Monday, May 30, 2011

Staf Proton Servis Tidak Cekap

Entri lepas geram agak panjang. Nak baca boleh tak nak baca pun tak mengapa.

Sebenarnya dah banyak kali aku buat entri pasal Proton Persona nie dan entri terakhir bertajuk Proton Persona Memang Banyak Masalah pada tarikh 12 April 2011. Sekali lagi pada 26 April 2011 aku ke pusat servis yang sama untuk service minor (kali ke-3) dan juga bertanya masalah power window yang berlarutan bermula sejak bulan Januari lepas iaitu selepas 2 bulan lebih aku dapat dari pengedar. Seperti biasa alasan tiada alat ganti dan perlu di pesan terlebih dahulu. Hah...sekali lagi aku nak tergelak sebab itu kali ke-3 aku merujuk berkenaan masalah yang sama. Adakah alat ganti kereta nasional kebanggaan negara di buat di luar negeri sehingga memakan masa lebih 3 bulan pun tak sampai2 lagi?

Aku bertanya kepada staff perempuan (kaunter) biasanya berapa hari alat ganti yang di pesan akan tiba? Dengan bangganya dia menjawab cuma 3 hari. Huhuhu....tak pe, aku bagi lebih masa untuk korang. Setelah hampir sebulan aku tidak di hubungi (walaupun telah di janji akan menghubungi aku apabila stok alat ganti tiba), aku sekali lagi ke pusat servis tersebut pada hari jumaat lepas (27 Mei 2011) pada jam 2.55pm dan pintu office masih belum di buka walaupun sepatutnya di buka pada jam 2.45pm. Semakin nak menyirap nih......main2 lak diaorang nih...

Maka setelah sekian lama tertangguh, sebentar tadi aku pergi lagi sekali (kali ke-4) untuk bertanya masalah berkenaan. Aku terpaksa menunggu hampir 5 minit (mungkin lebih) kerana staf tersebut bercakap di talian telefon dengan muka tersengih2. Lantak ko lah nak tersengih pun janji jawap apa yang aku nak tanya ko sekejap lagi. Setelah ganggang telefon di letak dan aku bertanya pasal power window, dia terus keluar untuk bertanya dengan staff lain tentang stok yang kononnya telah di pesan pada akhir bulan lepas. Dan jawapan aku dapat, mereka belum terima lagi stok. Perghhh.....berdesup betul. Tetiba jer tahap metabolisma aku meningkat dan degupan jantung aku terasa macam kuat jer. Tangan lak terketar2....kerana begitulah aku apabila hampir tidak dapat mengawal diri.

Setelah sekian lama bercakap dengan nada sopan (bermula dari januari lagi tau) dan lemah lembut aku mula meninggi suara walaupun ada 2 orang customer kat dalam itu. Seboleh mungkin untuk aku cuba mengawal diri sudah tidakku mampu lagi. Aku kemudian meminta nama penuh orang yang bertanggung jawab kat situ. Sebelum keluar aku sempat memohon maaf sekiranya meninggikan suara.

Setelah sampai kat rumah, tak sampai 10 minit aku di hubungi kembali oleh staff lelaki dan memberitahu stok tersebut telah ada dan di minta untuk menghantar kereta pada bila2 masa sahaja. Aik....perkara pelik bin ajaib telah berlaku. Ketika mendapat panggilan telefon tadi aku tengah mengarang email aduan kepada pihak proton dan akan menghantar salinan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional. Tetiba jer aku saved dalam draft jer dan belum lagi di send. Agak2 korang ler, kenapa tetiba jer pula stok boleh ada eh? Patutkah aku meneruskan aduan tersebut dan mencari pusat servis yang lain?

Thursday, May 26, 2011

Aku Tertipu Lagi Dengan P1 Wimax


jangan terpedaya dengan gambar ini

Huh....dalam pertengahan bulan ada terima bil wimax melalui email. Terkejut gak tetiba ada nilai -ve RM100 bermakna jimatlah untuk bulan ni. Aku pikir mungkin wimax memberi waiver di sebabkan talian mereka yang boleh di katakan banyak yang teruk berbanding ok. Kalau nisbah peratus tuh, 90% tak boleh pakai dan cuma 10% jer kalau nak ambil kira pun. Tetiba hari nie terima lak email seperti kat bawah;

Dear Mr Hensem (huhuhuh...ayat nie aku reka sendiri),

Due to billing system error, we have inadvertently sent you a wrong email dated between the 18 to 20 May 2011 with the subject “P1 Bill Statement Dated 14/05/2011”. We would like to apologize for this error and any confusion that we might have caused.

