Friday, February 18, 2011

Bolehkah Roh Si Mati Pulang Menziarahi keluarga ?


sekadar gambar hiasan

Sebelum nie dalam masyarakat kita selalu bercerita tentang roh mereka yang baru kembali ke rahmatullah pulang ke rumah sendiri untuk melihat keluarga & anak beranak. Ada yang berkata dalam tempoh 40 hari roh tersebut akan datang2 melihat keadaan keluarga yang telah di tinggalkan. Begitulah yang aku dengar dan percayai semenjak dari kecil lagi.

Adakah apa yang di ceritakan itu betul & benar2 terjadi. Adakah roh boleh kembali semula ke alam fana ini? Bagaimana pula dengan mereka2 yang terserempak dengan jelmaan2 yang seperti mereka yang baru sahaja di kebumikan? Yang terbaru dalam sejarah keluarga aku adalah apabila kematian nenek aku pada akhir tahun lepas. Kejadian ini di saksikan oleh anak saudara aku yang berumur 8 tahun mengatakan ternampak arwah nenek. Tapi hati kecil aku cuma berkata, mungkin dia hanya mimpi dan merasakan kejadian tersebut seperti realiti di sebabkan pada sebelah siang hari telah ikut ke kubur untuk "simpan jenazah".

Atau adakah kawan2 lain ada mempunyai pengalaman yang sama untuk berkongsi?

Ikuti soalan yang telah di ajukan kepada Tuan Guru Dato' Dr.Harun Din

Soalan

Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.



Jawapan dan bacaan selanjutnya boleh klik kat sini.

9 comments:

puteri ain said...

good entry ! thanks for sharing..

Citarasa Rinduan said...

aku dah pernah baca ttg nota FB tu...mmg betul, kalau rasa ianya ala-ala real, dah kira tak betullah..
sbb si mati mana boleh datang ke isteri bila ke alam lagi satu

ttg pengalamana:
arwah nenek meninggal...tiba2 anak saudara aku boleh berbual sorang-sorang pada malam selepas arwah meninggal..

masa tu kami tidur di ruang tamu..jadi boleh dengar apa yang anak saudara katakan, mcm berbual ala-ala panjang gitu..

esok pagi tanya kat anak buah, dia kata..nenek nak pergi jauh...ain kena jaga mama..

dan jawapan ain, buatkan kami semua setuju yang ain tak tipu sebab perbualan malam tu..mmg itulah yag kami dengar

wallahualam

zeqzeq said...

budak belum baligh tak sama HIJAB dngn orang dewasa..

boleh percaya ditambah hubungan darah daging.

ROH sikit sangat TUHAN bagi ILMU kpd manusia..

jika ada pengalam positif boleh percaya disamping darah daging.

yang negatif bercampur syetannnn,jin,dll membela

*∽ IZAN ∽* said...

ohh.. meremang juga bila baca pasal alam ruh ni..

Masa arwah ayah mertua meniggal dulu pun di ceritakan anak saudara yang masih bayi selalu tergelak2 sorang tengok syiling.. wallahualam

belia bangkit said...

aku xde pengalaman pon...tp mimpikan arwah akak aku tu sll la..

sarah-najwan said...

xtau lak..tapi nice sharing

Akmal Hafsyam said...

brief info mgenai roh http://eternityabadi.blogspot.com/2011/02/roh.html, semoga semua clear.. :)

sahromnasrudin said...

ALLAH jua yang menentukan segalanya...

azzey said...

Saya pun x berapa arif bab ni. elok le klu ditanyakan pd yg lebih tau..