Saturday, June 18, 2011

Restoran A Hassan - Nasi Ayam Kampung




Setelah sekian lama tergoda dengan entri2 kat blog kak azie, hari nie aku pegi makan kat Restoran A.Hassan - Nasi Ayam Kampung dekat Velodroom Cheras. Hajat yang sudah sekian lama tertangguh, tertunai jugak hari ini. Ingatkan nak ajak sekali kak azie pegi lunch sama, tapi mesej sampai lewat dia. Sebab plan tergesa2. Mungkin lain kali kita boleh set masa untuk makan sama2 kut. Boleh kan kak azie?


inilah lauk peberet aku berserta daging
kerutuk yang tidak sempat nak snap.
gelojoh sangat terus makan jer......




Singgah ke Pandan Jaya
mengimbas kenangan lama



Tuh dia punya bangunan... huhuhuhu

Thursday, June 16, 2011

TM Streamyx Memang Berbaloi



Selepas seminggu mendaftar pakej BB Deal 1Mbps yang berharga RM110, aku amat berpuas hati setakat ini dengan perkhidmatan yang di berikan oleh TM. Buktinya ada pada gambar ping test kat bawah. Pada mulanya aku ingin mendaftar untuk pakej 4Mbps tetapi telah di maklumkan oleh staff TM bahawa untuk pakej 2Mbps & 4Mbps adalah hanya untuk kawasan2 terpilih sahaja dan belum meluas lagi. Aku telah di cadangkan untuk memasang 1Mbps dan boleh menaiktaraf kepada pakej yang lebih laju pada bila2 masa tanpa di kenakan sebarang penalti.



Segala urusan ketika pendaftaran tempohari sangat ringkas dan begitu mesra pelanggan di tunjukkan oleh staff TM. Tidak sampai setengah jam semua urusan selesai dan aku boleh memilih hari yang sesuai untuk meminta kontraktor pemasangan datang ke rumah. Namun kontraktor tersebut telah menelefon aku sehari lebih awal dan aku seperti orang yang tidak sabar (ibarat mengantuk di sorong bantal) terus sahaja membuat temujanji untuk kontraktor tersebut datang memasang kerana kebetulan hari tersebut aku tidak bekerja di sebabkan ada peperiksaan di sebelah pagi.

Seminggu selepas menggunakan perkhidmatan streamyx, aku sangat berpuas hati dan sekali lagi ke TM Point Setapak pagi tadi untuk mengambil telefon DECT (secara percuma) dan mengisi borang untuk menaiktaraf kepada 4Mbps. Apa yang aku sangat berpuas hati dengan penjelasan staff TM adalah, mereka tidak mencadangkan kepada pengguna untuk menaiktaraf sekiranya di sesuatu kawasan tersebut tidak terdapat perkhidmatan untuk kelajuan yang tinggi.


akibat menunggu unifi yang terlalu lama maka aku
merajuk
untuk menggunakan streamyx terlebih dahulu

Walaupun mengikut rekod komputer mereka, kawasan rumah aku meliputi untuk pakej 4Mbps namun semuanya bergantung kepada juruteknik yang akan datang ke rumah pada tarikh yang akan di tetapkan untuk memastikan terdapat perkhidmatan tersebut di kawasan rumah aku. Tengok begitu professional staff TM. Mereka mengutamakan kepentingan & kepuasan pelanggan berbanding keuntungan. Tidak seperti perkhidmatan internet yang aku langgan sebelum ini, walaupun di kawasan ini masih tiada liputan untuk kelajuan 4.8Mbps, tetapi hampir 3-4 orang staff mereka (mungkin bahagian sales) menelefon dan memujuk untuk aku menaiktaraf. Sedangkan perkhidmatan tersebut belum ada lagi di kawasan aku. Perbezaan yang sangat ketara kerana mereka mengutamakan keuntungan berbanding TM yang mengutamakan kepentingan pelanggan.


Ping = Packet Internet Groper
satu utiliti network untuk tujuan seperti;

check remote/host online/offline
line quality (laju / slow)

semoga panas hingga ke petang yer TM Streamyx