Please disregard the email as your plan is not billable. Please note that we have taken all the necessary steps to rectify the problem.

Once again, we would like to apologize for this error.

Thank you for your support and patience.

Best Regards,
P1 4G

Memang hampeh betul wimax nie. Sudah lah sebelum ini aku membayar bil bulanan yang mahal sedangkan perkhidmatan yang aku dapat cuma hampeh. Usahkan nak bagi waiver walaupun dah berpuluh aduan aku buat, malah siap boleh silap hantar email lagi. Nampaknya aku terus menjadi mangsa untuk kesekian kalinya. Bayar mahal tapi service hampeh!!!

Tuesday, May 24, 2011

Benarkah Matlamat Tidak Menghalalkan Cara ?

Terlalu kerap kita mendengar ungkapan "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara'. Terdapat ramai juga pihak yang menggunakannya tetapi tidak mengetahui sumbernya, tidak pula mengetahui bahawa kaedah itu juga ada limitasinya. Sebenarnya bukan semua matlamat tidak menghalalkan cara dan bukan semua matlamat boleh menghalalkan cara. Saya menulis atas dasar akademik dan berharap pembaca boleh membaca dengan teliti, jangan menyalahgunakannya selepas ini, jangan pula terus keliru dengannya.

Saya tidak berhasrat untuk menulis panjang lebar akan asal usul kaedah ini. Tumpuan saya adalah kepada membetulkan kekeliruan faham banyak pihak dalam penggunaannya sahaja.

KAEDAH ATAU TIDAK ?

Ada yang menyatakan ia adalah sebuah kaedah di dalam Islam, atau keadah Fiqh, dan pelbagai lagi, hakikatnya phrasa atau teori atau apa sahaja yang ingin anda namakan ia, iaitu :-

الغاية لا تُبرر الوسيلة

Ertinya : " Matlamat tidak menghalalkan cara"

Ia sebenarnya bukanlah sebuah kaedah di dalam Islam atau Fiqh Islam.

Perlu difahami bahawa untuk digelar sebuah ‘kaedah' sama ada Usuliyyah atau Fiqhiyyah di dalam Islam ia mestilah bersumberkan dalil-dalil al-Quran dan al-Hadis yang pelbagai dan berulang-ulang maksud dan ertinya, hingga boleh dikenal pasti ia adalah adalah satu ‘kaedah teras' dalam hukum-hakam Fiqh. Untuk memahaminya, seperti jika terdapat sebuah lorong jalan raya di lebuh raya yang menurut statistiknya amat kerap berlaku kemalangan, hasilnya lorong tersebut akan diletakkan sebuah papan tanda bergambar tengkorak, ia tatakala itu ia adalah sebagai sebuah ‘kaedah', pemberitahuan kepada semua pengguna jalanraya, bahawa lorong ini merbahaya dan kawasan kemalangan.

MAKA APA SUMBER DAN ASAL USUL TEORI INI?

Ringkasnya, phrasa ini mempunyai sedikit kaitan dengan beberapa teori di dalam pengajian Usul Fiqh seperti :-

"sad az-zari'ah"

Ertinya : Penutupan pintu (keburukan)

Ye, sad az-zarai'e adalah sebuah teori yang popular di dalam bidang Usul Fiqh Islam. Ia memberikan indikasi, bagi menutup pintu-pintu dosa dan haram dari berlaku, maka semua jalan-jalan yang berpotensi untuk menghala dan mendorong kepadanya turut mengambil hukum haramnya. Imam Al-Alusi pernah menyebut sebuah kata-kata kesimpulan bagi keadaan ini iaitu :-

أن للوسائل حكم المقاصد

Ertinya : Bagi hukum sesuatu jalan (cara), adalah mengikuti hukum objektif atau maqasidnya[1]

Namun melihat dan mengamati apa yang disebut oleh Imam al-Alusi ini akan membawa kefahaman seolah-olah ‘matlamat menghalalkan cara', dek kerana hukum jalan adalah mengikuti objektif, justeru jika objektifnya baik, sudah tentu jalannya akan turut diterima dan menjadi baik walaupun ia adalah cara yang haram, begitukah ?

