Friday, July 22, 2011

Astro Kenakan Caj Untuk Penurunan Pakej Langganan ?


Ingatkan nak buat penyambungan balik jer kena caj, tetapi bila kita buat "down package" pun tetap kena caj juga yer? Apa susah sangat ker staff Astro nak kena buat? Bukan main tekan2 jer dekat komputer tuh?



Masa 1st bill dulu pun aku pernah juga di caj RM20 akibat gara2 di potong kerana 1st bill sampai lewat. Bila call dan cakap bukan salah aku kerana bil yang tidak sampai, tetapi tetap juga kena caj RM20 sebagai yuran penyambungan. Kini bila nak buat penurunan harga pakej langganan pun tetap kena caj juga yer?

Tetapi mutu penyiaran masih lagi tetap di sama. Apabila hujan lebat atau angin kuat, maka usah mimpi nak dapat siaran. Tetapi kenapa harga bil semakin lama semakin meningkat jika mutu perkhidmatan masih di tahap yang sama? Nampaknya ini hanya membuncitkan tokey & menguntungkan kroni yang ada kepentingan sahaja!!!

Kabinet Tak Lulus Astro Naik Tarif Perkhidmatan

nota dari aku: kepala hotak ko wahai astro

Aurat Perempuan: Sekadar Renungan & Peringatan Bersama

“ apabila mati seseorang anak adam itu,
maka akan terhentilah segala amalanya
kecuali 3 perkara iaitu,
sedekah amal jariah,
ilmu yang memberi manfaat,
& doa anak – anak yang soleh ”





Sekadar untuk renungan bersama. boleh baca kat sini jika mempunyai masa terluang.

Wednesday, July 20, 2011

Perbaharui Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir



Langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mempertimbangkan tarikh lahir sebagai penetapan tempoh akhir bagi memperbaharui lesen memandu adalah amat2 aku setuju dan menyokong penuh sekiranya di laksanakan nanti. Ini kerana aku selalu lupa bilakah lesen memandu aku akan tamat. Pernah gak sekali tuh lesen aku dah tamat hampir 3 bulan dan bawa kereta dah ke mana2 tapi terlupa tarikh tamat lesen tersebut. Nasib baik takde kejadian buruk yang menimpa, jika tidak mesti ada masalah kemudian hari sekiranya di timpa apa2 bencana.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, cadangan itu sedang diperhalusi memandangkan ia dapat membantu pemandu mengingati tarikh luput lesen mereka.

"Kita dapati banyak kes pesalah trafik memberi alasan mereka lupa tarikh untuk memperbaharui lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan raya,'' katanya pada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.

Menurut beliau, asas kepada pelaksanaan skim itu ialah dengan membuat pelarasan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir seseorang.

"Jika tarikh lahir individu tersebut yang akan datang tidak sampai enam bulan selepas tempoh akhir lesen memandunya, tiada bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan,'' katanya.

Bagaimanapun jika tempoh antara kedua-dua tarikh itu melebihi enam bulan, bayaran pembaharuan yang akan dikenakan ialah separuh atau sebanyak 50 peratus. (kosmo)

elok sangat laa... nanti dah tak de (mungkin berkurangan) orang yang bagi alasan terlupa tarikh memperbaharui lesen kerana kebiasaan tarikh lahir sendiri akan di ingati kecuali atas beberapa faktor seperti penuaan. dan satu lagi kalau boleh pak menteri umumkan sekali kebenaran menggunakan cermin gelap aka "tinted". setuju tak?

Wednesday, July 13, 2011

Anjung Singgah "Hotel" Bagi Gelandangan




Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, melalui Yayasan Kebajikan Negara, telah mengambil inisiatif menyediakan rumah untuk golongan gelandangan atau ‘home for the homeless' di Bangunan Ehsan, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur yang dikenali sebagai ANJUNG SINGGAH. Golongan gelandangan ini adalah di antara golongan ‘at-risk' yang diberi perhatian di bawah Projek Kemasyarakatan di bawah Program Transformasi Kerajaan NKRA-LIH.

Anjung Singgah menyediakan perkhidmatan secara holistik yang dapat membantu golongan gelandangan dari segi pendaftaran, penyediaan khidmat bantuan untuk mendapatkan peluang pekerjaan, kemudahan perumahan, kaunseling dan bantuan kebajikan kepada mereka yang layak. Bagi memantapkan proses intervensi, kemudahan tempat penginapan untuk tempoh 1 hingga 2 minggu disediakan dalam usaha untuk membantu mereka untuk berdikari dan mencari pekerjaan serta mendapatkan penginapan yang sesuai.Anjung Singgah juga menyediakan kemudahan bilik kaunseling, bilik penginapan lelaki dan perempuan yang boleh menempatkan 76 orang gelandangan pada satu-satu masa.

