Sunday, February 27, 2011

Restoran Tanjung Seafood Di Ampang Waterfront

Program hari ni, menghabiskan masa di tempat mandi manda Hulu Yam dari pagi sampai ke petang. Seronok juga bila 2 buah keluarga berkumpul (bersama rakan sekampung) dan bermacam2 cerita yang boleh berkongsi di sambut dengan gelak ketawa.

Namun bila berjumpa dengan Huseng (bukan nama sebenar), aku sebenarnya teringat pada adiknya. Aku lebih rapat dengan adik Huseng yang bernama Nazri. Nazri telah kembali ke rahmatullah pada 21 May 2010 dalam entri Salam Terakhir. Sungguh sekejap jer masa berlalu, sudah hampir setahun Nazri meninggalkan isteri, anak, keluarga dan juga rakan2. Hanya Al-Fatihah yang aku mampu sedekahkan buatmu Nazri Mahmud.

Petang tadi sempat juga update satu entri, sambil2 blogwalking ke rumah kawan2. Masuk jer waktu Maghrib, wife ajak ke Restoran Tanjung Seafood di Ampang Waterfront 2. Ini semua gara2 terbaca dalam Harian Metro. Sungguh kuat pengaruh akhbar dan juga pengiklanan. Nak tak nak, apa salah pegi cuba kan. Jam 9pm sampai di restoran tersebut, namun tersangat lah ramai pelanggan. Adakah ini kesan daripada iklan atau memang makanan kat restoran nie sedap dan sentiasa penuh setiap malam. Lain kali mungkin akan sampai gak sekali lagi.

Hajat di hati tak tercapai, dan menukar haluan ke Naili's Ampang. Bila dah sampai ke situ, masuk ke restoran bersebelahan kerana di Naili's sebenarnya pernah beberapa kali makan kat situ. Restoran yang menjadi pilihan malam ni adalah Restoran Kampung Thai. Namun untuk harga2 bagi setiap jenis makanan adalah mahal bagi kelas aku. Mungkin ini kali pertama & terakhir makan kat situh. Untuk rasanya pula adalah sekadar boleh tahan.

Monday, February 21, 2011

Mengeluarkan Mani Diluar Rahim

Pagi tadi ada jenguk2 kat facebook Dr.MAZA dan tertarik dengan satu tajuk iaitu Mengeluarkan Mani Di Luar Rahim dan apakah hukumnya. Adakah ianya di katakan membunuh anak tanpa senyap atau juga di samakan dengan pil perancang zaman sekarang.

Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal. Adakah ianya di bolehkan atau haram mengikut pandangan islam sama2 kita menimba ilmu pengetahuan. Bagi yang sudah mengetahui anggaplah sebagai sebagai pengukuhan dan bagi yang belum mengetahui, ianya satu kelebihan jika membaca.

Berikut adalah soalan yang telah ditanya.

Saya dan suami saya merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh benih yang boleh menjadi anak?.

Untuk mengetahui jawapan dan kupasan oleh Dr.MAZA boleh la klik di sini.

Saturday, February 19, 2011

Restoran Saba' Cyberjaya & Pullman Putrajaya Lakeside




Di sebabkan rancangan awal nak jalan2 ke Genting Highland terpaksa di batalkan, aku ke Putrajaya jer. Agak jauh juga dari hujung sini nak merentasi KL kemudian baru menghala ke selatan sana. Niatnya nak ke Pullman Putrajaya Lakeside. Tapi singgah dulu ke Cyberjaya.

Singgah ke Cyberjaya sebab singgah makan tengahari di Restoran Saba'. Pertama kali aku makan nasi arab adalah di Restoran Saba' juga tapi cawangan Setiawangsa, berhadapan dengan stesyen LRT. Kali ke-2 & 3 aku makan di Restoran Al-Rawsha di bulatan Kampung Pandan. Dan hari ini adalah kali ke-4 di Restoran Saba' Cyberjaya.

Bagi aku, di cawangan Cyberjaya memang sedap dan harga tersangatlah murah jika nak di bandingkan dengan Al-Rahswa. Sungguh berbeza! Di cadangkan sesiapa yang berhajat nak makan nasi arab, sila buat pilihan yang betul. Malah servisnya boleh di beri bintang penuh kerana selepas pesanan di ambil, tak sampai 3 minit pun telah di hidangkan menu tersebut. Aku puas hati bangat berbanding tempat lain.

Kemudian ke Pullman Putrajaya Lakeside. Nasib tak berapa baik kerana tak sempat nak duduk lama kat situ. Kat atas, kilat & guruh sudah kedengaran. Tinggal rintik2 jer baru nak turun. Sempat ambil gambar kenangan sekeping dua jer. Lepas tu terus balik ke rumah jer. Walaupun hajat asal nak bergambar di tasik, tapi tetap puas hati sebab dapat makan dengan puas hati di Restoran Saba' Cyberjaya.

Esok...rancangan di rumah jer. Mungkin tak de ke mana2 pun.....

Friday, February 18, 2011

Bolehkah Roh Si Mati Pulang Menziarahi keluarga ?


sekadar gambar hiasan

Sebelum nie dalam masyarakat kita selalu bercerita tentang roh mereka yang baru kembali ke rahmatullah pulang ke rumah sendiri untuk melihat keluarga & anak beranak. Ada yang berkata dalam tempoh 40 hari roh tersebut akan datang2 melihat keadaan keluarga yang telah di tinggalkan. Begitulah yang aku dengar dan percayai semenjak dari kecil lagi.

Adakah apa yang di ceritakan itu betul & benar2 terjadi. Adakah roh boleh kembali semula ke alam fana ini? Bagaimana pula dengan mereka2 yang terserempak dengan jelmaan2 yang seperti mereka yang baru sahaja di kebumikan? Yang terbaru dalam sejarah keluarga aku adalah apabila kematian nenek aku pada akhir tahun lepas. Kejadian ini di saksikan oleh anak saudara aku yang berumur 8 tahun mengatakan ternampak arwah nenek. Tapi hati kecil aku cuma berkata, mungkin dia hanya mimpi dan merasakan kejadian tersebut seperti realiti di sebabkan pada sebelah siang hari telah ikut ke kubur untuk "simpan jenazah".

Atau adakah kawan2 lain ada mempunyai pengalaman yang sama untuk berkongsi?

Ikuti soalan yang telah di ajukan kepada Tuan Guru Dato' Dr.Harun Din

Soalan

Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.



Jawapan dan bacaan selanjutnya boleh klik kat sini.