Tuesday, April 12, 2011

Proton Persona Memang Banyak Masalah

Aku ada terbaca dalam blog sharinginfoz mengenai masalah cermin kereta persona yang mengalami masalah iaitu ada mengeluarkan bunyi. Setelah di hantar ke bengkel, sharinginfoz telah di kenakan caj sebanyak seratus lebih di sebabkan masalah tersebut. Di sini aku juga ingin berkongsi mengenai maslah kereta aku yang masih belum selesai masalahnya.

Kereta aku baru berusia tak sampai 6 bulan pun lagi. Keluar dari kedai itu hari pada akhir bulan Oktober tahun lepas. Selepas seminggu, masalah pertama telah aku alami berkaitan dengan kereta ini iaitu air bertakung yang memenuhi ruang karpet dalam. Aku pernah menulis entri sebelum ini dan ada kat Proton Produk Bermasalah, Proton Part 3 & Kereta Baru Bermasalah.

Setelah 3 kali ulang alik, barulah masalah tersebut dapat di atasi itupun setelah ke Pusat Servis Proton yang lebih besar sket iaitu kat Damansara. Walaupun karpet tersebut telah menghasilkan bau yang semerbak harum, usahkan nak di cadangkan untuk menukar karpet baru, nak sedut dengan hampagas pun hareemmmm. Punya la bagus servis kat Damansara nih. Macam hampeh lak rasanya. Masalah karpet basah nie berpunca daripada getah yang tidak kemas & ada ruang untuk air masuk. Jadi dia cuma baiki getah tersebut dan karpet basah bukan masalah dia walaupun masih dalam warranty. Baru seminggu pakai okeh!

Kereta aku cuma baru dua kali servis iaitu seris pertama 1000km ( dan juga servis 5000km. Pada servis kali ke-2 (akhir bulan januari) masalah baru timbul iaitu cermin kereta yang mengeluarkan bunyi semasa hendak turun dan menaikkan cermin. Setelah seharian tinggal kereta di bengkel, cuma jawapan ringkas yang di beri iaitu tiada alat ganti & perlu di pesan terlebih dahulu serta di janjikan akan di hubungi dalam tempoh terdekat.

Setelah 2-3 minggu berlalu, tanpa ada panggilan seperti di janjikan aku sekali lagi ke pusat tersebut. Setelah kereta di tinggalkan (waktu pagi) dan di ambil pada petang, masalah tetap sama walaupun telah di dakwa alat ganti yang rosak tersebut telah di tukar baru. Alasannya bila di tanya, biasalah barang baru memang ada keluarkan bunyi dan di nasihatkan untuk terus guna dulu. Tapi sampai sekarang dah nak masuk servis 10,000km bunyi sama tetap masih ada. Esok lusa aku nak pergi lagi sekali & nak tanya apa masalah dia sebenarnya. Inilah produk kebanggaan kita. Menyuruh untuk kita menyokong produk tempatan tetapi kualiti entah kemana.

update:
Lawatan Ke-9 Baru Selesai Masalah Di Pusat Servis Proton (07/09/2011)

Sunday, April 10, 2011

Kelantan Berpesta Gol Dengan Jaringan Besar




KELANTAN - 6

Mohd Shakir Shaari (m-33)
Norshahrul Idlan Talaha (m-40)
Mohd Nizab Ayub (m-60, 71)
Danial Fadzly Abdullah (m-82)
Mohd Izuan Salahuddin (m-89)

KL FELDA UNITED FC - 0



KOTA BHARU – Kelantan kembali merampas kedudukan selaku pendahulu liga setelah berpesta gol membelasah KL Felda United FC 6-0 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Lebih manis lagi, kemenangan bergaya Kelantan malam tadi turut dibantu dengan kekalahan mengejut 0-2 Selangor kepada T-Team di Shah Alam sementara rekod tanpa kalah Perak dalam sepuluh perlawanan akhirnya lebur setelah kecundang 1-2 kepada Sabah di Kota Kinabalu.

Beraksi dihadapan hampir 18,000 penyokong setia The Red Warriors, ternyata anak buah Datuk M Karathu mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk kembali memimpin carta liga menerusi kemenangan terbesar pernah dicatatkan sejak sepuluh perlawanan lalu.

Seawal minit pertama, The Red Warriors yang turun tanpa perancang utama, Muhd Badhri Radzi menghadirkan ancaman berbahaya menerusi hantaran lintang mengelirukan oleh Solehin Kanasian Abdullah yang menyaksikan pemain pertahanan, Azi Shahril Azmi terpaksa mengeluarkan bola daripada kawasan merbahaya didepan pintu gol pasukannya.

Kelantan nyaris memperolehi gol pertama menerusi S Chanturu pada m-16 namun rembatannya terus ke dakapan Mohammad Faizal Abdul Rashid setelah rembatan susulan Mohd Daudsu Jamaluddin sebelum itu tertampan pertahanan lawan.

