABIMS dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam kali ketiga pada 29 Zulkaedah 1412 bersamaan 1 Jun 1992 di Labuan.

Kriteria yang telah dipersetujui itu ialah ijtimak telah berlaku pada 29 Syaaban, 29 Ramadan atau 29 Zulkaedah sebelum matahari terbenam dan hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

(a) Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung (bulan-matahari) tidak kurang daripada 3°.

ATAU

(b) Ketika bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku).

Mulai 1995 pemakaian kriteria ini telah diperluaskan bagi menentukan kesemua bulan-bulan hijriah.

sumber dari JAKIM