Monday, May 30, 2011

Staf Proton Servis Tidak Cekap

Entri lepas geram agak panjang. Nak baca boleh tak nak baca pun tak mengapa.

Sebenarnya dah banyak kali aku buat entri pasal Proton Persona nie dan entri terakhir bertajuk Proton Persona Memang Banyak Masalah pada tarikh 12 April 2011. Sekali lagi pada 26 April 2011 aku ke pusat servis yang sama untuk service minor (kali ke-3) dan juga bertanya masalah power window yang berlarutan bermula sejak bulan Januari lepas iaitu selepas 2 bulan lebih aku dapat dari pengedar. Seperti biasa alasan tiada alat ganti dan perlu di pesan terlebih dahulu. Hah...sekali lagi aku nak tergelak sebab itu kali ke-3 aku merujuk berkenaan masalah yang sama. Adakah alat ganti kereta nasional kebanggaan negara di buat di luar negeri sehingga memakan masa lebih 3 bulan pun tak sampai2 lagi?

Aku bertanya kepada staff perempuan (kaunter) biasanya berapa hari alat ganti yang di pesan akan tiba? Dengan bangganya dia menjawab cuma 3 hari. Huhuhu....tak pe, aku bagi lebih masa untuk korang. Setelah hampir sebulan aku tidak di hubungi (walaupun telah di janji akan menghubungi aku apabila stok alat ganti tiba), aku sekali lagi ke pusat servis tersebut pada hari jumaat lepas (27 Mei 2011) pada jam 2.55pm dan pintu office masih belum di buka walaupun sepatutnya di buka pada jam 2.45pm. Semakin nak menyirap nih......main2 lak diaorang nih...

Maka setelah sekian lama tertangguh, sebentar tadi aku pergi lagi sekali (kali ke-4) untuk bertanya masalah berkenaan. Aku terpaksa menunggu hampir 5 minit (mungkin lebih) kerana staf tersebut bercakap di talian telefon dengan muka tersengih2. Lantak ko lah nak tersengih pun janji jawap apa yang aku nak tanya ko sekejap lagi. Setelah ganggang telefon di letak dan aku bertanya pasal power window, dia terus keluar untuk bertanya dengan staff lain tentang stok yang kononnya telah di pesan pada akhir bulan lepas. Dan jawapan aku dapat, mereka belum terima lagi stok. Perghhh.....berdesup betul. Tetiba jer tahap metabolisma aku meningkat dan degupan jantung aku terasa macam kuat jer. Tangan lak terketar2....kerana begitulah aku apabila hampir tidak dapat mengawal diri.

Setelah sekian lama bercakap dengan nada sopan (bermula dari januari lagi tau) dan lemah lembut aku mula meninggi suara walaupun ada 2 orang customer kat dalam itu. Seboleh mungkin untuk aku cuba mengawal diri sudah tidakku mampu lagi. Aku kemudian meminta nama penuh orang yang bertanggung jawab kat situ. Sebelum keluar aku sempat memohon maaf sekiranya meninggikan suara.

Setelah sampai kat rumah, tak sampai 10 minit aku di hubungi kembali oleh staff lelaki dan memberitahu stok tersebut telah ada dan di minta untuk menghantar kereta pada bila2 masa sahaja. Aik....perkara pelik bin ajaib telah berlaku. Ketika mendapat panggilan telefon tadi aku tengah mengarang email aduan kepada pihak proton dan akan menghantar salinan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional. Tetiba jer aku saved dalam draft jer dan belum lagi di send. Agak2 korang ler, kenapa tetiba jer pula stok boleh ada eh? Patutkah aku meneruskan aduan tersebut dan mencari pusat servis yang lain?

