Sunday, April 10, 2011

Kelantan Berpesta Gol Dengan Jaringan Besar




KELANTAN - 6

Mohd Shakir Shaari (m-33)
Norshahrul Idlan Talaha (m-40)
Mohd Nizab Ayub (m-60, 71)
Danial Fadzly Abdullah (m-82)
Mohd Izuan Salahuddin (m-89)

KL FELDA UNITED FC - 0



KOTA BHARU – Kelantan kembali merampas kedudukan selaku pendahulu liga setelah berpesta gol membelasah KL Felda United FC 6-0 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Lebih manis lagi, kemenangan bergaya Kelantan malam tadi turut dibantu dengan kekalahan mengejut 0-2 Selangor kepada T-Team di Shah Alam sementara rekod tanpa kalah Perak dalam sepuluh perlawanan akhirnya lebur setelah kecundang 1-2 kepada Sabah di Kota Kinabalu.

Beraksi dihadapan hampir 18,000 penyokong setia The Red Warriors, ternyata anak buah Datuk M Karathu mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk kembali memimpin carta liga menerusi kemenangan terbesar pernah dicatatkan sejak sepuluh perlawanan lalu.

Seawal minit pertama, The Red Warriors yang turun tanpa perancang utama, Muhd Badhri Radzi menghadirkan ancaman berbahaya menerusi hantaran lintang mengelirukan oleh Solehin Kanasian Abdullah yang menyaksikan pemain pertahanan, Azi Shahril Azmi terpaksa mengeluarkan bola daripada kawasan merbahaya didepan pintu gol pasukannya.

Kelantan nyaris memperolehi gol pertama menerusi S Chanturu pada m-16 namun rembatannya terus ke dakapan Mohammad Faizal Abdul Rashid setelah rembatan susulan Mohd Daudsu Jamaluddin sebelum itu tertampan pertahanan lawan.

Pada m-29, giliran Danial Fadzly Abdullah pula hampir meletakkan Kelantan didepan namun rembatannya daripada jarak 35 meter sedikit melewati pintu gol biarpun penjaga gol pasukan pelawat, Mohammad Faizal sudah terkeluar daripada posisinya.

Pada m-33, pemain tengah, Mohd Shakir Shaari menggamatkan suasana di Stadium Sultan Muhammad IV apabila rembatan kencangnya daripada jarak 35 meter tepat menerjah jaring sebelah kiri pintu gol pasukan pelawat untuk menghasilkan gol pertama Kelantan.

Pada m-40, Felda United FC terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah pemain pertahanan, Abdul Ghani Abdul Rahman dilayangkan kad kuning kedua kerana menjatuhkan Chanturu didalam kotak penalti. Pengadil perlawanan, Mohd Nazeer Mohd Said tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti untuk Kelantan. Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha tenang menyepak masuk ke penjuru sebelah kiri untuk menghasilkan gol kedua Kelantan.



Minit-minit akhir babak pertama, salah faham yang berlaku diantara Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid dan Zairul Fitree Ishak hampir mengundang padah apabila bola disambar pemain Felda United FC, Md Hasmarul Fadzir Hassan namun rembatannya sedikit melewati pintu gol Kelantan.

Bersambung babak kedua, Kelantan yang melakukan sepak mula meneruskan ancaman merbahaya menerusi rembatan kencang Mohd Rizal Fahmi yang menyaksikan sedikit tersasar disebelah kanan pintu gol Felda United FC.

Felda United FC yang ternyata tempang beraksi dengan 10 pemain dalam perlawanan malam tadi begitupun turut mempunyai peluang terbaik pada m-54 menerusi sepakan percuma oleh Farderin Kadir namun penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mudah membaca rembatannya.

Empat minit kemudian, bekas pemain Selangor musim lalu, Liew Kit Kong turut mensia-siakan peluang terbaik pasukannya untuk merapatkan jurang apabila menanduk liar sepakan percuma yang diambil rakan sepasukan, Mohd Syazwan Zainol.

Pemain gantian, Mohd Nizab Ayub meneruskan malam ‘kenduri gol’ pasukan Kelantan apabila mudah menanduk masuk bola hasil lantuman rembatan Chanturu pada m-60 untuk gol ketiga Kelantan.

Pada m-71, Mohd Nizab sekali lagi membuktikan sentuhan penyudahnya apabila bijak menyempurnakan hantaran pendek Solehin Kannasian menerusi rembatan kencang menewaskan Mohd Faizal untuk menghasilkan gol keempat Kelantan.

Pemain tengah, Danial Fadzly Abdullah turut mencipta nama sebagai penjaring gol Kelantan pada perlawanan malam tadi apabila sepakan percumanya cantik menerjah jaring gagal diselamatkan Mohammad Faizal pada m-82 perlawanan.

Pemain Piala Presiden Kelantan, Mohd Izuan Salahuddin yang masuk menggantikan Chanturu pada m-77 perlawanan menutup tirai pesta gol Kelantan dalam perlawanan malam tadi menerusi rembatan cantiknya daripada luar kotak penalti pada m-89 untuk menghasilkan gol keenam Kelantan.

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Danial Fadzly Abdullah, Shakir Shaari (Khairan Eruan Razali), Solehin Kanasian Abdullah, Norshahrul Idlan Talaha (KP)(Mohd Nizab Ayub) dan S Chanturu (Mohd Izuan Salahuddin).

FORMASI : 4-4-2

KL FELDA UNITED FC : Mohammad Faizal Abdul Rashid, Abdul Ghani Abdul Rahman, Rames Lai Ban Huat, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain (KP), Mohd Nizam Abu Bakar, Mohd Badrul Azam Zamri (Md Hasmarul Fadzir Hassan), Azi Shahril Azmi, Mohd Syazwan Zainol (Mohd Nizaruddin Yusof), Liew Kit Kong, Mohd Azrul Ahmad (K Rajan) dan Farderin Kadir.

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan (3) KL Felda United FC (3)
Percubaan tersasar : Kelantan (7) KL Felda United FC (3)
Sepakan sudut : Kelantan (8) KL Felda United FC (2)
Sepakan percuma : Kelantan (21) KL Felda United FC (15)
Offsaid : Kelantan (3) KL Felda United FC (1)
Kekasaran : Kelantan (12) KL Felda United FC (18)
Kad kuning : Kelantan (Zairul Fitree Ishak dan Mohd Nurul Azwan Roya) KL Felda United FC (Liew Kit Kong, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain, Md Hasmarul Fadzir Hassan dan Azi Shahril Azmi)
Kad merah : Abdul Ghani Abdul Rahman
Masa tambahan : Empat minit
Penguasaan bola : Kelantan (60%) KL Felda United FC (40%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Mohd Nazeer Mohd Said
Penolong Pengadil 1: Yusri Mohamad
Penolong Pengadil 2: Mohd Fadli Ishak
Pegawai Keempat : Mohd Zairul Azril Zakaria
Komisionel Perlawanan : Nik Ahmad Nik Yaakub
General Kordinator : Arif Hassan

album gambar perlawanan antara Kelantan vs Felda United boleh tengok di sini.

credit to Mr.Mazram

5 comments:

bunga said...

yeaaaaaaa...lama dah bunga xtengok bola ni..xsempat..hehe...Alhamdulillah menang..yeyeye..

Hanis Azla said...

tahniah utk pasukan kelantan.. wah makin hebatlah..

Sharinginfoz said...

Yes, menang besar, pastikan main dengan lebih baik selasa ini live lawan perak di astro arena

relevan said...

Tahniah Kelantan !

Kalamhati said...

yeehuuuu!TRW meme hebak!hehe