Tuesday, April 12, 2011

Proton Persona Memang Banyak Masalah

Aku ada terbaca dalam blog sharinginfoz mengenai masalah cermin kereta persona yang mengalami masalah iaitu ada mengeluarkan bunyi. Setelah di hantar ke bengkel, sharinginfoz telah di kenakan caj sebanyak seratus lebih di sebabkan masalah tersebut. Di sini aku juga ingin berkongsi mengenai maslah kereta aku yang masih belum selesai masalahnya.

Kereta aku baru berusia tak sampai 6 bulan pun lagi. Keluar dari kedai itu hari pada akhir bulan Oktober tahun lepas. Selepas seminggu, masalah pertama telah aku alami berkaitan dengan kereta ini iaitu air bertakung yang memenuhi ruang karpet dalam. Aku pernah menulis entri sebelum ini dan ada kat Proton Produk Bermasalah, Proton Part 3 & Kereta Baru Bermasalah.

Setelah 3 kali ulang alik, barulah masalah tersebut dapat di atasi itupun setelah ke Pusat Servis Proton yang lebih besar sket iaitu kat Damansara. Walaupun karpet tersebut telah menghasilkan bau yang semerbak harum, usahkan nak di cadangkan untuk menukar karpet baru, nak sedut dengan hampagas pun hareemmmm. Punya la bagus servis kat Damansara nih. Macam hampeh lak rasanya. Masalah karpet basah nie berpunca daripada getah yang tidak kemas & ada ruang untuk air masuk. Jadi dia cuma baiki getah tersebut dan karpet basah bukan masalah dia walaupun masih dalam warranty. Baru seminggu pakai okeh!

Kereta aku cuma baru dua kali servis iaitu seris pertama 1000km ( dan juga servis 5000km. Pada servis kali ke-2 (akhir bulan januari) masalah baru timbul iaitu cermin kereta yang mengeluarkan bunyi semasa hendak turun dan menaikkan cermin. Setelah seharian tinggal kereta di bengkel, cuma jawapan ringkas yang di beri iaitu tiada alat ganti & perlu di pesan terlebih dahulu serta di janjikan akan di hubungi dalam tempoh terdekat.

Setelah 2-3 minggu berlalu, tanpa ada panggilan seperti di janjikan aku sekali lagi ke pusat tersebut. Setelah kereta di tinggalkan (waktu pagi) dan di ambil pada petang, masalah tetap sama walaupun telah di dakwa alat ganti yang rosak tersebut telah di tukar baru. Alasannya bila di tanya, biasalah barang baru memang ada keluarkan bunyi dan di nasihatkan untuk terus guna dulu. Tapi sampai sekarang dah nak masuk servis 10,000km bunyi sama tetap masih ada. Esok lusa aku nak pergi lagi sekali & nak tanya apa masalah dia sebenarnya. Inilah produk kebanggaan kita. Menyuruh untuk kita menyokong produk tempatan tetapi kualiti entah kemana.

update:
Lawatan Ke-9 Baru Selesai Masalah Di Pusat Servis Proton (07/09/2011)

27 comments:

NM02 said...

aloh... sama la mcm kes kawan opis saya. kete dia air bertakung..

mama maman said...

masalah keta kita lak... maintance high giler... smpi tuan dia high nak cr ongkos... smpi skrg tak buat2... tak berjale mano la gamoknya...

sarah-najwan said...

gtu ka..
yg kete myB akak pun
ada bunyi gak..berdaung masa psang ekon..berapa kali baiki pun camtu gak..

amirah said...

taktau la nak ckp camne..tapi mmng byk jugakla problem ngan persona kitorng..

Sharinginfoz said...

Rasanya sebab banyak sangat kereta ini dikeluarkan dan tak boleh jaga kualiti tapi itu bukan alasan, harap dapat selesaikan masalah, customer kena jaga

azzey said...

mcm mana kita nak sokong org luar beli produk kita ;klu kita sendiri pun dh rs cuak nak beli.....yelah bila dh terkena baru kita tau mcm mana kannnnnnn....

Cik SHiNJU said...

Sama jek proton ngn perodua...
Jgn salahkan rakyat kalau kami lebih suka beli keta import..Alah membeli menang memakai..nk dpt duit bukan senang..x berbaloi buat amal kat kompeni tempatan kalau gitu gayanya...

relevan said...

Proton pentingkan kuantiti dari kualiti agaknya..

Kakzakie said...

Alahai kakak baru cadang nak cari persona tapi hubby suruh ambil City. Kakak tak biasa bawa auto tu yg nak cari Persona yg manual. Dengar cam gini kena pulak....

wahida said...

adeh la...bukan nak mengutuk barangan buatan Malaysia, tapi inilah hakikatnya, proton saya lak masalah tingkap belakang...malas nak citer..sakit hati jer...grrrrr!!

eelobor said...