Pusat sehenti ini ditadbir oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) iaitu sebuah badan pemegang amanah Body Corporate kebajikan yang bertindak sebagai auxiliary kepada Kerajaan di bawah KPWKM. YKN mempunyai pengalaman dalam pelbagai program berbentuk kebajikan bagi golongan yang memerlukan di negara ini. KPWKM yakin YKN dapat mengendalikan pusat ini dengan berkesan dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan dalam menangani masalah gelandangan khasnya sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

KPWKM mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak samada orang perseorangan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat korporat dalam menangani isu ini. Bagi tujuan tersebut, mereka boleh menghubungi YKN melalui talian 03-26165600.

sumber dari sini

Mengikut maksud kamusDewan Edisi Empat, "gelandangan" memberi maksud orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap.

Monday, July 04, 2011

Ikan Bakar Umbai Melaka


muaz & paksu qim

Hajat nak merasa ikan bakar dekat Umbai tercapai gak. Cuma agak sedikit terkilan kerana kedai yang di hajati sebenarnya sudah penuh dengan pelanggan walaupun telah ke situ sebelum waktu maghrib lagi. Banyak meja yang telah di tempah terlebih awal dan ada beberapa pelanggan yang berpusing di sekitar dengan mengharapkan masih ada meja kosong atau secara kebetulan bagi mereka2 yang sudah makan dan mahu pulang.



Tak tahu la kedai nie femes ker idak, tapi sebesar2 tempat dan meja makan yang banyak namun semuanya sudah penuh dan masih begitu ramai lagi yang mahu menunggu giliran untuk makan di sini. Kedai yang menjadi pilihan ke-2 malam tu tak berapa sedap sangat bagi aku dan harganya pun boleh tahan juga. Untuk ikan siakap bakar, udang goreng mentega, ketam masak cili dan sayur serta minuman buahan satu jug berharga seratus lebih.


ikan siakap bakar

Tak nak bercerita panjang berjela, cuma jangkaan awal aku mengenai walk in jer ke hotel memakan diri. Aku beranggapan kerana cuma weekend biasa dan bukannya musim perayaan atau cuti sekolah maka hotel2 di sana tidak penuh. Ternyata amat silap. Rasanya lebih 20 hotel yang di telefon & walk in tetapi semuanya sudah penuh. Secara kebetulan dan nasib mendapat bilik yang terakhir pada lewat petang. Melaka memang negeri maju.


ketam masak cili

Ada beberapa kawan sebelum ini pernah menyanggah pendapat aku berkenaan mengukur kemajuan sesebuah negeri bukannya pada jumlah lawatan daripada orang luar. Yer... aku bersetuju dan tidak menafikan. Tetapi setakat menyanggah tanpa menyatakan pendapatan per kapita atau KDNK itu hanya berbahas kedai kopi namanya. Bagi aku simple jer, takkan lah orang nak pergi ke suatu tempat yang mundur???? Itu pemahaman ringkas aku.


udang goreng mentega

Selamat menjamu mata untuk korang semua... huhuhuhu & Terima kasih kepada pemandu pelancong Puan Fadhlina

Friday, July 01, 2011

Limastiga Homestay, Umbai Melaka



Kali pertama aku tengok gambar2 dekat email yang di hantar oleh seorang sahabat, memang tertarik sangat2 dengan keindahan dan kecantikan Homestay ala2 konsep kampung nih. Ada juga buat perancangan dengan sahabat tersebut dan mencadangkan agar kami membuat gathering kawan2 sekolah dekat sini.




Semua gambar2 nie aku ambik kat email jer dan belum sampai lagi. Kira tolong kasi promote sket2 jer. Sebenarnya tak perlu nak di promosi pun sebab tempat nie memang dah terkenal pun. Kebetulan aku & keluarga juga akan bercuti ke Melaka esok hari. Suruh jer wife aku untuk booking bilik. Tahu tak apa jawapannya? Booking untuk hari minggu untuk sepanjang tahun ini sudah penuh. Kalau nak booking juga, sila pilih tarikh tahun depan. Hahhhhh.....terkejut aku beb. Dalam laman web pun memang ada jadual bagi mereka2 yang telah menempah bilik. Penuh siuttttt.......



Cantik tak kawasan nie? Sejuk jer mata memandang kan..... dan tempat ini juga merupakan lokasi tempat ikan bakar yang fofular itu ler. Aku dah lama merancang untuk melahap ikan bakar kat situ. Insya Allah, jika tidak menjadi halangan petang esok akan di realisasikan impian tersebut. heheheheh......Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) lagi la aku nampaknya. Kali nie sampai ke Melaka nak di terjahnya.

Ada tak kekawan dari Melaka yang boleh memberi cadangan di tempat mana yang sesuai untuk aku menginap esok malam???