Di sini pembaca perlu berhati-hati, dengan sebuah lagi phrasa berkaitan iaitu ‘Matlamat Menghalalkan Cara', teori ini menurut sumbernya dipopularkan oleh Niccolò Machiavelli di dalam buku tulisannya bertajuk ‘The Prince'.

Jika dirujuk kepada konsep yang digagaskan oleh Machiavelli ini, sudah tentunya Islam menolak ideanya kerana ia tidak mempunyai sebarang limitasi dan panduan. Ia terbuka, untuk apa sahaja cara, selagi mana boleh membawa sesuatu objektif yang ingin diraih dan dikira perlu. Maka lakukankanlah cara itu, ia akan berubah menjadi mulia dan diterima.

HABIS BAGAIMANA ?

Sebenarnya, Islam menolak sebahagian kaedah ‘Matlamat Menghalalkan Cara' dan menerima pula sebahagian bentuknya. Dalam masa yang sama, Islam juga, menerima idea "Matlamat TIDAK Menghalalkan Cara" dan menolak sebahagian dari bentuknya.

Adakah anda sudah keliru?. Untuk lebih jelas, berikut adalah penjelasan lanjutnya.

Apa yang penting, sesudah anda membaca tulisan ini, anda cuma perlu tahu apa bentuk-bentuk yang boleh diterima dan ditolak oleh Islam. Kemudian boleh anda mengguna pakai kedua-dua phrasa yang popular ini, tanpa menelitinya seseorang akan tergolong di dalam kumpulan yang tidak memahami cara penggunaan dan seterusnya tersalah dalam kefahaman dan aplikasinya.

BAGAIMANA DAN BILA ISLAM MENGHALALKAN CARA ?

Dalam keadaan tertentu Islam menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu matlamat yang lebih utama dan besar kepentingannya berbanding cara yang diambil. Bidang yang jatuh dalam kumpulan cara boleh menjadi harus disebabkan matlamat ini HANYA TERGOLONG dalam bidang muamalat harta, jenayah dan keluarga, kerana kebanyakan dari hukuman dalam bidang ini bergantung kepada 'illah atau penentuan sebab utama dan matlamat serta objektif. Adapun, bidang ibadah tidaklah termasuk kerana ia bersifat ta'abudi

Ringkasan hujjah dan dalil bagi keadaan ini adalah :-

1. Firman Allah : -

: فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلا عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Ertinya : Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Al-Baqarah : 173)

Ayat ini jelas menunjukkan bagi mencapai matlamat ‘TERUS HIDUP' iaitu maslahat nyawa, dibenarkan bagi seseorang Islam itu untuk melakukan satu cara yang tidak halal, iaitu memakan makanan yang haram, bagi mencapai matlamatnya iaitu terus hidup. Ini kerana kepentingan nyawa adalah lebih besar berbanding memakan yang haram, justeru dalam keadaan TERPAKSA sahaja, cara yang asalnya HARAM itu menjadi harus buat sementara waktu.

2. Firman Allah swt :-

من كفر بالله من بعد إيمانه إلا من أكره وقلبه مطمئن بالإيمان ولكن من شرح بالكفر صدرا

Ertinya : Barang siapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar. ( An-Nahl : 106 )

Ayat ini juga menunjukkan keterpaksaan dalam menjaga atlamat iaitu nyawa, membolehkan seseorang Islam mengucapkan perkataan kafir, semata-mata untuk mencapai matlamat yang lebih utama, iaitu dengan syarat ia dalam keadaan terpaksa dan hatinya tetap beriman.

3. Hadis Nabawi

ليس الكذاب الذي يصلح بين الناس ويقول خيراً وينمي خيراً

Ertinya : Tiadalah dikira sebagai pembohong, mereka yang memperdamaikan di antara manusia, dan dia berkata yang baik dan berharap hasil yang baik juga. ( Riwayat Muslim)

Imam an-Nawawi ketika menghuraikan hadis ini membawakan kata-kata Ibn Shihab yang mengatakan diberikan keringanan untuk untuk berbohong di dalam tiga keadaan iaitu :-

  1. Peperangan
  2. Memperdamai antara manusia yang bertelagah
  3. Suami kepada isteri dan isteri kepada suami (untuk menuju kepada yang baik sahaja dan tidak sampai memudaratkan keduanya).

