Wednesday, July 13, 2011

Anjung Singgah "Hotel" Bagi Gelandangan




Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, melalui Yayasan Kebajikan Negara, telah mengambil inisiatif menyediakan rumah untuk golongan gelandangan atau ‘home for the homeless' di Bangunan Ehsan, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur yang dikenali sebagai ANJUNG SINGGAH. Golongan gelandangan ini adalah di antara golongan ‘at-risk' yang diberi perhatian di bawah Projek Kemasyarakatan di bawah Program Transformasi Kerajaan NKRA-LIH.

Anjung Singgah menyediakan perkhidmatan secara holistik yang dapat membantu golongan gelandangan dari segi pendaftaran, penyediaan khidmat bantuan untuk mendapatkan peluang pekerjaan, kemudahan perumahan, kaunseling dan bantuan kebajikan kepada mereka yang layak. Bagi memantapkan proses intervensi, kemudahan tempat penginapan untuk tempoh 1 hingga 2 minggu disediakan dalam usaha untuk membantu mereka untuk berdikari dan mencari pekerjaan serta mendapatkan penginapan yang sesuai.Anjung Singgah juga menyediakan kemudahan bilik kaunseling, bilik penginapan lelaki dan perempuan yang boleh menempatkan 76 orang gelandangan pada satu-satu masa.

Pusat sehenti ini ditadbir oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) iaitu sebuah badan pemegang amanah Body Corporate kebajikan yang bertindak sebagai auxiliary kepada Kerajaan di bawah KPWKM. YKN mempunyai pengalaman dalam pelbagai program berbentuk kebajikan bagi golongan yang memerlukan di negara ini. KPWKM yakin YKN dapat mengendalikan pusat ini dengan berkesan dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan dalam menangani masalah gelandangan khasnya sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

KPWKM mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak samada orang perseorangan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat korporat dalam menangani isu ini. Bagi tujuan tersebut, mereka boleh menghubungi YKN melalui talian 03-26165600.

sumber dari sini

Mengikut maksud kamusDewan Edisi Empat, "gelandangan" memberi maksud orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap.

12 comments:

kakcik said...

Tiap2 pagi kakcik melalui kawasan itu. Mulanya kakcik ingatkan ia adalah sebuah restoran!

Kakzakie said...

Melihat golongan gelandangan ini kesihan tapi ada ramai yg begitu adalah penagih dadah...

ejaMaria said...

bagus la nak tolong orang... harap jangan orang yg ditolong naik lemak dah le... ;p

sarah-najwan said...

harap2 golongan ini berusaha utk menbaiki taraf hidup..

NM02 said...

baguslah, ada gak tempat mereka berteduh

Cik SHiNJU said...

Kesian tgk golongan gelandangan nih kan...Dah ada tempat tinggal,makanan dan diberi peluang kerja ni harap2 berubahlah hidup mereka....Kewajipan kita semua menolong dorg...Yg dok kat atas2 tu jgn nak kenyangkan perut sendiri jek...

Amy Syaquena said...

Baguslah at least ada juga tempat mereka berteduh dan harap mereka berusaha untuk merubah hidup mereka.insyaallah

Citarasa Rinduan said...

Mereka masih gagah..
masih ada tenaga...

tapi dgn inisiatif kerajaan... mereka terbela...

terima kasih Malaysia

siti murni said...

bagus la...ada tempat utk golongan gelandangan...kesian diorang..

JunAina said...

lebih baik memberi pancing dan umpan dari memberi ikan!

Anonymous said...

kerajaan kita banyak bagi pemulihan tp sikap segelintir mereka ini yang tidak mahu berubah. pancing dan umpan sdh diberi tp x dpakai.

Anonymous said...

Bantu mereka dptkan harga.diri lepas tu baru lah ada semangat utk berubah