Friday, July 22, 2011

Astro Kenakan Caj Untuk Penurunan Pakej Langganan ?


Ingatkan nak buat penyambungan balik jer kena caj, tetapi bila kita buat "down package" pun tetap kena caj juga yer? Apa susah sangat ker staff Astro nak kena buat? Bukan main tekan2 jer dekat komputer tuh?



Masa 1st bill dulu pun aku pernah juga di caj RM20 akibat gara2 di potong kerana 1st bill sampai lewat. Bila call dan cakap bukan salah aku kerana bil yang tidak sampai, tetapi tetap juga kena caj RM20 sebagai yuran penyambungan. Kini bila nak buat penurunan harga pakej langganan pun tetap kena caj juga yer?

Tetapi mutu penyiaran masih lagi tetap di sama. Apabila hujan lebat atau angin kuat, maka usah mimpi nak dapat siaran. Tetapi kenapa harga bil semakin lama semakin meningkat jika mutu perkhidmatan masih di tahap yang sama? Nampaknya ini hanya membuncitkan tokey & menguntungkan kroni yang ada kepentingan sahaja!!!

Kabinet Tak Lulus Astro Naik Tarif Perkhidmatan

nota dari aku: kepala hotak ko wahai astro

11 comments:

nida husna said...

astro2. macam mana pun kena pakai gak. gegege

azieazah said...

Kak Azie pun berhasrat nak berenti melanggan, tapi anak-anak suka sport pula.

tunggu sampai ada pesaing la nampaknya.

Kakzakie said...

Kakak bukan pelanggan dan tak berminat nak melanggan. Ingatkan tunggu bila anak-anak dah besar tapi bila hal ini masuk kabinet pun tak settle memang terus tak ada niat nak pasang....

sarah-najwan said...

skrg ni akak langgan yg basic ajo..tu pun byk gak..huhu..

kalo xde astro..tv tak terang weh..huhu

Citarasa Rinduan said...

kalau ko nak tahu, aku dah buang sport dan HBO..2 bulan lepas

tapi aku kena caj potongan.. sebijik macam ko..rm 20.00

sangat2 dukacita..

astro tak mesra pengguna!!

Kalamhati said...

palo otak demo tu pikir pitih jah..huhu

mujur kakchik downgrade awal sikit aritu..byk terminate channel hok tok tgk sgt..dr 119.00 loni amik hok paling basic 55.90 jah

Nik Zulkhairi said...

astro dully follows capitalists' business model.

*∽ IZAN ∽* said...

pusing mana pun tetap nak pau duit pelanggan.. sabor je laaaa

ejaescobart said...

betul la kata cik eelobor.. makin buncit la tokey astro...

sy pun penah ada pengalaman yang sama.. bil sampai lambat.. kena potong, pastu kita pulak yg kena bayar..


mujur masa sy potong sport tak kena cas potongan..

Sharinginfoz said...

saya buat downgrade juga tapi bila diaorang cakap kena caj RM10 saya cakap I am sorry tak nak bayar so diaorang bagi pengecualian

exora said...

tgk la sp bos besar dia..meme nk melalaikan kiter jer..dia tau skrg ni astro tu satu keperluan...sesuka hati dia laa..