Namun Imam At-Tabari tidak bersetuju dan berpendapat yang dibenarkan bukanlah berbohong tetapi adalah tawriah iaitu menyembunyikan hal yang benar dengan cara-cara bijaksana seperti kata-kata yang membawa banyak maksud. [2] Apa yang jelas dari huraian para ulasa silam, mereka sepakat keharusan menipu dalam keadaan terpaksa dan dharurat, namun mereka berbeza tafsiran dalam keadaan biasa demi mencapai matlamat yang halal dan baik. [3]

4. Keadah Umum Fiqh

الضرورات تبيح المحظورات

Ertinya : keadaan terdesak (dharurat) boleh mengharuskan yang haram.

Ini adalah kaedah yang sangat popular dan diketahui umum, walaupun ia hanya relevan di dalam hal terdesak, ia masih satu keadah yang memberikan indikasi matlamat boleh menghalalkan cara dalam sesetengah bentuk dan keadaan


MOGOK LAPAR, FATWA POLITIK DAN KEWANGAN ?

Matlamat akan boleh menghalalkan cara apabila:-

1. MATLAMAT itu adalah terlalu besar sehingga mencapai tahap terdesak. Ia juga digelar kehausan melalui peruntukan rukhshah. Tatkala itu mana-mana CARA yang tidak memberi mudarat kepada orang lain adalah dibenarkan.

2. MATLAMAT : bersifat kebaikan dan demi kepentingan umum yang ternyata melalui indikasi para ulama yang soleh lagi taqwa (bukan ulama dunia lagi jahat). Tidak pula berada di dalam keadaan terdesak (dharurat).

CARA : TIDAK PUTUS berkenaan pengharamannya. Sama ada disebabkan ijtihad berbeza dalam sesuatu perkara. Ia juga biasanya hanya melibatkan hal-hal muamalat ( urusan manusia dengan manusia samada dalam bab kewangan, jenayah dan rumahtangga)

Hanya ‘cara' yang diputuskan secara qatie, seperti minum atau industri arak, zina, perjudian, industri riba, pembunuhan nyawa, murtad dan yang sepertinya tidak akan boleh menjadi harus walau ada yang mungkin berhujjah ia untuk kepentingan atau maslahat umum, kerana tatkala itu hujjahnya adalah bohong semata-mata.

Sebagai contoh cara-cara yang tergolong dalam kelompok boleh menjadi cara yang dibenarkan disebabkan besarnya manfaat dan masalahat pada matlamatnya adalah:

Bab Kewangan : Malaysia mengambil fatwa yang lebih ringan di dalam hal jualan hutang secara diskaun (discounted debt trading), atau jualan al-Inah yang mana kedua-dua jenis jualan ini tidak dipersetujui oleh majoriti ulama di peringkat antarabangsa. Namun dibenarkan oleh majority ulama Fiqh Malaysia atas pelbagai hujjah, antaranya (bukan ini sahaja, hanya antara lain sahaja!) untuk memberikan lonjakan awal perkembangan kepada industri kewangan Islam, kerana cara-cara tersebut lebih mudah dan customer friendly. Justeru tidak boleh untuk kita mengatakan, industri perbankan Islam di Malaysia menghalalkan ‘cara' iaitu merujuk kepada kedua-dua jenis jualan tadi untuk mencapai ‘matlamat' yang murni (iaitu kebangkitan industri kewangan halal di Malaysia). INi kerana kedua-dua cara tadi tidak putus pengharamannya.

