Thursday, May 05, 2011

Ambil Kesempatan Atas Kelemahan Orang Lain

Petang tadi ada terbaca dalam status facebook seorang sahabat. Di tulisnya dalam english dan aku cuba terjemahkan mengikut pemahaman aku yang belajar setakat SPM jer nih. Maksudnya lebih kurang begini (dalam bentuk pertanyaan) "Kenapakah manusia suka mengambil kesempatan ke atas orang yang baik hati?". Begitulah luahan hatinya yang di tulis dalam status facebook tadi.

Mungkin itu maksudnya, tapi nak di terjemahkan 100% seperti kehendak @ keinginan hatinya susah sket ler sebab hanya dia yang tahu maksud yang ingin di sampaikan sebenarnya. Dan aku merasakan ada sesuatu yang ingin di sampaikan. Malah status tersebut juga telah di padamkan. Kami sempat gak berbalas komen berhubung status ini tadi.

Aku juga ingin bertanya kepada mereka yang sudi menjawab. Kenapakah perkara sebegini selalu berlaku. Siapa yang bersalah sebenarnya?
  1. Adakah sikap manusia yang memang suka mengambil kesempatan atas kelemahan insan lain? atau
  2. Adakah insan yang baik hati itu terlalu memberi peluang dan ruang kepada orang lain untuk di ambil kesempatan ke atas dirinya?
Jika ada antara yang sudi berkongsi pengalaman dan memberi idea, elok juga kerana sahabat aku pun kekadang ada gak membaca blog aku nih. Manalah tau boleh memberi apa2 input kepada dia.

11 comments:

kakchik@ella said...

Biasa kena situasi ni, selagi blh diterima dn tk melampau, kc telan je la. tp kalo over .. hbislah dia.Tp kan, dont worry .. Tuhan ada. kalau kebaikan yg kita buat arini tak dibalas kat kita, mgkin esok lusa dibalas ke anak cucu kita. Tuhan kan syg kita.

Citarasa Rinduan said...

selamat malam........

memang ya, orang yang baik mudah di aniaya... selalu orang suka ambil kesempatan atas orang sebegitu....

seperti contoh aku...
terpaksa buat baik jika dapat pelanggan berhati kayu..
dan suka abaikan bila pelanggan aku jenis hati layu...

renung2 kan..

anyss said...

Assalamualaikum,
Allah bagi ujian takat yang hambaNya mampu je. Nak mudah, anggap sahaja semua itu ujian untuk menguji kesabaran.

Selalu jugak kena, orang baik dengan kita sebab nak tenggek apa yang kita ada. Kalau kita tak bagi, kena tuduh "taik idung masin, kedekut bla bla bla...dan kawasan2 yang sewaktu dengannya". Kalau kita bagi, ibarat dapat betis nak paha...

Kesimpulannya: kalau ikhlas saya sudi aje memberi, kalau tak ikhlas, minta maaf...katalah apa sahaja, ada aku kesah? hu hu hu

mamawana said...

Assalam,

Selalu gak kena buli dan dianiaya.. tapi watderk jer. Sebaliknya Org yg membuli menganiaya tu makin bertambah masalah dan penyakitnya.

kak ina kl said...

dalam berblog pun ada gak yangmengambil kesempatan..redha ajerlah.

anak kamu tu janganlah bagi sangat main games..takut nanti mata cepat rosak.

puteri ain said...

memang tak dapat lari dari orang yang berperangai macam ni.. sabar je la yang penting ..-__-"

ejaMaria said...

sebab tu ada peribahasa - buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali...

amirah said...

memang org suka ambil kesempatan pd insan yang lemah...apa yg penting kena anggap sebagai ujian/dugaan dr Allah nk menilai tahap kesabaran kita.adakah kita akan membalas apa yg orng tu buat pd kita atau kita bersabar.tapi sabar pun ada tahapnya.jadi, kalau rasa tertindas sgt, kalau dah melampau, perlula bangkit dan pertahankan hak kita.tapi selagi boleh bersabar dan tak menjejaskan hidup kita, ada baik juga kita bertahan. betul la tu, buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

bukan nak menuding jari pada sesiapa tetapi adakah kita tersangat baik hati huhuhuhhhh

sarah-najwan said...

keadaan ini saling bersangkut paut..iaitu org yg suka amik kesempatan sb dilihatnya org yg diambil kesempatan ini terlalu baik..

dlm seme keadaan..jgnlah jadikan diri kita sebagai mangsa..kita kene berbuat sesuatu agar org lain mmg xboleh amik kesempatan terhadap kita..

kita kene berani kerana diri kita..

Anonymous said...

ermm...kenapa saya rasa ditindas :(
dah lama saya diamkan..tapi makin menjadi..smpai sy rasa diorang ambil kesempatan atas kebaikan yg sy lakukan tapi sy hnya snyum dpn diorng sbaliknya hanya Allah saje yg tau... sy cuba anggap ini ujian dariNya..tapi sy smakin stress