Monday, May 09, 2011

Pembatalan Servis Broadband - Berhati-hati Jika Tidak Dibuat Secara Rasmi (mengisi borang)

Salam di pagi isnin kepada semua....

Lupa nak berkongsi dengan pembaca mengenai pembatalan servis broadband. Masa balik kampung itu hari ada pegi ke Celcom Service Centre di Taman Sri Cemerlang, Kota Bharu untuk di buat pembatalan servis atas faktor2 tertentu. Hahahah....ayat baik punya kan Celcom? Apa lagi kalau bukan di sebabkan servis yang hampeh kan? (capaian internet yang perlahan)

Akaun broadband nie kepunyaan kakak aku dan setelah lebih setahun menggunakannya dengan penuh kesabaran (semata2 nak habiskan kontrak - terpaksa), akaun tersebut telah di potong setelah lewat membayar beberapa hari pada bulan terakhir. Kebetulan masa balik kampung itu hari, kakak aku minta tolong ke service centre untuk di tamatkan terus perkhidmatan tersebut.

Setelah di minta dan siap isi borang pembatalan servis, telah di maklumkan oleh kerani perkhidmatan pelanggan, untuk membayar sejumlah amaun sebanyak RM140 (lebih kurang). Sedikit kehairanan kerana;
  1. talian telah di potong melebihi seminggu
  2. bil bulanan cuma RM68
  3. tetap kena bayar walaupun perkhidmatan sambungan internet telah di potong - alasan untuk bayaran caj tertentu (di sebut nama caj tersebut tapi kurang jelas & faham)
Bayaran RM100 di buat melalui mesin dan telah di maklumkan akan di pulangkan wang lebihan melalui cek sekiranya ada. (lebihan wang yang dikenakan masa pendaftaran).

"Sekadar berkongsi, sekiranya ada pemilik akaun yang ingin membuat pembatalan servis walaupun telah tamat tempoh kontrak atau juga telah di potong perkhidmatannya, caj ke dalam bil masih lagi di kira (tetap berjalan) selagi tidak di buat pembatalan secara rasmi di kaunter dengan mengisi borang tertentu."

Aku pun tak pasti sangat bab2 nie, walaupun secara logiknya macam tidak masuk akal jer kan? Macam mana kita kena bayar duit atas perkhidmatan yang tidak dapat di gunakan (setelah di potong)? Macam nie ker cara nak "membuncitkan perut" melalui kontrak2 yang telah tertera di belakang borang masa nak buat pendaftaran dulu? Aku percaya berapa peratus sangat yang membaca terma2 kontrak yang tertera di belakang borang semasa membuat pendaftaran dulu kan?

berhati2 dengan caj tersembunyi.....

*update: (01/09/2012)


sila klik pautan gambar di atas di sini.

Oh...rupanya memang ada & wujud prosedur syarikat mengenai hal ini yer. Jadi kena berhati2 dan jangan ambil mudah apabila telah dipotong bil & digantung perkhidmatan. Bil anda masih lagi berjalan dan perlu di buat pemotongan secara rasmi di mana2 Service Centre.

*ingin baca lagi? : Simpan Setiap Resit Pembayaran Yang Telah Dibuat



21 comments:

mama maman said...

baru berkira2 nak batalkan berukband sy nih.. kena byr lagi... kaya sungguh la toke kalu gini...hhhuuuu..

Kakzakie said...

Inilah cara dia nak dapat income tanpa disedari.... hidden income. Kotor cara begini....

Sharinginfoz said...

itulah business, macam2 kan kena tahu betul2, thanks for the sharing

cekkeya said...

isyhh, baru nak batalkan bb gak nih. harap2 tak kena camtuh. tensen dan bengang gak ek kalau camnih.


btw, happy blogging ;)

little daisy said...

Urgh...dh pernah kene skali. Tobat dah tak nk guna celcom. '_'

ejaMaria said...

bukan bband je... nak potong insuran ke... kad kredit ke... pun sama... ada je mcm2 hal nnt yg buat sangkut... tak pasal2 kita kena bayar balik... :(

Cik Ila said...

cik ila pernah kena..
tibe2 je dpt call kata ada yg belum byr sedangkan dh lama kot terminate.Time tu,CIk Ila mmg salahkan dealer yg handle benda tu..maybe dia gune utk dia dlu,baru nk terminate

sarah-najwan said...

tq deh krn info berguna ini..

apa2 hal kene buat surat rasmilah..kdg2 kita pun xamik port hal ini..kita main telefon ajo..

setakat ini BB akak ok ajo..asalkn line 3G mantop ok la..hehee

pakej akak gomen punya..50 hinggit utk yg paling laju..

lina said...

Aku dah kena masa buat pemotongan untuk streamyx dulu....borong dah di isi tapi tak diproses untuk pemotongan sehinggalah aku terima bil
umtuk servis yang tak digunakan.....yang herannya line dah dipotong masa aku isi borang itu....betul2 sakit hati aku dibuatnya....untuk rakan2 yang ada niat utk potong line streamyx atau broadband ni hati2lah dan pastikan line itu benar2 dipotong agar anda tak terkena.....

Amy Syaquena said...

Dah banyak rugutan yang amy dengar , nasib baik la amy bukan salah seorang penggunanya.huhuhu~ selamat

alimaz kembara terasing said...

awai2 lagi dah stop pakai celcome..

Hanis MY said...

mmg perlu berhati2 dengan syarat/terma...tapi tulah byk sgt nk baca dah tu tulis kecik2 pulak.. lagi la malas nak baca huhu...

wahida said...

hah? ye ke? saya dah lama terminate celcom berukband tanpa pakai form bagai...alamak...mcm mana neh?

makdara TERdiva said...

memang kena-hati2..kalau tak, tiba2 jer bil dtg selepas 15 thn..huhu!

Anonymous said...

saya punya pembatalan ok je..takdak isi borang pon..just call 1111 dan ckp nk terminate bdband..itu je..pastu sampai la bil yg terakhir..nasb baik takdak charge lain2

Anonymous said...

sy lak bln 12 thun lpas sy guna clcom bband Rm68 pstu pkai overlimit rm158 terus dia potong line sy,dh la line nye slow..pstu sy x bayar pun smpi skrg,kini sy guna mxs broadband..Tpi klu sy x bayar dh 2bln tu klu g kt kdai clcom agk2 msti dia suruh bayo lebih ek? klu x bayo terus dia akan ambil tindakan ke x ek??

Anonymous said...

bole ker just kol 1111 utk terminate celcom?

mimi said...

Saya pun kena bayar juga masa nak batalkan perkhidmatan tapi lepas tu memang duit yang kita bayar lebih dia pulangkan pakai cek selepas sebulan batal kontrak.

Anonymous said...

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, BUKAN CELCOM SHJ MCM NI. MANA2 TELCO MCM NI DIA PUNYA PROSEDUR. TAPI UNTUK PENGGUNA POSTPAID ATAU BROADBAND SHJ. MISAL KATA NAK BUAT PEMOTONGAN MMG KENA KE CELCOM CNTRE. KALAU BUAT PMOTONGAN DEKAT DEALER MMG AMIK MASA SIKIT UNTUK DI PROCEED KE CENTRE. PASTIKAN HABISKAN KONTRAK DULU SEBELUM NAK POTONG NOMBOR SERVIS TAKUT KONTRAK TAK HABIS CAJ PENALTY KENA NANTI. SEKIAN DARI SY SBHGIAN DARI STAFF CLCOM

zool said...

Kena pegi service centre gamaknya..

ifiqa hanum said...

Nak batalkan perkhidmatan wifi secara online macam mana