Bab Politik : Demikian juga di dalam bab pendekatan politik, seperti ‘mogok lapar' yang heboh baru-baru ini, jika ia merujuk kepada mogok lapar yang sehingga boleh ‘membunuh diri', sudah tentu ia tergolong dalam 'cara' yang dilarang. Namun sekiranya ia adalah satu jenis mogok lapar versi Malaysia iaitu berpuasa sunat bagi yang Islam, dan boleh minum setiap beberapa jam bagi bukan Islam, tentulah ia tidak tergolong dalam ‘cara yang putus hukum haramnya'. Kerana ia tidak memudarat malah tidak membunuh diri. Telah disebutkan sebelum ini, tindakan dalam bidang politik banyak bergantung kepada motif dan objektifnya, selagi caranya tidak secara tepat menyalahi hukum, ia adalah tergolong dalam hal yang mubah (harus). Pun begitu, tidaklah beerti saya menyokong tindakan mogok lapar itu, saya hanya memberitahu penilaian ringkas hukumnya sama ada ia tergolong di dalam 'cara' yang harus atau tidak sahaja.

Perlu diingat, bab politik adalah satu ilmu dan displin yang terlalu banyak flexibiliti di dalam Islam namun ia diikat oleh pelbagai restriction (dhawabid) juga. Hasilnya TIDAKLAH TEPAT untuk dianggap sesuatu pihak atau kumpulan telah menggadai prinsip atau dasar selagi mana tiada tindakan haram secara putus dilakukan.

Sejarah Islam yang silam telah membuktikan kepada kita bagaimana pemerintah Islam mempunyai mandat untuk mengubah ‘cara' tertentu atas target mencapai matlamat yang diijtihadkan lebih besar manfaat buat umat. Sebagai contoh tindakan khalifah Umar al-Khattab r.a untuk tidak menggagihkan tanah Iraq kepada pejuang-pejuang Islam yang berjuang (atas nama ghanimah sepatutnya). Sebaliknya Umar r.a membiarkan tanah itu kekal kepada pemiliknya dan dikenakan cukai kharraj dan jizyah secara berterusan atas dengan maslahat yang lebih besar untuk umat Islam. Sedangkan tindakannya kelihatan secara zahirnya seolah-olah bercanggah dengan peruntukan Al-Quran dan amalan Nabi s.a.w, tindakan beliau juga dibantah oleh Bilal bin Rabah dan Abd rahman Bin Auf, namun Umar yang berhujjah dengan ayat surah al-Hasyr ayat keenam sebagai justifikasi ijtihad dan keputusannya, beliau juga mendapat sokongan majoriti sahabat termasuk Uthman Affan r.a dan Ali k.w.[1]

Justeru itu, di dalam urusan muamalat (urusan manusia dengan manusia) sama ada dari aspek kewangan, politik, jenayah dan rumah tangga, masih terdapat campur tangan isu maslahat dan mafsadah, pertimbangan keduanya adalah terpakai (valid) bagi menentukan sesebuah tindakan itu dibenarkan atau ditolak dalam mencapai sesebuah matlamat yang digariskan.

3. MATLAMAT bersifat kebaikan dan kepentingan awam, manakala

CARA : Disepakati haram namun mudaratnya jauh lebih kecil berbanding manfaat yang amat besar. Seperti melibatkan diri dalam industri ceramah di televisyen, terpaksa bergaul dengan melihat aurat petugas-petugas wanita di set penggambaran. Atau dijemput menjadi penulis artikel tamu berkaitan Islam di sebuah majalah yang bercampur halal dan haram.

Namun demikian, penentuan besar atau kecil, ini sekali lagi amat dibimbangi ditentukan sewenang-wenangnya oleh individu tidak berkelayakan. Justeru, pengesahan ulama atau kumpulan ulama yang bertaqwa lagi berkelayakan adalah perlu demi mengelakkan hukum dipermainkan.

AKHIRNYA

Sekarang, jika masih ingin berhujjah dengan matlamat tidak menghalalkan cara dalam apa jua isu, fahamilah terlebih dahulu bentuk-bentuk yang dibenar dan tidak yang diperuntukan oleh Islam, melalui Al-Quran, Al-Hadis dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin.

Dan jangan lagi sesiapa sahaja dengan mudah, menolak atau mengutuk secara sewenangnya atau pukul rata phrasa sama ada teori ‘matlamat menghalalkan cara' atau ‘matlamat tidak menghalalkan cara'

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Tuesday, May 17, 2011

Fareed Nasi Kandar Asli - Line Clear (JJCM)



Ada yang tengok rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) di TV3 pada hari ahad yang lepas? Rancangan nie bukan kata aku wajib mesti tengok, tetapi rasanya kalau tak keluar pergi mana2, maka mesti akan tengok dengan niat sambil2 nak mencari lokasi baru untuk selera makan. Dan yang menjadi lokasi menarik untuk aku mencuba adalah tempat makan yang di beri nama Fareed Nasi Kandar Asli - Line Clear. Apa yang menjadi tarikan adalah kerana lokasi perniagaannya cuma di bawah pokok jer.