16 comments:

NM02 said...

bagi saya dua2 pun ok. hantar je dulu kete tu. tgk camner keadaannya nnt. kalu masih problem, teruskan dengan email tu plak.

tukar ke pusat servis lain pun ok. tapi memandangkan dorang dah call dan cakap stok ada, yu try test tgk dulu lah...

nukilanaffiza... said...

kadang2 kalau kita tak bersuara akan hak kita memang kita akan dikotak katikkan...

diorng sebenarnya takut kalau isu ni sampai ke pihak atasan...so bila ada orang buat bising gerenti response akan dapat dengan segera...

tahniah....kita kena tegakkan hak kita...

wahida said...

hahaha!! dorang dah takut la tu sbb ko dah amek nama dan tinggi suara bagai...terus ada stok..klaka la proton neh...

servis mmg nan hado...

sahromnasrudin said...

kalau aku..konfem dah berambus..bunga bukan sekuntum bang...pusat servis bukan seekor huhuhhuhuhuhh

daddyzkool said...

tiada penafian cuma kadang2 kita harus bersikap agak samseng juga dgn budak2 ni ,baru mereka ambil peduli kalau tidak..."lantak kau lah"....kita yg makan hati ..

mama maman said...

hhhaa.. cite nih lebih kureng cite mama yana je... sy mmg mengamuk.. bukan sikit2... mmg berubah muka bdk kaunter tuh... melampau sgt.. tgk list nama sy dah dilangkau2 dah.. konon stok tak smpi konon... ingat org b@@@h ke.. dah la nama yg langkau tuh semuanya bangsa dia... faham ye.. bangsa c***... MENYIRAP DARAH tau.. org punya tunggu sebulan dah... dah 4-5 kali keta mati tgh jalan.. hampir kena sapu bersih dek lori pasal keta tiba2 enjin mati... dia blh ckp tak perasan nama sy... suwel tuh..


ps: sori terlebih pulak.... emo sungguh...

JunAina said...

memang patut sesangat! bukan nak memburukkan orang tetapi pihak bertanggungjawab perlu tahu kerenah dia orang nih. k.aina service kali ketiga adalah service yg terakhir dengan proton service center...

Amy Syaquena said...

Memang tidak di nafikan kadang kala kita kena bersikap lebih tegas lagi dengan mereka , barulah mereka buat keje dengan betul...

ejaescobart said...

lawak laa proton nih.. konon order sampai dalam 3 hari.. tapi drag sampai 3 bulan.. dah kena sembur.. trus ada stok..


agaknya cik eelobor sembur sekali dengan jampi serapah kot.. hehehe

Sharinginfoz said...

apa kata hanta kat CEO proton terus

Citarasa Rinduan said...

ko mmg baik beb, tapi.. aku rasa wajar ko teruskan niat asal ko. agar mereka tahu pelanggan yang paling penting..

dan aku rasa. benda tu ada... tapi staff tu jer yang tak ambil tau..

menyampahnya bagi pihak ko..... gua marah!!!!!!

Sabahan Bloggers Club said...

Salam.
Kereta saya pun selalu kena macam tu time servis kat proton. Saya ambil keputusan servis keluar dari proton, walau hilang waranti.

Lya Colours said...

alhamdulillah pusat servis proton kat tempat saya ni bagus. selepas beberapa hari kita hantar servis kat dia, dia akan call tanya servis ok ke tak. kalau tak puas hati boleh report kat main dia la. tp tak igt plak contact no tuh

ejaMaria said...

hantar je komen tu... pedulik hape...

3 bulan power window problem ada diorg pedulik ???

sayangsayangibu said...

tempat sya ok sesangat, masa servis exora tu diorang bg tips2 lagi kira ikut nasib kot

bg sya memang patut hantar terus aduan tu.

mamafarhan said...

hantar jer komen tu.. sebagai pengajaran.. lepas ni x der lagi org yg terkena mcm tu..

tp pengalaman ii pakai keta pro2 mmg ok jer servis dia.. ada gak masalah power window.. terus jer pegi pro2 x payah tunggu lama2 hari yg sama terus boleh tukar..