Sunday, February 27, 2011

Restoran Tanjung Seafood Di Ampang Waterfront

Program hari ni, menghabiskan masa di tempat mandi manda Hulu Yam dari pagi sampai ke petang. Seronok juga bila 2 buah keluarga berkumpul (bersama rakan sekampung) dan bermacam2 cerita yang boleh berkongsi di sambut dengan gelak ketawa.

Namun bila berjumpa dengan Huseng (bukan nama sebenar), aku sebenarnya teringat pada adiknya. Aku lebih rapat dengan adik Huseng yang bernama Nazri. Nazri telah kembali ke rahmatullah pada 21 May 2010 dalam entri Salam Terakhir. Sungguh sekejap jer masa berlalu, sudah hampir setahun Nazri meninggalkan isteri, anak, keluarga dan juga rakan2. Hanya Al-Fatihah yang aku mampu sedekahkan buatmu Nazri Mahmud.

Petang tadi sempat juga update satu entri, sambil2 blogwalking ke rumah kawan2. Masuk jer waktu Maghrib, wife ajak ke Restoran Tanjung Seafood di Ampang Waterfront 2. Ini semua gara2 terbaca dalam Harian Metro. Sungguh kuat pengaruh akhbar dan juga pengiklanan. Nak tak nak, apa salah pegi cuba kan. Jam 9pm sampai di restoran tersebut, namun tersangat lah ramai pelanggan. Adakah ini kesan daripada iklan atau memang makanan kat restoran nie sedap dan sentiasa penuh setiap malam. Lain kali mungkin akan sampai gak sekali lagi.

Hajat di hati tak tercapai, dan menukar haluan ke Naili's Ampang. Bila dah sampai ke situ, masuk ke restoran bersebelahan kerana di Naili's sebenarnya pernah beberapa kali makan kat situ. Restoran yang menjadi pilihan malam ni adalah Restoran Kampung Thai. Namun untuk harga2 bagi setiap jenis makanan adalah mahal bagi kelas aku. Mungkin ini kali pertama & terakhir makan kat situh. Untuk rasanya pula adalah sekadar boleh tahan.

6 comments:

mama maman said...

make sedap sokmo nah dia.... hhhheeee... kata diet... diet dah terbang ke...??? hhhhhaaaa

Aku Skema said...

dah lama x mkn kat luar ni..bila la nk ada masa agaknya..haha

azzey said...

Klu harga mahal dan rasa setakat blh tahan mmg elok pun x yah pegi dh kat situ..x blk modal langsung..:)

eelobor said...

mama maman: hehehe, nak kena seimbangkan sebab dalam sehari mesti kena jumpa gak nasi sepinggan. pagi & tengahari x jumpa nasi pun.

aku skema: sesekali kena jugak tuh...

azzey: "rasa boleh tahan" adalah ayat berlapik sebenarnya... hihihi

makdara TERdiva said...

eh! eelobor pun diet gak ke?

eelobor said...

MDT: kenapa? tak percaya? hihihihi