Thursday, June 16, 2011

TM Streamyx Memang Berbaloi



Selepas seminggu mendaftar pakej BB Deal 1Mbps yang berharga RM110, aku amat berpuas hati setakat ini dengan perkhidmatan yang di berikan oleh TM. Buktinya ada pada gambar ping test kat bawah. Pada mulanya aku ingin mendaftar untuk pakej 4Mbps tetapi telah di maklumkan oleh staff TM bahawa untuk pakej 2Mbps & 4Mbps adalah hanya untuk kawasan2 terpilih sahaja dan belum meluas lagi. Aku telah di cadangkan untuk memasang 1Mbps dan boleh menaiktaraf kepada pakej yang lebih laju pada bila2 masa tanpa di kenakan sebarang penalti.



Segala urusan ketika pendaftaran tempohari sangat ringkas dan begitu mesra pelanggan di tunjukkan oleh staff TM. Tidak sampai setengah jam semua urusan selesai dan aku boleh memilih hari yang sesuai untuk meminta kontraktor pemasangan datang ke rumah. Namun kontraktor tersebut telah menelefon aku sehari lebih awal dan aku seperti orang yang tidak sabar (ibarat mengantuk di sorong bantal) terus sahaja membuat temujanji untuk kontraktor tersebut datang memasang kerana kebetulan hari tersebut aku tidak bekerja di sebabkan ada peperiksaan di sebelah pagi.

Seminggu selepas menggunakan perkhidmatan streamyx, aku sangat berpuas hati dan sekali lagi ke TM Point Setapak pagi tadi untuk mengambil telefon DECT (secara percuma) dan mengisi borang untuk menaiktaraf kepada 4Mbps. Apa yang aku sangat berpuas hati dengan penjelasan staff TM adalah, mereka tidak mencadangkan kepada pengguna untuk menaiktaraf sekiranya di sesuatu kawasan tersebut tidak terdapat perkhidmatan untuk kelajuan yang tinggi.


akibat menunggu unifi yang terlalu lama maka aku
merajuk
untuk menggunakan streamyx terlebih dahulu

Walaupun mengikut rekod komputer mereka, kawasan rumah aku meliputi untuk pakej 4Mbps namun semuanya bergantung kepada juruteknik yang akan datang ke rumah pada tarikh yang akan di tetapkan untuk memastikan terdapat perkhidmatan tersebut di kawasan rumah aku. Tengok begitu professional staff TM. Mereka mengutamakan kepentingan & kepuasan pelanggan berbanding keuntungan. Tidak seperti perkhidmatan internet yang aku langgan sebelum ini, walaupun di kawasan ini masih tiada liputan untuk kelajuan 4.8Mbps, tetapi hampir 3-4 orang staff mereka (mungkin bahagian sales) menelefon dan memujuk untuk aku menaiktaraf. Sedangkan perkhidmatan tersebut belum ada lagi di kawasan aku. Perbezaan yang sangat ketara kerana mereka mengutamakan keuntungan berbanding TM yang mengutamakan kepentingan pelanggan.


Ping = Packet Internet Groper
satu utiliti network untuk tujuan seperti;

check remote/host online/offline
line quality (laju / slow)

semoga panas hingga ke petang yer TM Streamyx

8 comments:

Nik Zulkhairi said...

nok jugoklah stimix.

Citarasa Rinduan said...

aku dah kata lama dulu dah..

ko jer nak kata.. line stremyx aku yang bengong....

lari!!!!!!!!

eelobor said...

nikju: baik demo tukar slaluh...

CR: hahahhaha, yg ko jer menggong yg aku elok jer. huuhuhuh

anyss said...

Assalamualaikum,
ambo royak dohhhh ari tu...tak serrr dengar

kan LAJUUUUUUUUUU dah tu...buleh gi buuule dah!

Kalamhati said...

Ambo setia ngan streamix lamo doh..hehe kdg2 line mengong tu biasa la

azieazah said...

Hmmm... ambo pung tergoda nih.... Rasa nak tukar jugok lah.

Ayam Kampung untuk Orang Kampung? (macam aku)

makdara TERdiva said...

byk org yang booking Unifi tp kansel last minit sbb lambat sgt!

eelobor said...

MDT: lambat dari segi pemasangan atau kelajuan muat turun? setahu saya utk downloading speed memang berbaloi sangat2 sebab 5mbps dan kawan saya ada guna.

sekiranya lambat dari segi pemasangan memang betul sebab ia memerlukan kos yang tinggi dan sekarang hanya di kawasan yang terpilih sahaja yang telah ada capaian utk unifi.

sebab itu promosi di lakukan secara besar2 kerana apabila permohonan yang tinggi dari sesuatu kawasan, maka lebih cepat pemasangan di kawasan tersebut.