Monday, March 28, 2011

Tidak Perlu Laporan Polis Jika Hilang Kad Pengenalan Atau Passport

Baca dalam laporan akhbar pagi ni dan terasa untuk berkongsi iaitu orang ramai yang kehilangan Kad Pengenalan atau Passport kini tidak perlu lagi untuk membuat laporan di balai polis. Bagi mereka yang ingin menggantikan dengan yang baru boleh terus memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara atau juga Jabatan Imigresen.

Peraturan terbaru ini mula di kuatkuasakan pada 1 Mac 2011 dan ini boleh memudahkan orang ramai untuk terus berurusan tanpa melalui banyak sangat tapisan dan juga birokrasi. Satu langkah pengenalan yang baik.

Jangan la pula ada yang kehilangan kad oku pun nak di suruh orang tu pegi buat laporan polis lak

Wednesday, March 16, 2011

Cara Mudah Mengatasi Bila Tercekik Tulang

Tadi aku terbaca dalam blog puteri ain yang tercekik tulang. Bermacam2 petua dan cara samada secara moden atau tradisional telah di gunakan oleh puteri ain bagi mengatasi masalah tersebut. Antaranya seperti:
  1. menelan nasi yang di gumpal dengan syarat jangan di kunyah
  2. minum air dalam jumlah yang banyak
  3. minum air dalam senduk dengan membaca kalimah Bismillah
Kesemua antara cara2 tersebut, mungkin berkesan dengan sesetengah orang dan mungkin juga tak berapa berkesan. Jika ada antara pembaca yang mempunyai petua bolehlah berkongsi di bahagian komen. Namun aku pernah membuat entri berkenaan petua tersebut. Boleh baca dalam entri Petua Tercekik Tulang.

Caranya cukup mudah dan senang. Jika bagi mereka yang nak mencuba, selamat mencuba yer. Namun keselamatan atas tanggungjawab masing2. Aku tak bertanggungjawab sekiranya ada yang tak berkesan atau ada effect lain pada korang. Namun boleh mencuba. Sila klik sini.

Friday, March 11, 2011

Apa Petua Nak Hilangkan Batuk?

Pagi ni takde entri terbaru nak aku update sebab takde idea. Ada banyak gak berita2 menarik kat akhbar, tapi tak kan nak kongsi pasal berita jer ari2 kan. Korang pun boleh masuk baca sendiri kan. Apapun aku nak ucapkan terima kasih pada blogger Azzeyatin kerana bertanya tentang batuk aku.

Aku bab batuk nie memang susah nak elok. Bak kata lain, senang nak dapat batuk tapi susah nak sembuh. Mungkin kerana antibodi dalam badan aku yang melawan virus2 batuk nie dah lemah sangat dan sudah tak berfungsi. Selalunya hingga ke 6-7 botol ubat batuk baru la boleh sembuh. Yang terbaru nie dah nak abih botol ke-3.

Semalam pun siap beli ubat antibiotik lagi. Dah hampir 2 minggu tak tidur dalam bilik aircond sebab sejuk pun punca batuk gak. Minuman berais memang aku dah tak sentuh. Makanan bergoreng masih lagi...sebab takkan nak makan yang kuah atau sup jer ari2 kan. Apa lagi petua yer yang boleh aku amalkan lagi untuk nak kasi cepat sket sembuh batuk aku nie. Batuk aku nie boleh tahan jugak tahap kronik nya.

Setakat beli ubat farmasi macam gitu jer lah. Pernah sekali aku ke klinik kerajaan. Memang bagus sebab di beri ubat antibiotik dan ubat batuk. Masalahnya, tunggu lunya la berjam. Ubat batuk hanya di beri 45ml jer. Cukup2 untuk 3 kali makan iaitu bersamaan dengan sehari. Apa punya doktor ler. Akhirnya esok kena sambung beli ubat batuk kat farmasi balik. Takkan nak gi tunggu berjam2 lagi semata2 nak mendapatkan 45ml. Buang masa betul.

