Sunday, January 16, 2011

Restoran Al-Rawsha

update: terima kasih pada puan sponsor.... hihihihi (lupa nak bagi kredit)


Minggu lepas ke Restoran Saba, berhadapan dengan stesyen LRT Setiawangsa. Ada dalam entri sini. Hari berkesempatan pula ke Restoran Rawsha, setelah di cadangkan oleh kak azieazah. Mengikut kata kak azie restoran tuh bertempat di Jalan Damai, off Jalan Ampang (belakang Yow Chuan Plaza - kaki karaoke mesti kenal plaza ni).




Tapi bila sampai ke situ, restoran berkenaan telah di tutup dan bertukar tempat. Lokasi baru dekat bulatan Kampung Pandan. Jika nak menghala ke Pandan Jaya, di sebelah kiri bersebelahan dengan restoran cina. Mengikut maklumat yang aku risik dengan penjaga parking tuh, dah 4 bulan lokasi perniagaan baru ni. Tempat sangat besar, luas, & amat selesa sekali. Walaupun tempat yang luas, namun tetap ramai & penuh dengan pelanggan. Manakalan mutu perkhidmatan bagus serta cepat dan amat puas hati. (aku bayar penuh tau tadi, tak de diskaun2 pun...hihihihi). Jom lah menjamu mata dulu....


lamb kebsha


chicken mandy


Barbican


kebab

Macam biasa menu untuk aku sudah semstinya kambing. Nama kat menu adalah Lamb Kebsa yang berharga RM19 sepinggan. Untuk standard aku rasanya boleh di habiskan kut. Tapi Menu yang di pesan wife adalah Chicken Mandy yang berharga RM20. Siap boleh di bawa balik sebab nasi banyak sangat katanya. Hehehe....tak de diet la aku, sebab boleh habis licin jer kat pinggan tuh.


beverage


aiskirim

Dari segi rasa & sedap memang berbaloi dengan harga yang di caj. Namun jika di buat perbandingan restoran yang aku pernah pergi minggu lepas, rasanya aku cadangkan kat sini lebih selesa dia punya persekitaran. Tempat yang luas dan nak makan pun tak berserabut sangat serta layanan yang mesra dari pekerjanya.


shisha - sudah sinonim
dengan restoran arab


pitu depan menghala ke tempat makan

Milo Ais - RM6, Cream Caramel - RM8, 2 Barbican berharga RM14 (RM7 sebotol), Chicken Mandy - RM20 sepinggan dan Lamb Kebsa - RM19 sepinggan dan semuanya berharga RM67 untuk 2 orang makan tengahari. Untung sungguh tokey. Entah berapa puluh riban sehari pun aku tak pasti. Yang soheh, meniaga makan nie memang untung berlipat kali ganda. Tak percaya cuba tanya Citarasa Rinduan berapa dia dapat untung dalam sehari. Kan...kan...kan, ayu kan?

makan nie, hari2 pun orang akan makan. tapi kain baju bukannya 3 kali sehari di beli

17 comments:

Citarasa Rinduan said...

patutlah hari nie aku makan nasi kandar dok tersedak-sedak.....

adeh....ko seru namaku...
bab untung????

syuttt..rahsia eik....boleh berbini 2 beb...
hahaha
LARI

opss..sebelum nak lari....ko kata nak start gym??

ada berani minggu hadapan..kita lihat berapa loss kg kita???

eelobor said...

apa rahsia dia ayu? aku pun nak buka kedai makan gak ler. hihihi

Kalamhati said...

kena pencen ngaja kalu mcm ni punya untung..hihihi

Citarasa Rinduan said...

tu dia..........

kena bubuh madu kat siap hidangan...hahahahhaha
LARI.................LAJU-LAJU

eelobor said...

kakchik: nok bukok kedai make gapo? hihihihi....restoran kalamhati

ayu: dah...dah....pegi cari roti prata nuh....

sarah-najwan said...

akak kea..mmg siyez ckp..xpenah msuk ke restoran gini2..phobia..hahaha

bukan apo..takut xreti nok orda make gapo..huhu
hok biasa msuk..kdai tomyam..tomyam..tomyam pah ke ceroh..

nati nok gi KL..nk gi kedai ice room tu..hehe..tu kira kdai vogue pertama akak akn gi..hehe

eelobor said...

hahaha, mace2 akak nih

azieazah said...

Rupanya Kak Azie tersilap la ya. Yang di Jln Damai tu rupanya dah ditutup dan yg disebut cawangan tu rupanya kat Kg Pandan la.

Dah lama Kak Azie makan kat tempat lama tu, sbb tu duk sangka dibuka cawangan rupanya pindah.

Tempat baru tu memang sepelaung jer dari rumah Kak Azie...:)

Rawsha, ayam dia sangat lembut dan Barbican dia, perhhh unik!

kak ina kl (1) said...

memang pernah makan kat tempat lama..tapi tak leh gi selalu..rabak poket dibuatnya...anak ramai kan..

eelobor said...

kak azie: dekat eh ngn rumah? kebetulan tadi pun singgah ke rumah sepupu di pandan jaya gak. dulu saya menumpang rumah sepupu kat situ

kak ina: hehehe, sekali sekala boleh la kan. saya lak anak baru sorang & kecik lah tuh. tak makan banyak pun

*∽ IZAN ∽* said...

wah wah wahh.. korang minggu ni asyek makan sedapppppp je yekk..! ce timbang beratt brapa kilo dah naik..? hihi.
Saba tu pun dah 2 kali gi. bestt gakkk... leh lak usha2 rawsha nanti. *dah terpengaruh lagi*

eelobor said...

izan: malas nak timbang, nanti susah hati. hehehehe.....

nak buat macam mana, dah ngidam nak makan. hehehe...ini bukan ngidam orang ngandung tau

ummi_khalish said...

aduh...nengok dlm gambo mmg best..kita yg dah duduk negara arab ni dh x lalu...barbican tu mmg best...dn ada lgi yg lain kt cni...hui..klo cmni blik m'sia blh buat niaga mnumn dri arb ni...hihi...

eelobor said...

ya habibi ummu_khalish, hihihi dah dok sana hari2 makan stail sana dah boring ek. nti balik sani, boleh la bukak kedai ek. jgn risau, ada orang pegi minum nanti... hihihi

siti murni said...

uish..arabian cuisine...best tuh..
tak pernah cuba makanan arab..kat sini ada satu, nak pegi tak ada teman la pulak..huhu

azzey said...

perghhhhhhhhhhhhhh...blh tahan harga...saya tunggu bonus kot 9klu dpt)...baru ke situ..hu3..

eelobor said...

azzey: setakat awak pegi makan bertiga, tak sampai seratus pun...