Korang nampak tak berapa panjang yang berbaris tuh? Sesungguhnya aku tidak memiliki tahap kesabaran yang tinggi. Kesian sebab wife aku yang teringin sangat nak makan kat situ dan memang dia yang ajak sebenarnya. Nasib baik la dia tak mengidam lagi kalau tak, aku sanggup gak beratur walau hujan panas sekali pun. Hihihihi..... akhirnya aku cadangkan kat wife aku, ambik gambar jer pastu kita pergi makan kat tempat lain la ek.



Tak salah aku, cuma ini jer meja dan kerusi serta khemah yang di sediakan sekiranya mahu makan kat situ. Dalam satu2 masa berapa orang jer yang boleh makan kat kedai. Selebihnya cuma beli bungkus jer lah. Lagipun operasinya cuma jam 11.30am hingga 3.00pm jer kut kalau tak salah aku. Itu pun dari isnin hingga sabtu dan ahad pula cuti. Agaknya target dia cuma di waktu lunch hour hari bekerja jer kut. Walaupun cuma di bawah pokok cam gitu jer, tapi yang beratur tetap jugak ramai. Tak salah aku bukan di sebabkan promosi kat dalam JJCM jer tapi aku dapat info dari sahabat aku yang memang dah lama kenal tempat ini, memang tak sah kalau tak kena beratur dulu.

Akhirnya singgah makan di Briyani Gam Johor - Periuk. Boleh tahan jugak harganya. Agak sedikit mahal. Belasah jer lah sebab waktu makan tengahari sudah semakin lewat. Sambung pula ke Jusco Metro Prima......

Wednesday, May 11, 2011

Kita Akan Dijemput

Terjumpa klip video nie yang di kongsi oleh seorang rakan di facebook. Lagu lama nyanyian ukays bertajuk Kita Akan Dijemput. Apa yang membuat tertarik untuk di kongsi di sini adalah paparan gambar video yang di hasilkan dan juga lirik lagu tersebut. Layan sket......



Kita Akan Dijemput - Ukays

Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian
Terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia
Bisa bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak di bawa
Amalan seharian itu yang pasti harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi... di saat itulah
Terlihat semua di mana
Tempat kita...

Harus diingat... kita hanya musafir
Yang didatangkan... hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput... untuk pulang
Di jemput pulang

Monday, May 09, 2011

1300-800-Customer CareLine

Tut...tut...tut.....(nada dering macam kelakar)

Untuk tujuan rekod, panggilan ini akan di rakam untuk bla....bla.....bla......(mesin)

Tekan 1 untuk......
Tekan 2 untuk...... dan seterusnya (bercakap dengan mesin)

Tekan 1 untuk......
Tekan 2 untuk...... dan seterusnya (bercakap dengan mesin)

Tekan 1 untuk......
Tekan 2 untuk...... dan seterusnya (bercakap dengan mesin)

Dan seterusnya...seterusnya....seterusnya.....

Harap bersabar....panggilan anda akan di sambung sebentar lagi.

Harap maaf, kesemua operator talian kami sibuk. Anda akan di layan sebentar lagi

Mengambil masa paling kurang 5 minit (mungkin minima)untuk di sambung dengan bahagian perkhidmatan pelanggan. Kemudian terpaksa lagi untuk menunggu dan terus menunggu....

Selepas 10 minit berlalu di talian, jawapan yang di beri cuma anda di minta untuk menghubungi lagi selepas 2-3 hari.

Bukan kali pertama, tapi dah banyak kali.

Pembatalan Servis Broadband - Berhati-hati Jika Tidak Dibuat Secara Rasmi (mengisi borang)

Salam di pagi isnin kepada semua....