Jalan sket kena cukai ler. Makan kat restoran pun kena cukai. Serba serbi dalam hidup kena cukai. Tapi bila nak dapatkan ubat.....hampeh.

Sunday, March 06, 2011

Hati-Hati Message Palsu Dari "Maybank"

Email sebegini telah di ketahui umum pun. Tetapi aku sengaja nak buat entri juga. Bagi yang sudah mengetahui, anggaplah sebagai peringatan dan bagi yang belum mengetahui, berhati-hatilah kerana email ini sebenarnya adalah palsu. Di nasihati agar terus delete atau report spam.

Aku tak berani pulak nak tekan butang merah tuh, sebab tak nak ambik risiko. Kepada yang membuat kerja tak berfaedah ini, baik la korang kutip besi buruk kerana itu adalah lebih mulia daripada dok buat kerja menipu begini.




Dear Customers,

We detected irregular activity on your Maybank2u account on 04/03/2011. For your protection, you must update your details before you can continue using your online banking. Please visit the maybank website in this message and validate your details on our new server.

As a result, we require you to confirm and verify your account information by Clicking Here and completing the confirmation process.

P.S. The Link in this message will expire within 24 hours. TAC will be required during update.

Thank you,
Malayan Banking Berhad (Maybank)

Berhati-hati Sebagai Peminjam Atau Penjamin

"Aku jadi penjamin ko, dan ko pulak jadi penjamin aku"

Itu adalah antara skrip yang biasa kita dengan bagi para2 peminjam & penjamin atau juga sebagai langkah selamat kononnya. Sifirnya cukup mudah, sekiranya mereka yang berhutang itu tidak membayar hutang, perkara yang sama akan di buat di pihak sebaliknya. Sedangkan hakikat sebenar, boleh kah di buat sebegitu? Nampak macam senang & mudah kan.

Malah aku juga selalu mendengar ayat, "sebagai kakitangan awam, jika tidak membuat loan, rugi lah bekerja dalam sektor awam". Macam2 tafsiran boleh di buat berdasarkan pemahaman tersebut. Secara ringkas, buat pinjaman untuk kegunaan dan apa yang sepatutnya. Sebagai penjamin pula, biarlah kita betul2 mengenali orang yang hendak di jamin itu. Sejarah lepas2 pun, kawan baik boleh jadi bergaduh gak pasal isu nie.

Memang betul, siapa tidak terlepas dari hutang. Nak beli kereta secara tunai? Nak beli rumah dengan harga tunai? Barangan keperluan dapur boleh ler nak bayar cash sebab cuma RM300-400 jer sebulan. Itu pun masih ada lagi yang menggunakan kad kredit membayarnya. Juga hutang!

Seramai 7 orang kakitangan kerajaan Terengganu diisytihar muflis apabila tidak mampu membayar hutang manakala dua kakitangan telah diberhentikan kerana didapati bersalah oleh mahkamah sepanjang tahun lepas.

Setiausaha Kerajaan Terengganu Datuk Mazlan Ngah berkata dua daripada tujuh kakitangan yang diisytihar muflis itu adalah kakitangan kumpulan A yang menjadi penjamin dan peminjamnya pula tidak mampu membayar balik pinjaman. - petikan dari BERNAMA

Tuesday, March 01, 2011

Akta Untuk Lindungi Pemain Skim Kutu

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata satu akta akan diperkenalkan bagi melindungi peserta permainan 'kutu' dan bagi menghalalkan skim itu dari segi undang-undang.

Beliau juga berharap dapat di bentang ke kabinet tahun ini agar permainan tersebut sah di sini undang-undang sebagai salah satu cara mencegah orang ramai terbabit dengan Skim Cepat Kaya.

Kementerian tersebut juga sedang merangka beberapa lagi akta yang tiada dalam bidang kuasa kementerian-kementerian berkaitan seperti yang membabitkan aktiviti penarik kereta bagi melindungi kepentingan orang ramai.

Permainan kutu adalah salah jika mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

selalu juga aku dok main dengan adik beradik dan keluarga....