Monday, July 04, 2011

Ikan Bakar Umbai Melaka


muaz & paksu qim

Hajat nak merasa ikan bakar dekat Umbai tercapai gak. Cuma agak sedikit terkilan kerana kedai yang di hajati sebenarnya sudah penuh dengan pelanggan walaupun telah ke situ sebelum waktu maghrib lagi. Banyak meja yang telah di tempah terlebih awal dan ada beberapa pelanggan yang berpusing di sekitar dengan mengharapkan masih ada meja kosong atau secara kebetulan bagi mereka2 yang sudah makan dan mahu pulang.



Tak tahu la kedai nie femes ker idak, tapi sebesar2 tempat dan meja makan yang banyak namun semuanya sudah penuh dan masih begitu ramai lagi yang mahu menunggu giliran untuk makan di sini. Kedai yang menjadi pilihan ke-2 malam tu tak berapa sedap sangat bagi aku dan harganya pun boleh tahan juga. Untuk ikan siakap bakar, udang goreng mentega, ketam masak cili dan sayur serta minuman buahan satu jug berharga seratus lebih.


ikan siakap bakar

Tak nak bercerita panjang berjela, cuma jangkaan awal aku mengenai walk in jer ke hotel memakan diri. Aku beranggapan kerana cuma weekend biasa dan bukannya musim perayaan atau cuti sekolah maka hotel2 di sana tidak penuh. Ternyata amat silap. Rasanya lebih 20 hotel yang di telefon & walk in tetapi semuanya sudah penuh. Secara kebetulan dan nasib mendapat bilik yang terakhir pada lewat petang. Melaka memang negeri maju.


ketam masak cili

Ada beberapa kawan sebelum ini pernah menyanggah pendapat aku berkenaan mengukur kemajuan sesebuah negeri bukannya pada jumlah lawatan daripada orang luar. Yer... aku bersetuju dan tidak menafikan. Tetapi setakat menyanggah tanpa menyatakan pendapatan per kapita atau KDNK itu hanya berbahas kedai kopi namanya. Bagi aku simple jer, takkan lah orang nak pergi ke suatu tempat yang mundur???? Itu pemahaman ringkas aku.


udang goreng mentega

Selamat menjamu mata untuk korang semua... huhuhuhu & Terima kasih kepada pemandu pelancong Puan Fadhlina

24 comments:

azieazah said...

Amboiii jamu mata jer?
Hensem la paksu Qim tuh.. Bujang lagi kah? Cewah!


Kak Azie tak pernah lagi pegi Umbai, selalu baca dan dengar jer orang citer.

Suatu hari harus nak cuba.

Nini Hartini said...

Parameswara tu ke yg penuh? kalau tu mmg tip-top. glemer. tp sbg org kg, sy lbh suka mkn di Alaa Kasim, Crystal Bay Alai. Ni lbh murah dan rasanya pun sedap (pd pndgn kami yg mmg duduk umbai). parameswara sedap tp mahal sgt. klu alaa kassim tu mkn mmg berbaloi.

Heart In A Cage
.

kakcik said...

Kakcik banyak kali juga ke Melaka tapi tak pernah singgah di Umbai. :)

mama maman said...

aduh... ensem bangat itu 2 model... hhhuuummm kenyang jamu mata wei kita... hhhuuu...
toink..toink.. mata takleh kelip dah nih... ahaks..

amal said...

ok, dah terliur! huhuh

kakchik@ella said...

melaka skrg ni tiap2 ujung minggu penuh. sentiasa ada org. mmg maju.

AzMask said...

Makan dekat umbai best jugak. Tapi ampun pak... menunggunya kok terlalu lama. Kita dah kenyang makan otak2 + nasik lemak bungkus. Baru ler hidangan sampai kat meja.

- zuriey - said...

lamanya tak makan kat sini..yummy

My Little Diary said...

amboi.... sedapnya, tak pernah ke umbai ikan bakar tu..

Cik SHiNJU said...

lambatnya nk buka pose...(sambil menatap sayu gambar ketam masak cili itew) sob.. :'(

Lya Colours said...

tak singgah ke bandar melaka pekena asam pedas ke bang

*∽ IZAN ∽* said...

Dengar perkataan umbai pun dah tangkap leleh.. ni kan pulak tengok juadahnya... fuhhhh!

eelobor said...

kak azie: kena pegi la sekali kak azie..... cantik dengan suasana tempat tuh.....

nini hartini: lorrrr......lambat respon daripada orang tempatan. huhuhuhu

kakcik: hehehehe.....tak rugi rasanya jika singgah sekali....

mama maman: lagi hensem orang yang ambil gambar tu kut.....

amal: hahahah.....gi basuh mulut nuh

kakchik@ella: setuju ngan kakchik... memang susah nak dapat bilik hotel

AzMask: hahahaha.....kebetulan itu hari x de la lama sangat sebab gerai yang di pilih tak berapa ramai orang....

zuriey: boleh tahan la rasanya kan?

MLD: singgah sekali.....

cik shinju: hahahha, nasib baik boleh tunggu sampai maghrib eh...

lya colours: singgah... sebab memang ambil bilik di taman melaka raya....

izan: hahahha.....kasi leleh sket kat kawan2

sarah-najwan said...

akak xpenah lagi mkn kat umbai ni..salu je dgr org citer..hehee

Citarasa Rinduan said...

bilalah bakal menjadi kenyataan.....??

padlie said...

Saya x berpeluang lg makan kat situ.. Pergi je, kedai tutup lg...
Ye, pembangunan Melaka sangat laju..

ana said...

sedap2...dh pernah ke sana. org memang ramai!

sahromnasrudin said...

ketam dia mmg sedap kan...aku bagi 5 star kat ketam sambal dia guhuhuhuhh

Kakzakie said...

Kalau masuk Melaka dan niat nak menginap mesti kena booking awal. Kakak serik kerana pernah berjalan di Melaka tapi tidur di N9 gara-gara all hotels fully booked.

Sumijelly said...

nama jer balik kg melaka..... tp x pernah smapai kat Medan ikan bakar ni...

nak kene g gak ni ...huhuh

Sumijelly.com

Sharinginfoz said...

kena pi try ni kalau berdekatan kat sini

cik ketam said...

mmg sdap2 ikan bakar kt umbai.

Anonymous said...

kalau nk tmpat yg lebih santai...n sedap...leh g kt sini...
http://www.wix.com/berkatsalamikanbakar/bs
:)

Anonymous said...

Aku pun dah try kat ikan bakar berkat salam tu..kat padang temu tak silapkan.boleh tahan gak...makanan sedap...harga standard..tempat pun ok...