Lupa nak berkongsi dengan pembaca mengenai pembatalan servis broadband. Masa balik kampung itu hari ada pegi ke Celcom Service Centre di Taman Sri Cemerlang, Kota Bharu untuk di buat pembatalan servis atas faktor2 tertentu. Hahahah....ayat baik punya kan Celcom? Apa lagi kalau bukan di sebabkan servis yang hampeh kan? (capaian internet yang perlahan)

Akaun broadband nie kepunyaan kakak aku dan setelah lebih setahun menggunakannya dengan penuh kesabaran (semata2 nak habiskan kontrak - terpaksa), akaun tersebut telah di potong setelah lewat membayar beberapa hari pada bulan terakhir. Kebetulan masa balik kampung itu hari, kakak aku minta tolong ke service centre untuk di tamatkan terus perkhidmatan tersebut.

Setelah di minta dan siap isi borang pembatalan servis, telah di maklumkan oleh kerani perkhidmatan pelanggan, untuk membayar sejumlah amaun sebanyak RM140 (lebih kurang). Sedikit kehairanan kerana;
  1. talian telah di potong melebihi seminggu
  2. bil bulanan cuma RM68
  3. tetap kena bayar walaupun perkhidmatan sambungan internet telah di potong - alasan untuk bayaran caj tertentu (di sebut nama caj tersebut tapi kurang jelas & faham)
Bayaran RM100 di buat melalui mesin dan telah di maklumkan akan di pulangkan wang lebihan melalui cek sekiranya ada. (lebihan wang yang dikenakan masa pendaftaran).

"Sekadar berkongsi, sekiranya ada pemilik akaun yang ingin membuat pembatalan servis walaupun telah tamat tempoh kontrak atau juga telah di potong perkhidmatannya, caj ke dalam bil masih lagi di kira (tetap berjalan) selagi tidak di buat pembatalan secara rasmi di kaunter dengan mengisi borang tertentu."

Aku pun tak pasti sangat bab2 nie, walaupun secara logiknya macam tidak masuk akal jer kan? Macam mana kita kena bayar duit atas perkhidmatan yang tidak dapat di gunakan (setelah di potong)? Macam nie ker cara nak "membuncitkan perut" melalui kontrak2 yang telah tertera di belakang borang masa nak buat pendaftaran dulu? Aku percaya berapa peratus sangat yang membaca terma2 kontrak yang tertera di belakang borang semasa membuat pendaftaran dulu kan?

berhati2 dengan caj tersembunyi.....

*update: (01/09/2012)


sila klik pautan gambar di atas di sini.

Oh...rupanya memang ada & wujud prosedur syarikat mengenai hal ini yer. Jadi kena berhati2 dan jangan ambil mudah apabila telah dipotong bil & digantung perkhidmatan. Bil anda masih lagi berjalan dan perlu di buat pemotongan secara rasmi di mana2 Service Centre.

*ingin baca lagi? : Simpan Setiap Resit Pembayaran Yang Telah Dibuat



Thursday, May 05, 2011

Ambil Kesempatan Atas Kelemahan Orang Lain

Petang tadi ada terbaca dalam status facebook seorang sahabat. Di tulisnya dalam english dan aku cuba terjemahkan mengikut pemahaman aku yang belajar setakat SPM jer nih. Maksudnya lebih kurang begini (dalam bentuk pertanyaan) "Kenapakah manusia suka mengambil kesempatan ke atas orang yang baik hati?". Begitulah luahan hatinya yang di tulis dalam status facebook tadi.

Mungkin itu maksudnya, tapi nak di terjemahkan 100% seperti kehendak @ keinginan hatinya susah sket ler sebab hanya dia yang tahu maksud yang ingin di sampaikan sebenarnya. Dan aku merasakan ada sesuatu yang ingin di sampaikan. Malah status tersebut juga telah di padamkan. Kami sempat gak berbalas komen berhubung status ini tadi.

Aku juga ingin bertanya kepada mereka yang sudi menjawab. Kenapakah perkara sebegini selalu berlaku. Siapa yang bersalah sebenarnya?
  1. Adakah sikap manusia yang memang suka mengambil kesempatan atas kelemahan insan lain? atau
  2. Adakah insan yang baik hati itu terlalu memberi peluang dan ruang kepada orang lain untuk di ambil kesempatan ke atas dirinya?
Jika ada antara yang sudi berkongsi pengalaman dan memberi idea, elok juga kerana sahabat aku pun kekadang ada gak membaca blog aku nih. Manalah tau boleh memberi apa2 input kepada dia.