Pada m-29, giliran Danial Fadzly Abdullah pula hampir meletakkan Kelantan didepan namun rembatannya daripada jarak 35 meter sedikit melewati pintu gol biarpun penjaga gol pasukan pelawat, Mohammad Faizal sudah terkeluar daripada posisinya.

Pada m-33, pemain tengah, Mohd Shakir Shaari menggamatkan suasana di Stadium Sultan Muhammad IV apabila rembatan kencangnya daripada jarak 35 meter tepat menerjah jaring sebelah kiri pintu gol pasukan pelawat untuk menghasilkan gol pertama Kelantan.

Pada m-40, Felda United FC terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah pemain pertahanan, Abdul Ghani Abdul Rahman dilayangkan kad kuning kedua kerana menjatuhkan Chanturu didalam kotak penalti. Pengadil perlawanan, Mohd Nazeer Mohd Said tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti untuk Kelantan. Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha tenang menyepak masuk ke penjuru sebelah kiri untuk menghasilkan gol kedua Kelantan.



Minit-minit akhir babak pertama, salah faham yang berlaku diantara Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid dan Zairul Fitree Ishak hampir mengundang padah apabila bola disambar pemain Felda United FC, Md Hasmarul Fadzir Hassan namun rembatannya sedikit melewati pintu gol Kelantan.

Bersambung babak kedua, Kelantan yang melakukan sepak mula meneruskan ancaman merbahaya menerusi rembatan kencang Mohd Rizal Fahmi yang menyaksikan sedikit tersasar disebelah kanan pintu gol Felda United FC.

Felda United FC yang ternyata tempang beraksi dengan 10 pemain dalam perlawanan malam tadi begitupun turut mempunyai peluang terbaik pada m-54 menerusi sepakan percuma oleh Farderin Kadir namun penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mudah membaca rembatannya.

Empat minit kemudian, bekas pemain Selangor musim lalu, Liew Kit Kong turut mensia-siakan peluang terbaik pasukannya untuk merapatkan jurang apabila menanduk liar sepakan percuma yang diambil rakan sepasukan, Mohd Syazwan Zainol.

Pemain gantian, Mohd Nizab Ayub meneruskan malam ‘kenduri gol’ pasukan Kelantan apabila mudah menanduk masuk bola hasil lantuman rembatan Chanturu pada m-60 untuk gol ketiga Kelantan.

Pada m-71, Mohd Nizab sekali lagi membuktikan sentuhan penyudahnya apabila bijak menyempurnakan hantaran pendek Solehin Kannasian menerusi rembatan kencang menewaskan Mohd Faizal untuk menghasilkan gol keempat Kelantan.

Pemain tengah, Danial Fadzly Abdullah turut mencipta nama sebagai penjaring gol Kelantan pada perlawanan malam tadi apabila sepakan percumanya cantik menerjah jaring gagal diselamatkan Mohammad Faizal pada m-82 perlawanan.

Pemain Piala Presiden Kelantan, Mohd Izuan Salahuddin yang masuk menggantikan Chanturu pada m-77 perlawanan menutup tirai pesta gol Kelantan dalam perlawanan malam tadi menerusi rembatan cantiknya daripada luar kotak penalti pada m-89 untuk menghasilkan gol keenam Kelantan.

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Danial Fadzly Abdullah, Shakir Shaari (Khairan Eruan Razali), Solehin Kanasian Abdullah, Norshahrul Idlan Talaha (KP)(Mohd Nizab Ayub) dan S Chanturu (Mohd Izuan Salahuddin).

FORMASI : 4-4-2

KL FELDA UNITED FC : Mohammad Faizal Abdul Rashid, Abdul Ghani Abdul Rahman, Rames Lai Ban Huat, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain (KP), Mohd Nizam Abu Bakar, Mohd Badrul Azam Zamri (Md Hasmarul Fadzir Hassan), Azi Shahril Azmi, Mohd Syazwan Zainol (Mohd Nizaruddin Yusof), Liew Kit Kong, Mohd Azrul Ahmad (K Rajan) dan Farderin Kadir.

