Tuesday, March 01, 2011

Akta Untuk Lindungi Pemain Skim Kutu

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata satu akta akan diperkenalkan bagi melindungi peserta permainan 'kutu' dan bagi menghalalkan skim itu dari segi undang-undang.

Beliau juga berharap dapat di bentang ke kabinet tahun ini agar permainan tersebut sah di sini undang-undang sebagai salah satu cara mencegah orang ramai terbabit dengan Skim Cepat Kaya.

Kementerian tersebut juga sedang merangka beberapa lagi akta yang tiada dalam bidang kuasa kementerian-kementerian berkaitan seperti yang membabitkan aktiviti penarik kereta bagi melindungi kepentingan orang ramai.

Permainan kutu adalah salah jika mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

selalu juga aku dok main dengan adik beradik dan keluarga....

4 comments:

antudegil said...

finally.. kutu system yang sebenarnya baik bakal ada law sendiri. ini style makcik2 kampong atau bandor yg malas dan rasa simpan duit kat bank tu payah atau tak reti, nyimpan cara gini yang bagus.

Entri Terkini : Tahun 2020: Malaysia Takkan Menjadi Negara Maju

*∽ IZAN ∽* said...

saya..? 2-2 pun pernah main.. memang terkena suda.. uhuhuhu

Kakzakie said...

Kutu atas kepala kena beli ubat supaya mati. Main kutu akan dapat perlindungan atas akta yg akan digubal.

Bayangkan kalau ada rangkaian blogger untuk main kutu....

azzey said...

Kat ofc ni pon ramai yg main kutu