Thursday, April 07, 2011

Kedai Nasi Arab Di Gombak - Al Amin Corner

Seharian tak update blog hari nie. Takde benda sangat nak berkongsi walaupun ada banyak sangat nak bercerita. Biasalah, ada benda boleh di tulis di sini dan ada yang amat2 tidak sesuai untuk di tulis.

Tadi sedang2 dok baca blog kekawan, jumpa entri menarik. Apa lagi kalau bukan pasal entri makanan kan? Huhuhu.....sebelum baca entri di blog kak ina kl, aku dah terlintas pun nak makan nasi arab nie. Mana nak cari kawasan gombak nih. Begitulah apabila kita berniat dan kemudian termakbul apabila terbaca entri di sini. (blog kak ina kl)


makan malam nasi
mandy kambing & ayam salai


sedap woooo, ayam salai RM5.50 dan
nasi mandy kambing RM17

Yang paling aku berpuas hati adalah servis yang cepat. Boleh di katakan tak sampai 5 minit, pesanan aku dah siap. Mana2 kedai makanan, bila servis cepat dan mesra pelanggan, memang kita akan berpuas hati. Tambahan pula, harga yang berbaloi dan rasa yang boleh di kategorikan sama dengan mana2 kedai nasi arab2 fofular lain yang pernah aku makan sebelum ni.

Akupun tak bawak kamera, jadi tak boleh la nak ambik gambar sebab niat pun nak beli bungkus balik makan kat umah jer. Tetapi jika sesiapa nak tengok gambar boleh ke blog ka ina dengan tekan link kat atas sana nuh. Sebenarnya banyak lagi menu2 lain. Sesiapa yang dok area gombak bolehlah kalau nak merasa nasi arab sekali sekala tuh. Alamat seperti di bawah (ambik kat blog kak ina):

Alamat :
Al-Amin Food Corner
No 15, Jalan 6, Taman Batu Off Greenwood Park
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 019-321 1911

korang perasan tak? dietku dan hancussssssssssss......

26 comments:

deqlis said...

leh serbu nie...hehe..

eelobor said...

memang tak rugi tau kalau serbu....

Sharinginfoz said...

Sedapnya bro tengok nasi tu memang beras di panjang2

eelobor said...

sharinginfoz: yup...beras dia memang panjang2. nasi pun banyak gak, kalau sorang makan tuh memang tahap kenyang ler. kalau tak kenyang jugak mesti makan bersama ngan "tok gawwo"

Kalamhati said...

Sedapnyo wess!
kalu turun kl demo keno blanjo ambo ni..
hehe

eelobor said...

kalamhati: belanja aiskreng polipong dessss....huhuhuuh

*∽ IZAN ∽* said...

nampak menarik je nih. Diet...? alaaa.. tahun depan je laaa.. hehehehe

eelobor said...

izan: hehehehe.....setuju bab tahun depan. trima kasih krn memahami

♥NiniHartini♥ said...

waaaaah. bagus2 dah tau port utk nasi arab. Family saya sgt suka mkn nasi arab. dulu selalu mkn di upten kt uniten. tp dah xde. then pergi kt alamanda ke cyberjaya eh? x ingt. pergi sekali je dulu...

kali ni batu caves pula..ok2 boleh try nnt.

eelobor said...

NiniHartini: kawasan KL memang banyak. saya pun merata2 gak pegi mencuba sehingga dok gombak pun boleh sampai ke cyberjaya. area bukit bintang memang banyak restoran2 arab.

kak ina kl (2) said...

patutlah boleh gi terus..rupernya duk kat area sini gak..sedap kan ..akak suka ayam salai tu..


betul kata kamu tu..servis memang cepat sungguh.

akak ambik no phone tu ek..

Amy Syaquena said...

next time turun k.l boleh gi nie..

mamawana said...

Sedapnya nasi Arab, nasi Mandy... tetapi kadang2 masakan depa ni masin...kuat garam... betul ker?

eelobor said...

kak ina: no tipom tu pun saya dapat kat bungkusan tadi...

amy: hehehe, kena cuba tuh

mamawana: masin? biasa jer kut. tak tahu la pulak orang lain

puteri ain said...

nasi ayam ?? arghh..sedappp...haha

kakchik@ella said...

boleh la kakchik cuba nanti. Al-Rawsha makanan sedap .. servis lembap. hihi ..

Camie Shid said...

Nasi arab.... napok sedap tu wesss... tp kat kb ni mano nok cari...?

eelobor said...

puteri ain: hehehe, ayam salai tuh sedap gak rasanya.....

kakchik: setuju sangat2. saya 2 kali ke sana. sudahlah servis lembab, mahal lak makanan kat situh.

camnie shid: di kota bharu dulu ada 2 tempat yg saya tahu. bersebelehan dengan istana kota lama, jalan sultanah zainab (tepi restoran shafie) sudah ditutup. yang ada sekarang cuma di Restoran Arabesque iaitu Jalan Dato' Lundang (jalan yaakubiah). nak senang lagi berhadapan dengan gerai jual nasi berlauk pagi (pohon kekkut)

ShafiqIzwan said...

kaw kaw makan nie. haha,

mama tisya said...

dkt je ngan umh my mum ..diorang dh try mkn aritu,katanye sedap..

Kakzakie said...

Ini makan sendiri atau share dgn mama Muaz sekali? Nampak banyak sngat. Sedapnyeeerrr....

Terkenang makan kat Mekah/Madinah pulak....

ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ said...

takpe..pas makan leh sambung diet balik! haha!

relevan said...

Nasik ayam salai..uhhh sedap..

wahida said...

dah lama teringin nak mkn kat Saba..tapi asyik tertangguh jer...

Azueriena Norash said...

wahh nampak sedap nie...baru nengok kat umah kak ina kl...hehehehe

makcikkantin said...

Wah eel,

Dahlah ada ayam....kambing lagi dok mengembek manja tu....mana tak hancusss diet. Ya, selamat menghancurkan diet anda.