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan (3) KL Felda United FC (3)
Percubaan tersasar : Kelantan (7) KL Felda United FC (3)
Sepakan sudut : Kelantan (8) KL Felda United FC (2)
Sepakan percuma : Kelantan (21) KL Felda United FC (15)
Offsaid : Kelantan (3) KL Felda United FC (1)
Kekasaran : Kelantan (12) KL Felda United FC (18)
Kad kuning : Kelantan (Zairul Fitree Ishak dan Mohd Nurul Azwan Roya) KL Felda United FC (Liew Kit Kong, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain, Md Hasmarul Fadzir Hassan dan Azi Shahril Azmi)
Kad merah : Abdul Ghani Abdul Rahman
Masa tambahan : Empat minit
Penguasaan bola : Kelantan (60%) KL Felda United FC (40%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Mohd Nazeer Mohd Said
Penolong Pengadil 1: Yusri Mohamad
Penolong Pengadil 2: Mohd Fadli Ishak
Pegawai Keempat : Mohd Zairul Azril Zakaria
Komisionel Perlawanan : Nik Ahmad Nik Yaakub
General Kordinator : Arif Hassan

album gambar perlawanan antara Kelantan vs Felda United boleh tengok di sini.

credit to Mr.Mazram

Liga Super: Gambar-Gambar Perlawanan Kelantan vs Felda United


Pasukan Kelantan



Jurulatih Dato M. Karathu gembira
kelantan menang besar 6-0



Penyerang kelantan Norshahrul Idlan Talaha
dihalang oleh pertahanan KL Felda United Mohd Kaironnisam




Berlaku seditik pergaduhan kecil antara
pemain kelantan dan kl felda united di tenteramkan
oleh pengadil serta penjaga garisan


Pemain kelantan Mohd Shakir shaari
menjaringkan gol pertama menewaskan
Mohd Faizal Rashid hasil tendangan jarak jauh


Pemain kelantan meraikan gol hasil
jaringan oleh Mohd Shakir Shaari



Pemain kelantan Mohd Shakir Shaari menjaringkan
gol pertama menewaskan
Mohd Faizal Rashid hasil
tendangan jarak jauh




Penyerang Kelantan Nizad Ayub diraikan
oleh pemain Kelantan
setelah menjaringkan gol



Penyerang Kelantan Mohd Nizad Ayub
meraikan gol




Tendangan penalti oleh kapten Kelantan
Norshahrul Idlan Talaha menewaskan
penjaga
gol kl felda united Mohd Faizal Rashid
untuk gol kedua





Penyerang Kelantan Mohd Nizad Ayub
menewaskan pertahanan kl felda united
untuk menjaringkan gol keempat



Penyerang Kelantan Norshahrul Idlan Talaha
diasak oleh pertahanan kl felda united

Friday, April 08, 2011

Maghi Belaja Bahaso Kelate - Part 2

Sebelum ini aku pernah membuat entri belajar bahasa kelantan. Sesiapa yang tertinggal boleh la klik kat sini kerana ini mungkin akan membantu anda sekiranya berminat untuk terus membaca entri kat bawah nih. Aku tak pernah lagi lagi membuat apa sebarang contest ker GA ker atau apa2 yang berkaitan dengannya. Aku juga tak berminat nak buat kerana aku pun tak berapa minat nak joint gak bilamana nama aku kena tag.

Namun, di bawah nie ada soalan2 yang mana mungkin boleh meningkatkan pemahaman korang jika mempunyai kekawan 'oghe kelate". Ini bukan peraduan, tetapi aku berniat nak menyumbangkan sedikit dan berkongsi daripada hasil yang aku dapat daripada cek nuffnang sebelum ini dengan sesiapa yang dapat menjawab dengan tepat kesemua soalan dengan betul.


Syaratnya cukup mudah.

1. Berminat nak menyertai.
2. Tak semestinya followers aku sahaja & terbuka kepada semua.
3. Tak payah nak buat entri khas dan link ke ruangan aku dan cuma jawap dalam bahagian komen ini jer. Senang jer kan? Tapi kalau nak tolong promote, aku ucapkan terima kasih berbanyak jer....
4. "Oghe kelate" buleh teka jer...tapi takde hadiah. Huhuhu...kalau salah mesti celup punya produk. hihihihihi

Hadiah???? Takde la lumayan bagai. Cuma sekadar untuk memeriahkan jer. Hadiah akan di beri kepada 5 orang yang dapat menjawab soalan dengan tepat & pantas. Tempoh penyertaan kepada tak lama sangat pun. Jawapan yang di beri tidak akan di siarkan buat masa sekarang bagi mengelakkan ada yang meniru. Huhuhu....selamat menyertai yer bagi mana yang berminat tuh.

SELAMAT MENEKA MANA YANG BETUL.....


1.Daba baju gumbey soyok ghabok...

A. Kolar baju Melayu koyak rabak
B. Butang baju Melayu patah 2
C. Si baju hijau sedang bertugas
D. Baju bundle 2 helai 5 ringgit

2.Mamoh woh topoh bowoh ghetok...

A. Memakai terompah yang retak
B. Makan buah bawah almari
C. Kunyah epal bawah jambatan
D. Kunyah jambatan sehingga retak

3.Buh pelepong nga khropeh aye dale lonjok...