NM02: ada gak kawan opis yang mengalami nasib yang sama eh?

mama maman: bukan awak pakai "BMW" eh?...huhuhuhuh

sarah-najwan: perodua pun sama eh?

amirah: hahaha, dah banyak dengar rungutan yang sama

sharinginfoz: betul, kualiti kena jaga sebab setiap bulan kita bayar dengan wang ringgit kan?

azzey: awak pakai honda kan? huhuhuhu, tak mampu saya... mengidam jer lah

cik shinju: yes...u rite. saya sokong!

relevan: banyak masyuk...komplen boleh pekakkan telinga

kakzakie: kalau nak banding keinginan akak ngan suami, bagaikan langit & bumi. tepuk dada tanya selera. kena pikir banyak kali tau sebelum buat keputusan agar tak menyesal bayaran bulanan

eelobor said...

wahida: gitulah gamaknyer.....

bunga said...

bunga xpernah pakai..n xtau lak..hehe

Hanis Azla said...

keta mesia saya sejak beli sampai dah habis bayar tak setel juga masalahnya.. kat dashboard tu berbunyi2..

jinkamen said...

salam
koi amik waja tahun 2005, masa tu katanya semua masalah dah diatasai -enhane kata salesman te...masuk tahun ke 2 tingkap pemandu ngan penumpang takleh naik-turun. tahun 3 bunyi krok krek kat absober kat belakang belah kiri, koi tunggu nak abis bayor jek 9 tahun

Amy Syaquena said...

Amy tak tahu sangat la sebab x pernah pakai dan naik kereta tue huhuhu~..

JunAina said...

beli keta ni ikut rezeki jugak, sekiranya bernasib baik ok je kalau tak memang masak le berulang ke service center.

kak aina guna saga BLM dah 3 tahun, alhamdulillah setakat ni tak ada masalah. cuma power window baru2 ni buat hal, anak buah turunkan habis dan tak leh naikkan balik. buka & naikkan manually sampai hari ni tak gi baiki pun. bayar tol buka pintu...letey...

padlie said...

beli kereta malaysia ni mcm berjudi.. untung nasib, kereta elok.. tapi rugi tu plg banyak..

pernah berbual ngan QA proton, dia pesan jangan ambik kereta yg keluar time proton umum bonus. banyak kes sabotaj..

pengalaman sy tahun 2005, sy ambik hyundai, pok sdara ambik Waja.. Harga lebih kurang. Dlm 6 thn ni dia tukar banyak dah spare part.. sy tukar tayar, bateri & pam clutch (RM80) je.. jauh beza..

macam mana nk beli proton?

siti murni said...

Alahaiii...susah nak jangka dengan produk Proton dan Perodua. Ada yang bernasib baik, okey je keta nya...ada yang tak bernasib baik, macam2 masalah yang kritikal. Diorang memang kena improve after sales service lah..asyik di takuk lama je..

eichikatsu said...

Aku pon pakai persona elegance bro,bln 6 thn lps kua..hehe..Alhamdulillah tade prob cume 1 je prob,minyak x pernah turun rege..hahaha...
siap aku DIY mcm² la kete tuh,carbon fiber,led keyring kt tempat kunci,bagai² sume..join club tp now da slow..boring...


BTW, mai page baru aku http://eichikatsu.co.cc/


:)

meriahceria said...

ohoh...saya sangat setuju awak, sy pun ada wat post....sy lepas 6 bulan beli persona elegance ni, kereta sangkut kat hutan tapah, sebab apa?BATERI KONG!..hampeh.....

nasero ghima said...

oloh, ambo baru akat persona baru sebulan...setakat ni ok lagi, ambo tergoda denge bonet besar dio tuh..hok lain tu ambo keno pejam mato jah, power window, bunyi, sebab ambo tahu "padan muko ambo gi beli kereta proton"...

Anonymous said...

kereta saya pulak kerangka xrapat pada bahagian kiri..nampak sangat xrapat pintu penumpang bahagian kiri dengan sirip tepi kiri.."BELI DAN SOKONG LA BUATAN MALAYSIA",

Anonymous said...

adessss...bru cdang nk amik prsona...luluh hati dgr byk sgt problemnye...tpkse la amik vios gamaknye....

Anonymous said...

T_T... aku baru je plan nak amik Persona. Hancur lulul hatiku... Apo pown mekaseh pada korang2 kat atas ni yang share pengalaman korang ngan kete nie... tak jadi le aku amik persona dan yg sewaktu dengannya...

Anonymous said...

Samo la kete persona ambo, aritu gi service center kt shah alam claim untuk manifold, last2 tak lulus claim insuren sbb tak ikut service kilo. dah la air con motor berbungi dan absorber belakang krok krek krok krek..sabo je la. abis utang kete, klu ada rezeki nak cari kete jepun je. biar mahal asal puas ati.

Anonymous said...

setahun 7 bulan i guna persona..alhamdullah..no issue pun...
untuk infomation u all...
production mana2 pun sama je..tetap ada minor problem..
i dan guna toyota vios 2012...sama jugak...stering problem,n enjin bunyi terlampau bising mcm bunyi besi berketuk.
last2..pg sv centre..settlr mslah..
pointnya adalah..._ servis centre yg tak tak ok..bukan proton..kalau blh pg branch..jgn pg dealer..dealer nie mengarut..mcm kedai pomen pokok ceri jugak... cop je proton/perodua/toyota/honda.