Saturday, February 19, 2011

Restoran Saba' Cyberjaya & Pullman Putrajaya Lakeside




Di sebabkan rancangan awal nak jalan2 ke Genting Highland terpaksa di batalkan, aku ke Putrajaya jer. Agak jauh juga dari hujung sini nak merentasi KL kemudian baru menghala ke selatan sana. Niatnya nak ke Pullman Putrajaya Lakeside. Tapi singgah dulu ke Cyberjaya.

Singgah ke Cyberjaya sebab singgah makan tengahari di Restoran Saba'. Pertama kali aku makan nasi arab adalah di Restoran Saba' juga tapi cawangan Setiawangsa, berhadapan dengan stesyen LRT. Kali ke-2 & 3 aku makan di Restoran Al-Rawsha di bulatan Kampung Pandan. Dan hari ini adalah kali ke-4 di Restoran Saba' Cyberjaya.

Bagi aku, di cawangan Cyberjaya memang sedap dan harga tersangatlah murah jika nak di bandingkan dengan Al-Rahswa. Sungguh berbeza! Di cadangkan sesiapa yang berhajat nak makan nasi arab, sila buat pilihan yang betul. Malah servisnya boleh di beri bintang penuh kerana selepas pesanan di ambil, tak sampai 3 minit pun telah di hidangkan menu tersebut. Aku puas hati bangat berbanding tempat lain.

Kemudian ke Pullman Putrajaya Lakeside. Nasib tak berapa baik kerana tak sempat nak duduk lama kat situ. Kat atas, kilat & guruh sudah kedengaran. Tinggal rintik2 jer baru nak turun. Sempat ambil gambar kenangan sekeping dua jer. Lepas tu terus balik ke rumah jer. Walaupun hajat asal nak bergambar di tasik, tapi tetap puas hati sebab dapat makan dengan puas hati di Restoran Saba' Cyberjaya.

Esok...rancangan di rumah jer. Mungkin tak de ke mana2 pun.....

13 comments:

Citarasa Rinduan said...

seronok ayu tengok view di gambar tu..
lagi seronok ko kongsi ttg pengalaman ko disana..

maybe buloan 3 aku nak singgah putrajaya...
mana tau..leh dapat tangkap gambor cun2

eelobor said...

CR: hehehe, tak sabar tengok gambar ayu lak... hihihi

amal said...

semalam baru makan kat saba'. mmg sedap! kalo family turun dari kelate mesti bwak dorang makan sana. nasik dia banyak gile tapi sedap. mmg puas hati :)

Shafa said...

letak lah bebyk gambar mknn kat saba tu kasi org terliur sikit ^__^. tapi fa tgk ramai blogger wat pasal restoren arab kat saba ni. erm, tak pernah try lagi..

azizie.com said...

saba' memang the best. nasi die saje pun dah best.

*∽ IZAN ∽* said...

sejak kerja cyberjaya memang ngadap mmenu pak arab je.. kat cafe MMU pun ada. Tapi Saba memang sedap & harga berpatutan la

makcikkantin said...

apa kata bila bila eel blanja makcik makan kat saba ni....kat penang takdak saba, yang banyak 'MAMA with a K' je....:))

eelobor said...

amal: hehehe, selalu pegi makan nanti kempis gak duit deh?

shafa: tak sempat nak ambik gambar tadi, lapar sangat. sampai jer terus jer makan... hihihi

azizie: setuju....

izan: dah banyak blog sya saya baca bercerita tentang restoran nie pun rata2 yang berpuas hati

makcikkantin: Insya Allah, ada kelapangan dan di pertemukan nanti, ada lah rezeki tuh.

amal said...

haha memang kempis pun. tp bese order yang half/quarter satu pinggan je pastu pakat-pakat makan. half tu kalo share 3 org pun dah cukup kenyang.

penah nampak sorang laki ni makan sepinggan half sorang2.. hebat! ahaha

eelobor said...

amal: hebat tang mana tuh. wife sya pun bukan abis gak. maknanya saya gak yang tolong abiskan separuh.(di ulang...cuma nak tolong sbb tak nk bazir jer.... hihihi)

kira sama lah saya pn makan sepinggan stengah gak...hehehe

zeqzeq said...

harap dapat saya curik snap sesapa ada yang sana...ada masa..

azzey said...

Saya 2 hari ni mmg kat umah je..:)

Nurull 101 said...

saba cyberjaya tu area mana ek? dulu blaja kat MMU, so tau la gak area situ2.