A. Simpan tea Boh dan ayam dalam pelampong
B. Simpan hati dgn isi ayam dalam mangkuk
C. Ayam den lapeh
D. Isi paru-paru dgn tulang ayam dalam mangkuk tingkat

4.Skeleng belana daley celeng...
A. Duit banyak dalam dompet
B. Syiling berlambak dalam tabung
C. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
D. Wang melimpah atas siling

5.Cha sumbak,air beladong pah katah jemoghey...

A. Longkang tersumbat,air melimpah sampai anjung rumah
B. Sami order tauhu sumbat & jus buah
C. Parit tersekat,air melimpah ke dalam rumah
D. Rumah kos rendah hadapi catuan air

6.Teykedaghoh sekuk liuk atah balasoh...

A. Curi wang dalam tabung surau
B. Makan biskut lemau di surau
C. Biskut Tiger punca darah tinggi
D. Santap biskut kering di masjid

7.Gatih teksi deghah gak,loghak ni...

A. Pandu teksi laju sikit,ade hal ni
B. Kayuh basikal kejar teksi
C. Kayuh beca laju sikit,nak cepat ni
D. Teksi beroperasi tanpa meter

8.Duk cokoh bley-bley behey beledo...

A. Lepak-lepak sambil makan puding
B. Duduk sambil makan agar-agar
C. Tony Blair menari ballet
D. Bersembang bla-bla sambil dengar lagu balada

9.Selok doh ko nyeylo?

A. Jendela dah kunci belum?
B. Pengsan di jendela
C. Awas penyeluk saku
D. Tingkap dah tutup ke?

10.Koho do'oh goli kudo bola...
A. Goalkeeper mengambil sepakan gol
B. Kuda dari N.Sembilan yang geli bermain bola
C. Penjaga gol menggeletek kuda
D. Perlahan sgt penjaga gol tendang bola

Aku dapat soalan nie melalui kiriman email seorang kawan. Jika pernah terjumpa dan mengetahui jawapan pun boleh jugak untuk menyertai.

Thursday, April 07, 2011

Kedai Nasi Arab Di Gombak - Al Amin Corner

Seharian tak update blog hari nie. Takde benda sangat nak berkongsi walaupun ada banyak sangat nak bercerita. Biasalah, ada benda boleh di tulis di sini dan ada yang amat2 tidak sesuai untuk di tulis.

Tadi sedang2 dok baca blog kekawan, jumpa entri menarik. Apa lagi kalau bukan pasal entri makanan kan? Huhuhu.....sebelum baca entri di blog kak ina kl, aku dah terlintas pun nak makan nasi arab nie. Mana nak cari kawasan gombak nih. Begitulah apabila kita berniat dan kemudian termakbul apabila terbaca entri di sini. (blog kak ina kl)


makan malam nasi
mandy kambing & ayam salai


sedap woooo, ayam salai RM5.50 dan
nasi mandy kambing RM17

Yang paling aku berpuas hati adalah servis yang cepat. Boleh di katakan tak sampai 5 minit, pesanan aku dah siap. Mana2 kedai makanan, bila servis cepat dan mesra pelanggan, memang kita akan berpuas hati. Tambahan pula, harga yang berbaloi dan rasa yang boleh di kategorikan sama dengan mana2 kedai nasi arab2 fofular lain yang pernah aku makan sebelum ni.

Akupun tak bawak kamera, jadi tak boleh la nak ambik gambar sebab niat pun nak beli bungkus balik makan kat umah jer. Tetapi jika sesiapa nak tengok gambar boleh ke blog ka ina dengan tekan link kat atas sana nuh. Sebenarnya banyak lagi menu2 lain. Sesiapa yang dok area gombak bolehlah kalau nak merasa nasi arab sekali sekala tuh. Alamat seperti di bawah (ambik kat blog kak ina):

Alamat :
Al-Amin Food Corner
No 15, Jalan 6, Taman Batu Off Greenwood Park
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 019-321 1911

korang perasan tak? dietku dan hancussssssssssss......

Sunday, April 03, 2011

Maghi Belaja Bahaso Kelate

Yang nie aku ambik kat facebook. Dah lama pun malah dah lupa sumber yang asal. Entah ler saper yang kumpul2 kan patah2 perkataan & makna nih. Bagi sesiapa yang nak belajar & nak ambik2 tahu sedikit sebanyak pun di alu-alukan. Malah sesapa yang tak nak ambik tahu pun tak kesah gak, boleh jer tekan butang pangkah tuh. Tak salah kut sambil2 aku nak promosikan negeri sendiri. Huhuhu.....layanzzzz


1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggan org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Masem-purik = amat manis
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengonti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising


Ada sesetengah perkataan mempunyai sabdu dan ini mempengaruhi cara sebutan. Boleh juga baca di sini untuk pemahaman. Kalau ada yang nak tambah lagi pun di alu2 jugak. Nak bertanya pun boleh jugak kalau kurang sket dari segi pemahamannya.