Sunday, March 06, 2011

Berhati-hati Sebagai Peminjam Atau Penjamin

"Aku jadi penjamin ko, dan ko pulak jadi penjamin aku"

Itu adalah antara skrip yang biasa kita dengan bagi para2 peminjam & penjamin atau juga sebagai langkah selamat kononnya. Sifirnya cukup mudah, sekiranya mereka yang berhutang itu tidak membayar hutang, perkara yang sama akan di buat di pihak sebaliknya. Sedangkan hakikat sebenar, boleh kah di buat sebegitu? Nampak macam senang & mudah kan.

Malah aku juga selalu mendengar ayat, "sebagai kakitangan awam, jika tidak membuat loan, rugi lah bekerja dalam sektor awam". Macam2 tafsiran boleh di buat berdasarkan pemahaman tersebut. Secara ringkas, buat pinjaman untuk kegunaan dan apa yang sepatutnya. Sebagai penjamin pula, biarlah kita betul2 mengenali orang yang hendak di jamin itu. Sejarah lepas2 pun, kawan baik boleh jadi bergaduh gak pasal isu nie.

Memang betul, siapa tidak terlepas dari hutang. Nak beli kereta secara tunai? Nak beli rumah dengan harga tunai? Barangan keperluan dapur boleh ler nak bayar cash sebab cuma RM300-400 jer sebulan. Itu pun masih ada lagi yang menggunakan kad kredit membayarnya. Juga hutang!

Seramai 7 orang kakitangan kerajaan Terengganu diisytihar muflis apabila tidak mampu membayar hutang manakala dua kakitangan telah diberhentikan kerana didapati bersalah oleh mahkamah sepanjang tahun lepas.

Setiausaha Kerajaan Terengganu Datuk Mazlan Ngah berkata dua daripada tujuh kakitangan yang diisytihar muflis itu adalah kakitangan kumpulan A yang menjadi penjamin dan peminjamnya pula tidak mampu membayar balik pinjaman. - petikan dari BERNAMA

10 comments:

ainhany said...

Itulah kenyataan bila ada tawaran hutang..Sama2 ingat nooo.Ukur baju dibadan sendiri noo..

Sukarnya melarikan diri bila diminta jadi penjamin...bukan tak nak bantu tapi....( semuga ALLAH ampunkan 'dose ' ini

*∽ IZAN ∽* said...

ramai dah terkena kes2 jadi penjamin ni...

rosmina samin said...

manusia tak akan lepas dr berhutang....

sarah-najwan said...

nk pinjam bole..tapi ukurlah baju di badan sdiri..pastu suka pinjam utk hal2 yg remeh2...jika xde kehendak..jgn buat hutang..lebih baik simpan..

pastu jadi penjamin..akak xnak smbarangan org..kdg2 dgn sedara mara pom xle pakai..kwn2 apatah lagi..manalah kita tau kan..hati perut org..sebaik2nya..berterus terang bhw kita tak nak jd penjamin org lain krn kita xnak masalah kemudian hari..

Cikgu Den said...

kesan menyakitkan. makan tak habis nie...

Bom...Ohh...Bom

bunga said...

abg bunga pernah kena..kecian abg bunga..dah la byr yang dia pinjam pas tu kena bayar gak yg dia jadi penjamin..

Izan Ishak said...

yelah, skrg ni semua pun nak beli. sudahnya hutang keliling pinggang. tak mampu byr jadilah muflis....

Gen2Merah said...

aku paling takut kalau ada kawan nak datang minta aku jadi penjamin.. sorilah, ngelak2 ja laa... cukupla apa yang dah kena dengan pakcik kami.. jawatan tinggi tapi muflis sebab jadi penjamin.. kesian. Hati-hati lah

azieazah said...

Harga kemajuan hari ini...

azzey said...

saya dh rasa akibat jd penjamin..:(