Tuesday, May 17, 2011

Fareed Nasi Kandar Asli - Line Clear (JJCM)



Ada yang tengok rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) di TV3 pada hari ahad yang lepas? Rancangan nie bukan kata aku wajib mesti tengok, tetapi rasanya kalau tak keluar pergi mana2, maka mesti akan tengok dengan niat sambil2 nak mencari lokasi baru untuk selera makan. Dan yang menjadi lokasi menarik untuk aku mencuba adalah tempat makan yang di beri nama Fareed Nasi Kandar Asli - Line Clear. Apa yang menjadi tarikan adalah kerana lokasi perniagaannya cuma di bawah pokok jer.



Korang nampak tak berapa panjang yang berbaris tuh? Sesungguhnya aku tidak memiliki tahap kesabaran yang tinggi. Kesian sebab wife aku yang teringin sangat nak makan kat situ dan memang dia yang ajak sebenarnya. Nasib baik la dia tak mengidam lagi kalau tak, aku sanggup gak beratur walau hujan panas sekali pun. Hihihihi..... akhirnya aku cadangkan kat wife aku, ambik gambar jer pastu kita pergi makan kat tempat lain la ek.



Tak salah aku, cuma ini jer meja dan kerusi serta khemah yang di sediakan sekiranya mahu makan kat situ. Dalam satu2 masa berapa orang jer yang boleh makan kat kedai. Selebihnya cuma beli bungkus jer lah. Lagipun operasinya cuma jam 11.30am hingga 3.00pm jer kut kalau tak salah aku. Itu pun dari isnin hingga sabtu dan ahad pula cuti. Agaknya target dia cuma di waktu lunch hour hari bekerja jer kut. Walaupun cuma di bawah pokok cam gitu jer, tapi yang beratur tetap jugak ramai. Tak salah aku bukan di sebabkan promosi kat dalam JJCM jer tapi aku dapat info dari sahabat aku yang memang dah lama kenal tempat ini, memang tak sah kalau tak kena beratur dulu.

Akhirnya singgah makan di Briyani Gam Johor - Periuk. Boleh tahan jugak harganya. Agak sedikit mahal. Belasah jer lah sebab waktu makan tengahari sudah semakin lewat. Sambung pula ke Jusco Metro Prima......

14 comments:

Citarasa Rinduan said...

peeh......
gila lah...
kalau seramai ini pelanggan aku..
mmg gigil kepala lutut aku melayannya

Nik Zulkhairi said...

alek mano kedai ni?

sarah-najwan said...

mak aiihh..tak menahan org beratur tu..kat sini ada gak oghe beratur gtu..kedai nasi kukus..

akak penah tanya oghe mana keda nasi kukus..oghe tu royak..kalu akak tgk oghe beratur pah ke luar tu..tu la kedanya..huhu

eT said...

dok bawah pokok jek kedai dia eh...
mesti sedapp...ramai org plak tuh..

puteri ain said...

bila lah dapat merasa ni..

eelobor said...

CR: kedai ko sebab bukak dari pagi sampai petang sebab tu tak pack sangat dalam saru masa. tempat makan nie cuma beberapa jam jer dia bukak...

Nikju: dari Bukit Rahman Putra nak menghala ke Matang Pagar

Sarah-Najwan: huhuhu, tok sanggup saya beratur

eT: tu lah pasal, rezeki dia. itulah kelebihan kedai makan bila sedap masakan orang tetap datang cari walau jauh, walau ramai sanggup beratur

puteri ain: jomm....

bunga said...

ramainyerr..

amirah said...

perghhh ramainyaa

Sharinginfoz said...

ramainya mesti sedap sangat2 ni

wahida said...

tau tempat ni..kat Bukit Rahman Putra...dah dekat ngan umah aku..pernah mkn kat sini dan mmg sedap...

Amy Syaquena said...

perghhh ramai gila orang..

*∽ IZAN ∽* said...

mak aiiiiiiiiiiiiiii.. cam tu sekali org beraturr! mmg dasattttttttttt

kakchik@ella said...

eh .. ni kat sg. buloh, kan?

eelobor said...

bunga: memang ramai...saya singgah jer tak makan pun

amirah: hahaha, tau x per

sharinginfoz: ramai yang bagitau, katanya memang sedap

wahida: oooo...bila nak belanjer?

amy: hehehe....bukan orang gila kak

izan: nanti bawak la family pegi rasa sekali kat sana

kakchik@ella: yup....bukit rahman putra...